Tuesday, January 5, 2010

Dugaan & Rezeki

Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Salam Maal Hijrah 1431 & Selamat Tahun Baru 2010 kerana masih berada dalam bulan Muharram & Januari.

Agak lama juga saya menyepi dari menulis sesuatu dalam blog saya ni, malah saya rasa ketinggalan banyak cerita-cerita menarik yang sepatutnya saya kongsikan di sini. Sebenarnya, ada yang dah ditulis, tapi terperap sebagai draft sebab perlu diedit dan ada juga bila dah siap tulis, baru rasa macam tak sesuai untuk dipublish. Mungkin waktu saya tulis tu, fikiran tak menentu...maklumlah kesihatan tak stabil lagi. InsyaAllah, kalau saya rasa entry saya tu sesuai nanti...barulah saya postkan kat sini...tapi, back datedla...

Secara generalnya sepanjang hujung tahun 2009 saya hanya menghabiskan masa kat rumah...melayan adik beradik yang datang berkunjung sempena Hari Raya Aidil Adha dan cuti sekolah. Bermula dengan keluarga Abang yang menziarahi emak sebelum pulang beraya ke kampung mertua, diikuti dengan keluarga kakak yang pulang dari Penang untuk beraya dengan emak dan seterusnya keluarga Adik yang pulang dari Kedah untuk bercuti. Oleh kerana kami tak boleh nak ke mana-mana, kami hanya menerima tetamu yang berkunjung sahaja dan melayan mereka seadanya.

Di Awal Disember pula saya disahkan hamil anak ketiga...berita ini amat menggembirakan kerana saya dan hubby memang menantikan kehadiran cahaya mata seterusnya tetapi saya kena sabar untuk menempuhi dugaan trimester pertama. Kali ni mabuknya lain macam sikit...tekak sentiasa pahit, tak boleh tercium bau makanan langsung mesti nak loya dan termuntah terutamanya makanan yang bertumis. Selain tu, masalah tekanan darah rendah buat saya tak boleh berdiri lama.

20 Disember adalah ulang tahun kelahiran Hakim yang ke 5. Saya dan Abang dah lama plan nak celebrate birthday dia meriah sikit tahun ini. Ingat nak masak-masak dan jemput anak-anak jiran skali tapi semuanya terpaksa ditangguhkan disebabkan keadaan saya yang tidak mengizinkan. Saya cuba pujuk Hakim supaya dia tak berkecil hati sebab dia memang nak sangat saya buat majlis hari jadi yang meriah untuk dia. Nasib baiklah dia boleh terima...so, kami cuma belanja dia makan kat tempat pilihan dia, iaitu Kenny Rogers dan belikan hadiah serta kek kesukaan dia.

Yang menjadi masalah ialah khidmat saya pada mertua yang uzur agak terjejas sikit terutama bab makan. Bila nak masak je mesti nak 'uwek-uwek' dulu kadang-kadang sampai kosong perut dibuatnya. So, Abang decide untuk beli je lauk kat luar dan saya tak payah masak...tapi hari-hari pening gak kepala nak beli lauk ape. Kalau dulu saya tak lalu nak makan melainkan nasi lemak saja tapi kali ini perut sentiasa lapar tapi tak bole makan banyak dan nak makan yang masam-masam aje.

Kesian juga pada si Hakim bila tak ke mana-mana pada cuti sekolah yang panjang...so pada 2 Januari lepas, kitorang pun bawalah dia jalan-jalan ke Melaka dan naik Ferris Wheel di Eye On Malaysia selain ke Mahkota Parade & Dataran Pahlawan. Letih jugalah saya yang mabuk-mabuk ni berjalan tapi Hakim nampak gembira manakala ayahnya pulak sibuk bershopping.

Minggu pertama awal tahun barulah rasa kurang sikit mabuknya tapi alergi betul dengan bau asap especially asap rokok. Apapun, Alhamdulillah sebab kandungan nampak normal dan saya dijangka bersalin pada awal bulan Ogos nanti. Masih terlalu awal untuk saya buat persediaan apa-apa...yang penting kenalah pergi pemeriksaan bulanan. Saya harap semuanya selamat dan selalu berdoa agar dikurniakan anak perempuan pula kali ini...InsyaAllah.