Sunday, May 23, 2010

Berkat Pengorbanan.....

Sejak berhenti kerja tiga tahun lalu dengan niat untuk memberi sepenuh perhatian kepada keluarga terutamanya suami dan anak-anak, saya rasa semakin bahagia. Hidup saya kini rasanya dipenuhi dengan ibadah yang amat berpahala. Apalagi bila berpeluang menjaga mertua yang sakit...terasa satu rahmat besar datang bergolek.

Namun disebalik ruang dan peluang yang diberi Allah ini, kesabaran saya diuji dengan pelbagai karenah anak-anak dan mertua yang sememangnya sukar difahami. Tuntutan perhatian yang melampaui daya dan pemikiran saya amatlah memenatkan.

Di sini bukanlah tujuan saya untuk mengeluh atau mengadu domba, tetapi hanya ingin berkongsi rasa apatah lagi di saat ini saya sedang berbadan dua. Teramatlah terasa ujian Allah pada saya, namun saya pasti disebalik semua ini, ada hikmah yang tersembunyi.

Dek kerana kelemahan diri, pernah juga saya mengeluh, marah dan kecewa kerana tidak berupaya menahan sabar serta memujuk hati agar meredhai segalanya. Tatkala itulah saya memperbanyakkan istighfar dan zikrullah agar segalanya kembali tenang dan dipermudahkan.

Dalam keadaan sekarang ini, hanya Allahlah tempat saya bergantung harap dan meminta agar segalanya dipermudahkan selain memberi petunjuk untuk terus berbakti kepada orang-orang yang disayangi.

Tidak dinafikan sejak menjadi suri sepenuh masa ini, rezeki dan kebahagiaan saya bersama keluarga semakin bertambah. Jadual harian saya juga terisi dengan perkara-perkara berfaedah terutamanya yang mendekatkan diri saya dengan yang maha Esa.

Di rumah, saya dapat mengikuti rancangan-rancangan ilmiah di televisyen, belajar dan membaca Al Quran setiap hari, mengerjakan solat dan puasa sunat, mendidik anak-anak dengan ilmu agama serta berbakti kepada suami tercinta.

Pendek kata, tidaklah rugi saya melepaskan karier saya selama ini. Berkat kepercayaan bahawa jika kita berkorban untuk berbakti di jalan yang diredhai Allah, pasti Allah akan membantu dan menambah kebaikan kepada apa yang kita lakukan. Malah saya kini menjadi lebih penyabar, tenang dan positif.

Semoga segalanya terus diberkati dan dirahmati olehNya. InsyaAllah.

Tuesday, May 4, 2010

Birthday lagi...

Birthday Arif yang ke 3....

Memang sudah lama saya merancang untuk membuat majlis makan-makan di hari jadi anak-anak. Pada Disember lalu, saya merancang untuk buat pada birthday Hakim tapi terpaksa dibatalkan sebab tengah mabuk-mabuk.

Niat untuk buat majlis ni bukannya ape, cuma nak memeriahkan suasana rumah sambil bertemu jiran-jiran & kawan-kawan terdekat selain menggembirakan hati anak-anak & mertua yang lama terperap di rumah.

Pada hari Jumaat sebelumnya, saya berusaha memenuhi kehendak Hakim yang mahu memberi goody bag pada kawan-kawan sekolahnya. Memandangkan hari jadinya jatuh pada cuti sekolah, jadi saya pun bersetuju...dan dialah yang sibuk membantu saya pack semua jajan yang dibeli.

Pada hari jadi Arif, saya hanya menyediakan makanan yang simple-simple saja dan syukur sangat sebab ada jiran yang sudi membantu, kalau sorang-sorang.... boleh terpengsan jugak rasanya.

Petang sehari sebelum majlis, saya menjemput jiran-jiran especially yang ada kanak-kanak, maklumlah untuk budak-budak. Yang meriahnya pada hari majlisnya, boleh dikatakan adalah 20 lebih kanak-kanak datang...siap bawa macam-macam hadiah tu...
Si Hakim & Arif pun apalagi...gembira bukan main.

Tetamu yang paling saya tunggu adalah Mak & Abang sekeluarga tapi mereka datang lewat...apapun Mak siap bawa pulut kuning, rendang dan laksa. Saya gembira sangat bila semua yang saya jemput datang walaupun dijemput last minute.

Niat hati nak menggembirakan mertua...yela biar dia berbual-bual dengan jiran yang dah lama tak jumpa, tapi dia lebih banyak senyap walaupun sesekali tersenyum. Dalam keadaan perut saya yang semakin membesar ni, memanglah penat bila buat apa-apa majlis tapi hati saya puas bila tengok anak-anak dan tetamu gembira.

InsyaAllah, kalau diizinkan Allah saya ingin memenuhi permintaan Hakim yang nak buat majlis hari jadinya yang akan datang...tapi mungkin saya nak buat sekali dengan majlis kenduri kesyukuran dan bacaan Yassin.

Birthday Abang yang ke 36...

Saya hampir-hampir terlupa untuk meraikan birthday Abang...maklumla, penat buat majlis birthday Arif pun tak habis lagi, dah tiba hari jadi Abang pula...Ingat lagi masa lepas dua hari bersalinkan si Arif, saya sambut birthday Abang di hopital sebab masih ditahan kat wad kerana Arif yang G6PD.

Birthday Abang kali ni saya buat kejutan kecil macam tahun lalu tapi kali ni dengan bantuan adik saya, si Saiful. Saya minta tolong adik belikan kek kegemaran kami sekeluarga iaitu kek coklat cheese di Secret Recepi dan minyak wangi Polo Sport sebagai hadiah.

Masa Abang balik makan tengah hari, kami buat kejutan dengan memasang lagu Happy Birthday dari Youtube maklumlah Abang kalau balik umah je...mesti terus on komputer. Pada 6.00 petang, masa Abang balik kerja, baru kami surprisekan dengan kek & hadiah. Kali ni dia nampak macam excited sikit sebab suka dengan kek & hadiah yang diberi.

Macam mana sekalipun sambutan birthday, yang penting penghargaan & kasih sayang harus sentiasa dpamerkan...semoga kebahagiaan terus menjadi milik kita dunia & akhirat.