Thursday, July 28, 2011

Keliru lagi

Bagaimana harus aku mulakan
untuk bicara denganMu wahai Tuhanku
kerana hatiku resah dan berkecamuk
tersepit dan terhimpit

Aku bimbang niatku disalah erti
Aku risau pendekatanku tidak dapat diterima
Aku bingung memikirkan kenapa ianya terlalu sukar
Aku keliru di manakah silapnya

Mengapa ianya terlalu keras
Mengapa suka menongkah arus
Susah sangatkah untuk menerima kebenaran
Sukar sangatkah untuk buat yang betul

Mungkin aku tidak layak
Mungkin aku bukan pemangkin
Atau aku hanya biasa-biasa
Tidak dapat memberi kesan pun

Apapun yang aku lakukan
Hanyalah kerana cintaku padaMu
Aku hanya usaha selebihnya aku tawakal
Hanya Engkau yang tahu hatiku

No comments: