Showing posts with label general. Show all posts
Showing posts with label general. Show all posts

Monday, February 24, 2014

Bertemu di 2014

Subhanallah...MasyaaAllah...dah berkurun lama rasanya tidak menulis blog...rindu tapi kesibukan menjadi penghalang...maklumlah sibuk mengurus anak-anak yang semakin ligat...terutama sekali persekolahan mereka yang memerlukan banyak perhatian...segalanya perlu diuruskan.

Apapun Alhamdulillah, saya masih aktif bersosial di muka buku...walaupun hanya mengepos perkara-perkara kecil, saya amat berharap perkara2 kecil itu akan memberi manfaat buat saya dan yang membacanya.

Tahun 2014 adalah tahun yang amat bermakna buat saya dan keluarga. Ini adalah tahun ke 10 perkahwinan saya dan Mr. hubby selain dikurniakan tiga orang cahaya mata pelengkap kehidupan kami. Syukur yang tak terhingga dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas kurniaanNya yang tak terhingga.

Along kini sudah darjah 4, Angah pula di darjah 1 manakala Afiqah pula sudah 4 tahun...kehadiran mereka di setiap 3 tahun benar-benar menggembirakan kami. Walaupun sebenarnya kami plan untuk seorang lagi pada tahun lepas tetapi mungkin belum ada rezeki. So, kami redha...kalau ada lepas-lepas ni, kami terima sahaja. InsyaaAllah.

Kehidupan berjalan seperti biasa tetapi semakin sibuk dengan urusan rumahtangga...rezeki Allah buat kami juga tidaklah berkurang cuma cita2 untuk membesarkan sedikit dapur rumah masih lagi tertangguh...moga Allah memberi kami rezeki untuk itu satu hari nanti,

Apa yang paling mengujakan ialah apabila kehidupan beragama semakin semarak. Dengan peluang dan ruang untuk solat berjemaah dan anak-anak yang semakin pandai mengaji memang amat menggembirakan. Peluang dan ruang menambah ilmu dan mengajar anak-anak jiran mengaji juga semakin bertambah. Semoga itu semua adalah rahmat dari Allah untuk aku dan keluarga dan harap agar kami terpelihara dari perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Terima kasih Allah atas nikmat2Mu kepada kami.

Rasanya cukup setakat ini untuk entry pertama 2014...hingga ketemu lagi...insyaaAllah.

Tuesday, September 13, 2011

Taksub ke???

Salam...sejak akhir-akhir ini saya terpengaruh dengan seorang tokoh Islam moden iaitu Adnan Oktar a.k.a Harun Yahya, iaitu tokoh yang berjaya membuktikan kebohongan teori Darwinism. Entah kenapa sejak saya menonton rancangan The Sign of The Creator, saya begitu taksub dengan pendekatan yang digunakan oleh Adnan Oktar dalam memperjuangkan kebenaran Islam berdasarkan Al Quran.

Boleh dikatakan hampir setiap hari saya mesti nak tengok video atau baca penulisan beliau. Malah rasa nak beli semua buku-buku yang ditulis oleh beliau tetapi nasib baik semuanya boleh dimuat turun secara percuma.

Saya sebenarnya takut kalau jadi terlalu obses atau taksub dengan kebangkitan yang dibawa oleh Adnan Oktar. Tetapi saya sangat kagum dengan usaha beliau yang sangat berhemah dalam menyedarkan dunia tentang kebenaran penciptaan dunia ini. Kalau melihat kepada video-video dan buku-buku beliau, pasti akan diselangi dengan ayat-ayat Allah.

Beliau sebenarnya cuba berdakwah dengan pendekatan yang sangat lembut tetapi padat dan mendalam. Bila menonton beliau dalam video-video temuramah terutama sekali bersama penganut Yahudi dan Kristian, pasti tidak lekang di mulutnya menyebut kalimah MashaAllah, InshaAllah, Alhamdulillah...seperti Allah terlalu dekat dengannya.

Di sebalik kehebatan beliau, ada juga yang cuba menjatuhkan beliau dan memandang negatif usaha beliau...ada yang menuduh beliau mahu menjadi Al Mahdi dan macam-macam lagi. Sebagai orang yang kurang ilmu macam saya, saya cuma berharap agar usaha yang dilakukan oleh beliau mendapat keredhaan Allah sekiranya beliau memang benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan agama Allah kerana saya yakin bahawa Islam akan berjaya menakluk dunia sebagaimana janji Allah sebelum kiamat berlaku.

Apapun, sama-samalah kita berdoa agar semua umat Islam akan terpelihara dari fitnah terutama sekali fitnah Dajjal di waktu hampir-hampir kiamat nanti....InshaAllah.

Sila lawat http://harunyahya.com atau http://en.harunyahya.tv

Tuesday, August 16, 2011

Salam....lama sungguh cuti dari menulis di blog ni. Diam tak diam dah setengah tahun tak di update. Bukan ape, sibuk dengan baby...tambahan plak laptop dah dijual sebab cadangannya nak beli yang lain tapi tergendala plak...pc kat bilik plak dah jadi hak milik si 4 tahun yang tak habis-habis dengan game.

Banyak betul perkara yang besar terjadi selama setengah tahun ni...antaranya sibuk ngan majlis kawin mak pada Mac lalu, pening layan keletah anak sedara yang biol...nasib baik dia dah blah...dan yang seronoknya layan si Afiqah tu...maklumlah dah pandai macam-macam...ni pun nasib baik dia tengah tidur, kalau tidak tak dapatla nak menaip-naip ni...mesti dia pun sama sibuk nak panjat kerusi kat meja komputer ni...boleh tahan ligat jugak anak dara ni.

Disebabkan sekarang ni dalam bulan Ramadhan, saya rasa eloklah saya tak cerita banyak...yela takut tersasar pulak...apapun, saya rasa belum terlambat kot untuk saya ucap selamat beribadah di bulan mulia ini dan selamat membuat persiapan berhari raya. Semoga ibadah di bulan Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang lepas-lepas dan semoga Syawal nanti tidak merosakkan amalan2 kita sepanjang Ramadhan...agar kita menjadi insan yang semakin hari semakin baik di sisi Allah swt...ameen.

Saturday, January 1, 2011

Perginya 1431 & 2010 .....

Terima kasih ya Allah atas segala nikmat dan rahmat yang diberikan pada saya sekeluarga sepanjang 1431 & 2010... Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga...Terlalu banyak perkara-perkara besar yang berlaku pada saya dan keluarga yang tidak tercoret di sini buat kenang-kenangan.

Apapun, 1431 & 2010 benar-benar membawa perubahan besar dalam kehidupan saya terutama sekali apabila:
~ pada 1/8/2010, saya melahirkan anak yang ketiga, iaitu seorang puteri yang sangat comel mirip ayahnya...Nur Aqmar Afiqah binti Ahmad,
~ pada 5/12/2010, adik bongsu saya selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya.
~ pada 6/12/2010, ibu mertua yang saya jaga selama ini telah pulang ke rahmatullah setelah dua minggu dimasukkan ke hospital akibat komplikasi penyakit diabetesnya,
~ pada 12/12/2010, majlis resepsi perkahwinan adik bongsu saya di pihak ibu,
~ pada 14/12/2010, perkumpulan keluarga 3 hari 2 malam yang selama ini saya impikan akhirnya berjaya juga dianjurkan di Desaru Damai Beach resort.

Walaupun pelbagai peristiwa manis berlaku pada saya tetapi semuanya dilalui dengan kesabaran kerana ada kepayahan yang terpaksa diharungi terutamanya semasa selepas melahirkan Afiqah dan sebelum pemergian ibu mertua ke rahmatullah.

Selepas melahirkan anak perempuan, saya terpaksa mengharungi saat berpantang sambil menjaga mertua yang sudah semakin lemah dan perlu lebih perhatian. Sebelum pemergian mertua pula, saya terpaksa berulang alik ke hospital sedangkan kanak-kanak tidak dibenarkan masuk manakala abang pula sibuk outstation di Kota Tinggi.

Apapun, di saat mengharungi kepayahan demi kepayahan, Allah tidak putus mempermudahkan segalanya buat saya...misalnya, saya tiada mengalami banyak komplikasi selepas melahirkan berbanding dua anak sebelumnya dan pulang cepat...hanya satu malam sahaja saya di hospital. Terima kasih yang tak terhingga juga buat ibu saya yang sudi membantu.

Semasa ibu mertua di hospital, Allah telah mengirimkan kakak ipar buat saya bagi membantu saya menjaga anak-anak terutama sekali semasa ketiadaan suami yang outstation, malah ada pula saudara yang sudi menjaga mertua di hospital.

Ketika mertua terlantar di hospital, hati saya sering berbelah bahagi sama ada mahu menolong ibu yang sibuk hendak bermenantu atau menjaga mertua yang sakit. Namun segalanya saya cuba seimbangkan agar tiada yang berkecil hati. Saya dan suami terpaksa bergilir semasa pernikahan adik dan persandingannya di sebelah pihak perempuan. Akhirnya, mertua pergi selepas sehari majlis persandingan adik yang mana saya turut pergi menghantarnya. Selepas permergian mertua, dapatlah saya membantu ibu membuat persiapan majlis perkahwinan adik bongsu di pihaknya.

Saya memang amat bersyukur sekali dan percaya dengan janji Allah di mana setiap kesukaran ada kemudahan. Saya menganggap apa yang berlaku adalah rencana Allah, hanya kesabaran sahaja yang memberi ketenangan buat saya. Malah, selepas ujian demi ujian, saya sekeluarga dilimpahi rezeki yang melimpah ruah sehingga kami mampu menaja penginapan untuk perkumpulan keluarga di Desaru selain membeli perabot-perabot baru menggantikan perabot-perabot lama di rumah.

Sebagai tanda syukur yang tidak terhingga, 2011 ini, saya dan suami juga mengambil keputusan menjaga dua anak saudara yang sedang bersekolah di tingkatan 5 dan 2 kerana masalah keluarga. Harap, apa yang kami lalui akan menambah amal kebajikan kami untuk mendapat keredhaanNya dan rahmatNya yang berpanjangan...InsyaAllah.

Tuesday, September 15, 2009

Salam Lebaran



Saya ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI buat semua muslimin dan muslimat terutama sekali ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan di mana jua anda berada.

MAAF ZAHIR & BATIN dari saya dan semoga Syawal ini membawa seribu kebahagiaan serta keinsafan.

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA kepada yang memandu kenderaan untuk pulang ke kampung halaman dan semoga selamat pergi dan pulang.

Monday, August 31, 2009

SELAMAT HARI MERDEKA!



SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 52

SEMOGA BUMI MALAYSIA AKAN SENTIASA DIRAHMATI DAN DIBERKATI ILAHI

Nota:
Sesebuah negara boleh merdeka tetapi seseorang manusia tidak akan pernah merdeka kerana mereka adalah hambaNya.

Saturday, August 22, 2009

RAMADHAN 1430H / 2009


Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
dan
SELAMAT BERPUASA

kepada semua ahli keluarga, sahabat, kenalan dan semua muslimin dan muslimat di mana jua berada.

Semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dan sama-samalah kita mempertingkatkan amal dan memohon keampunan dariNya untuk keberkatan dan kerahmatan hidup di dunia dan akhirat.

Friday, July 31, 2009

Bulan Ibadah

Rejab berlalu...Syaaban menjelma...tak lama lagi Ramadhanlah kita...puasa...jangan tak puasa ye...ni belum apa-apa dah ingat nak beraya...puasanya belum tentu cukup.

Bila cakap pasal bulan-bulan mulia ni, saya terharu sangat bila dapat melaksanakan ibadah-ibadah sunat yang diajar Nabi...tapi nak beribadat pun nak kena betul-betul ikhlas...bukan ape, banyak sangat bidaah tentang amalan-amalan di bulan-bulan mulia ni.Kebanyakan ibadah yang dibuat tidak bersandarkan kepada Sunnah Nabi s.a.w. malah hanya bersandarkan kepada amalan para ulama-ulama tertentu sahaja.

Yang sebenarnya, hari-hari kita lalui adalah ibadah...hanya niatkanlah dengan penuh ikhlas kerana Allah s.w.t. Seawal membuka mata di pagi hari hinggalah tiba saat memejamkan mata untuk tidur kembali haruslah kita isi dengan ibadah. Kalau nak diceritakan, setiap saat kehidupan kita adalah ibadah.

Di bulan-bulan mulia ini, kita hanya perlu mempertingkatkan lagi ibadah kerohanian yang boleh menambahkan iman dan takwa kita kepada Ilahi. Sejauh mana keistimewaan malam Isra' Mikraj, Nisfu Syaaban dan Lailatul Qadar, hanya Allah yang mengetahuinya. Kita sebagai hambaNya, beribadatlah seperti mana ajaran Nabi s.a.w. dan jangan sampai ibadah kita tersalah ikutan.

Sunday, December 28, 2008

Maal Hijrah 1430


Tahun 1430 Hijrah akan memberi lebih makna buat saya. Pada tahun lalu, kebanyakan azam saya menjadi kenyataan tetapi tidak dinafikan ada juga yang tak tercapai. Semoga pada tahun ini perjalanan hidup saya akan lebih baik dan bermanfaat. InsyaAllah.

Azam tahun baru tak boleh tulis kat sini sebab nanti orang kata riak pulak. So, saya tulis tangan kat dalam diari aje. At least ada hitam putih dan susah sikit nak tukar-tukar sebab saya ni mudah tukar fikiran.

Apapun, selamat menyambut Maal Hijrah 1430 kepada seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Semoga tahun 1430 akan memberi lebih banyak ruang untuk kita memperbaiki diri demi mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

Saturday, December 6, 2008

Bercuti

Sempena cuti sekolah yang panjang ni...pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk makan angin dan pulang ke kampung apalagi bersempena dengan perayaan Aidil Adha yang bakal disambut 1-2 hari lagi.

Pada minggu lepas, saya sendiri berkesempatan untuk bercuti bersama keluarga. Bercuti kalau setakat balik hari macam tak payah bercuti...at least nak bermalam sehari dua di tempat orang barulah lebih bermakna, tul tak? Kalau dapat 4-5 malam lagi best!

Sebenarnya saya lebih suka percutian yan melibatkan ramai ahli keluarga...bukan setakat kami sekeluarga sahaja malah lebih seronok kalau dapat berkumpul dengan adik beradik yang lain beserta anak-anak saudara...tapi nak buat macam mane, Abang tak suka macam tu pulak...dia lebih suka privacy dan bebas dengan aktiviti sendiri. Nak tak nak saya terpaksalah ikut cara dia....

Setiap orang ada cara tersendiri untuk memenuhi masa cuti mereka. Pada mereka inilah masa untuk bersantai bersama keluarga sendiri sebab mungkin selama ini masa yang ada tidak begitu enjoy dan agak terbatas.

Kalau yang ingin bergembira bersama anak-anak, mestilah kena bawa mereka ke tempat yang menyeronokkan dan baru bagi mereka. Tapi kalau untuk berdua sahaja...mestilah nak ke tempat-tempat yang romantik dan tenang.

Apapun, percutian takkan bermakna kalau masalah peribadi atau kerjaya masih bersarang di kepala. Adalah lebih baik kalau dilupakan buat seketika dan nikmatilah percutian dengan hati yang berbunga-bunga, rileks dan penuh warna-warni.

Akhir sekali...kalau boleh pergilah bercuti di tempat yang indah2 kerana keindahan dunia ciptaanNya dapat memberi seribu ketenangan dan keinsafan. Jangan lupa sambil bercuti ingat Allah banyak2... InsyaAllah cuti anda akan lebih bermakna dan beroleh pahala.

Thursday, September 4, 2008

Susahnya membuat kebaikan

Bila kita ingin membuat kebaikan, tentulah kita berniat kerana Allah...kalau tak, tentu tak dapat ape2, kan?

Bukan senang untuk kita membuat kebaikan sebab takut disalah ertikan apatah lagi kalau kita duduk dengan orang yang sentiasa berfikiran negatif...contohnya:

a) Kita bersolat tak tinggal, orang cakap kita berlagak alim.
b) Kita berpuasa dan buat amalan sunat di bulan Ramadhan, orang cakap kita menunjuk
c) Kita membantu dengan ikhlas, orang cakap kita nak bodek
d) Kita berzikir terkumat-kamit, orang cakap kita mengeluh
e) Kita mengajak melakukan kebaikan, orang cakap kita macam bagus

Pendek kata, apa sahaja yang kita buat untuk kebaikan pasti dipandang serong...walhal hanya Allah saja yang tahu niat kita sebenarnya...

Apapun, kita niatkan saja apa yang kita buat tu kerana Allah pastu dan kita tawakallah padaNya serta jangan lupa berdoa agar kita dijauhkan daripada sifat riak.

Walluhua'lam.

Parenting

Parents are not just produce a new generation, but they must be able to manage the children and fullfil their needs because they are our investment for future benefits either to this world or eternity.

Why I said like that? Because lot of parents do not know their actual responsibilities. They always made mistakes in developing their children. That is why nowadays we can see lots of young generation have no manners, no vision, no self esteem...etc.

So, parents have to play a huge role in order to build a good generation. First of all, to be a parent, we must have a knowledge about parenting. What it is about? It is about how to care, teach, love, motivate and face the children. In this effort, patience is the most important criteria that should be inside the parents.

All effort must be started from the beginning of the marriage and must be in both side, husband and wife who are going to be a father and mother. If only one side, the quality of the children is not good as what as expected.

To those who are getting married, please look at yourself either you have prepared to become a mother or father. Without a proper preparation of mentality, physicaly or financially, you will spoilt your next generation development. Environment is another important factor to be considered in raising children. It might involve neighbourhood, home or family members influence.

Our former parents did not have enough knowledge about parenting. So, we cannot 100% follow their way eventhough all his/her childrens was a success. This is because their time was different with ours. That was why a Prophet Mohamad said "teach your children by follow their period of time".

As a preparation, gather all the tips about developing the children as much as you can either from books, magazines, newspaper or internet. Then, try to implement all the tips to the children and see the result. If there still a failure, pray and leave it to Allah.

Saturday, August 30, 2008

MERDEKA & SALAM RAMADHAN

Esok rakyat Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-51. Merdekakah kita? Sebenarnya kita takkan pernah merdeka....kita takkan merdeka sampai bila-bila. Percayalah cakap saya ni...sebab ape? Sebab kita ni kan HAMBA! Hamba siapa? HAMBA ALLAH!!!

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-51.

Lusa kita akan menyambut bulan mulia, Ramadhan Al-Mubarak. Bersediakah kita untuk mengerjakan rukun Islam ketiga ini? InsyaAllah...kita pun tak tahu apa akan berlaku, tapi niatlah dalam hati yang kita ingin melakukan yang terbaik dan merebut peluang ini sebaiknya untuk menjadi hambaNya yang lebih bertaqwa.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.

Saturday, August 23, 2008

Cuti sekolah & silaturrahim

"Musim cuti sekolah memang ditunggu-tunggu oleh ramai orang terutama sekali ibu bapa para pelajar dan guru-guru. Bagi yang berhasrat untuk mengakhiri zaman bujang, inilah masanya untuk membina masjid. Sebenarnya, kesempatan cuti sekolah ini perlu digunakan dengan baik dan secara terancang oleh ibu bapa atau para pelajar mahupun guru-guru agar ianya tidak berlalu dengan sia-sia.

Bagi saya inilah masanya untuk kita mengeratkan silaturrahim sesama insan. Peluang ini harus kita gunakan untuk menziarah, berkumpul bersama kaum keluarga, sanak saudara atau sahabat handai yang telah lama tak bersua muka. Dengan pulang ke kampung halaman, bermalam di rumah adik beradik serta menghadiri majlis perkahwinan pasti akan memberi peluang kepada kita untuk merapatkan tali persaudaraan apatah lagi kepada generasi baru.

Pada masa ini lazimnya cuti sekolah akan dipenuhi dengan aktiviti melancong yang kononnya untuk menenangkan fikiran. Tidak hairanlah apabila cuti sekolah, hotel dan resort semuanya "fully-book". Tetapi jika kita bandingkan dengan bertemu sanak saudara, yang manakah lebih mulia dan jimat? Bagi yang mementingkan keseronokan, pastilah melancong lebih baik tetapi sesungguhnya demi masa, kita akan kerugian kerana tidak memanfaatkannya ke jalan Allah untuk bersilaturrahim....."

Sebenarnya saya sendiri tak dapat nak ke mana-mana walaupun anak-anak masih belum bersekolah....kalau dah sekolah nanti tak taulah macam mane plak.......isk..isk..isk

Friday, August 22, 2008

Kali pertama sebagai "Blogger"

Assalamualaikum.......

Syukur Alhamdulillah akhirnya saya melangkah juga ke dunia blog setelah sekian lama berkira-kira. Harapan saya agar langkah saya ini akan membawa manfaat untuk diri saya khususnya dan kepada agama, bangsa serta tanah air umumnya.

Kenapa saya ingin menjadi blogger? Mungkin ini membenarkan apa telah termaktub di dalam Hadis Nabi s.a.w. di mana semakin menjelang kiamat, manusia akan lebih gemar menulis. Apapun saya ingin menjadikan medium ini sebagai salah satu perjuangan untuk mencari ketenangan dan berkongsi ilmu serta pendapat dengan sesiapa sahaja yang sudi.

Semoga bertemu di artikel yang akan datang.