Showing posts with label snippet. Show all posts
Showing posts with label snippet. Show all posts

Tuesday, January 5, 2010

Dugaan & Rezeki

Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Salam Maal Hijrah 1431 & Selamat Tahun Baru 2010 kerana masih berada dalam bulan Muharram & Januari.

Agak lama juga saya menyepi dari menulis sesuatu dalam blog saya ni, malah saya rasa ketinggalan banyak cerita-cerita menarik yang sepatutnya saya kongsikan di sini. Sebenarnya, ada yang dah ditulis, tapi terperap sebagai draft sebab perlu diedit dan ada juga bila dah siap tulis, baru rasa macam tak sesuai untuk dipublish. Mungkin waktu saya tulis tu, fikiran tak menentu...maklumlah kesihatan tak stabil lagi. InsyaAllah, kalau saya rasa entry saya tu sesuai nanti...barulah saya postkan kat sini...tapi, back datedla...

Secara generalnya sepanjang hujung tahun 2009 saya hanya menghabiskan masa kat rumah...melayan adik beradik yang datang berkunjung sempena Hari Raya Aidil Adha dan cuti sekolah. Bermula dengan keluarga Abang yang menziarahi emak sebelum pulang beraya ke kampung mertua, diikuti dengan keluarga kakak yang pulang dari Penang untuk beraya dengan emak dan seterusnya keluarga Adik yang pulang dari Kedah untuk bercuti. Oleh kerana kami tak boleh nak ke mana-mana, kami hanya menerima tetamu yang berkunjung sahaja dan melayan mereka seadanya.

Di Awal Disember pula saya disahkan hamil anak ketiga...berita ini amat menggembirakan kerana saya dan hubby memang menantikan kehadiran cahaya mata seterusnya tetapi saya kena sabar untuk menempuhi dugaan trimester pertama. Kali ni mabuknya lain macam sikit...tekak sentiasa pahit, tak boleh tercium bau makanan langsung mesti nak loya dan termuntah terutamanya makanan yang bertumis. Selain tu, masalah tekanan darah rendah buat saya tak boleh berdiri lama.

20 Disember adalah ulang tahun kelahiran Hakim yang ke 5. Saya dan Abang dah lama plan nak celebrate birthday dia meriah sikit tahun ini. Ingat nak masak-masak dan jemput anak-anak jiran skali tapi semuanya terpaksa ditangguhkan disebabkan keadaan saya yang tidak mengizinkan. Saya cuba pujuk Hakim supaya dia tak berkecil hati sebab dia memang nak sangat saya buat majlis hari jadi yang meriah untuk dia. Nasib baiklah dia boleh terima...so, kami cuma belanja dia makan kat tempat pilihan dia, iaitu Kenny Rogers dan belikan hadiah serta kek kesukaan dia.

Yang menjadi masalah ialah khidmat saya pada mertua yang uzur agak terjejas sikit terutama bab makan. Bila nak masak je mesti nak 'uwek-uwek' dulu kadang-kadang sampai kosong perut dibuatnya. So, Abang decide untuk beli je lauk kat luar dan saya tak payah masak...tapi hari-hari pening gak kepala nak beli lauk ape. Kalau dulu saya tak lalu nak makan melainkan nasi lemak saja tapi kali ini perut sentiasa lapar tapi tak bole makan banyak dan nak makan yang masam-masam aje.

Kesian juga pada si Hakim bila tak ke mana-mana pada cuti sekolah yang panjang...so pada 2 Januari lepas, kitorang pun bawalah dia jalan-jalan ke Melaka dan naik Ferris Wheel di Eye On Malaysia selain ke Mahkota Parade & Dataran Pahlawan. Letih jugalah saya yang mabuk-mabuk ni berjalan tapi Hakim nampak gembira manakala ayahnya pulak sibuk bershopping.

Minggu pertama awal tahun barulah rasa kurang sikit mabuknya tapi alergi betul dengan bau asap especially asap rokok. Apapun, Alhamdulillah sebab kandungan nampak normal dan saya dijangka bersalin pada awal bulan Ogos nanti. Masih terlalu awal untuk saya buat persediaan apa-apa...yang penting kenalah pergi pemeriksaan bulanan. Saya harap semuanya selamat dan selalu berdoa agar dikurniakan anak perempuan pula kali ini...InsyaAllah.

Saturday, August 22, 2009

Hari Pertama Ramadhan 1430/2009

Alhamdulillah...syukur sangat pada Ilahi kerana saya masih berkesempatan untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini dan seperti bait-bait lagu Man Bai......

...kumengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...
...agar dapat kulalui dengan sempurna...

Apapun, saya hanya merancang dan Allah jualah yang menentukan...

Hari pertama puasa kali ini, saya mengajak emak saya untuk bersahur dan berbuka di rumah kami sebab dia pun sudah tiada sesiapa sejak pemergian arwah ayah pada Syawal tahun lalu. Lagipun bimbang dia diselubungi kesedihan kerana terkenangkan arwah ayah.

Memandangkan Abang saya yang sulong pun berhajat untuk berbuka bersama emak, saya pun ajaklah mereka sekeluarga untuk berbuka di rumah kami sekali. Terasa gembira sangat bila dapat berbuka beramai-ramai apalagi dengan keluarga sendiri.

Seawal jam 3 petang saya dah sibuk membuat persiapan untuk juadah berbuka puasa dan sahur sekali. So, for the first time saya post gambar2 menu berbuka kami pada Ramadhan pertama tahun ini iaitu.....kurma, lopes sagu, spaghetti chicken meatball, bubur jagung (jiran bagi) dan aneka kuih talam (Abang beli).



Dan menu sahurnya pulak adalah...ikan tenggiri goreng, telur asin, ikan gelama rendang asam lemak, sayur goreng ala jawa dan sambal belacan serta ulam petai.



Baru saja kami menikmati juadah berbuka, tiba-tiba majlis kami spoilted bila si Angah Syahmi, anak abang saya termuntah...diikuti pula dengan si Arif dan si Along Syafiq...so...untuk tidak menghilangkan selera makan semua orang, saya dan Abang saya cepat-cepat bersihkan tempat dan budak-budak tu...tapi ade juga yang tak kisah semua tu, diorang bedal aje...

Apapun saya rasa gembira sangat sebab dapat berbuka beramai-ramai dengan keluarga dan saya tak kisah pun dengan apa yang berlaku dan berharap diorang taklah serik untuk berbuka dengan kitorang lagi. Lepas buka, siap ambil-ambil gambar lagi....

Tuesday, March 24, 2009

Alam Cyber

Pada awal pembabitan saya sebgai blogger, saya amat kagum dengan para bloggers yang punya ramai teman cyber malah punya followers dan visitors yang tetap. Saya percaya yang mereka ini di luar juga adalah jenis orang yang suka berkenalan dan beramah mesra.

Selain sentiasa aktif untuk mengemaskini blog, mereka juga rajin melayan pertanyaan dan komen-komen yang diberi dalam entry mereka. Mungkin minat, kesungguhan dan addictnya diorang pada blog adalah amat tinggi. Tahniahlah kepada mereka yang berjaya menjadikan alam cyber sebagai ruang silaturrahim yang sangat bermanfaat.

Bagi saya, untuk menjadi blogger tegar seperti mereka ini perlukan masa. Namun saya percaya bagi mereka ini, masa bukan menjadi masalah malah semangat dan minat untuk berada di alam cyber sentiasa di dalam fikiran dan sudah terjadual.

Yang amat menyedihkan ialah apabila ada di antara bloggers yang mengambil ruang cyber ini sebagai tempat untuk meluahkan perasaan dengan cara yang negatif. Mereka menulis entry yang memburuk-burukkan orang lain dan ada pelawat yang mengkritik dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan perasaan pemilik blog.

Baru-baru ini ada artikel dalam sebuah majalah yang membincangkan tentang "Internet....muslimah buka pintu fitnah?". Bagi saya semuanya bergantung kepada keikhlasan dan kejujuran hati setiap penulis. Bagi mereka yang salah tafsir dan cuba berfikiran negatif, baiklah jangan menyebarkan sesuatu yang bakal mengundang masalah.

Nota: Fikirlah sebelum menulis.

Tuesday, February 3, 2009

Keluar...keluar...keluar...

Sejak akhir-akhir ini, saya, suami dan anak-anak selalu keluar rumah. Boleh dikatakan hampir setiap hari kitorang keluar. Ada aje yang nak dibuat kalau tidak pun nak 'ngeteh' (minum-minum) kat warung.

Anak-anak memanglah suka sesangat sebab jarang dapat keluar rumah tapi yang kesiannya kat mak mentua saya tu. Dia siap mengeluh sebab tiap-tiap hari kena tinggal tapi taklah lama sangat...cuma paling lama pun 3 jam. Bukan ape, nak bawak takut tak larat nak berjalan...lagipun dia bukan boleh naik-naik tangga. Makan pun tak bole sembarangan.

Saya ni pulak, kalau Abang dah ajak, takkanlah nak tolak. Lagipun kebanyakannya memang ada yang nak diuruskan dan sambil-sambil tu kitorang pegilah mengeteh.

Minggu lepas aje tengokla.......

Ahad ~ Pergi klinik bawak si Hakim yang demam tetiba aje
Isnin ~ Pegi jalan2 ikut Abang tengok barang komputer dan ngeteh
Selasa ~ Pegi makan McD
Khamis ~ Pergi survey kelas mengaji untuk Hakim
Jumaat ~ Balik umah Mak dan tido sana satu malam
Sabtu ~ Pergi pasar malam
Ahad ~ Pergi shopping barang dapur
Isnin ~ Pergi cabut gigi
(Cuma hari Rabu aje tak ke mana-mana)

Kadang-kadang tu terfikir juga takut kitorang ni asyik nak perabih duit Abang aje. Tapi memandangkan Abang yang atur semuanya dan tak pernah kisah pun dengan duit dia...so, saya pun enjoy ajelah!

Semoga rezeki yang Abang belanjakan untuk kitorang ni mendapat balasan yang berganda-ganda lagi. InsyaAllah asalkan semuanya ikhlas kerana Allah

Sunday, January 18, 2009

Corat coret seminggu

Alhamdulillah, sepanjang minggu ni saya rasa seronok sangat walaupun kesihatan masih belum pulih sepenuhnya. Apa yang seronok sangat ek? Berikut adalah antaranya:

Pertama: Hakim mula bersekolah
Walaupun Hakim lambat seminggu masuk sekolah pertamanya di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Nurul Hayat, ternyata dia teruja sangat. Tiap-tiap pagi bangun sendiri...tak payah dikejutkan langsung. Pastu setiap hari ada saja pesanan cikgu yang nak dipraktikkan di rumah. Dia nampak suka sangat bila nak ke sekolah dan harap dia akan selalula macam tu.

Kedua: Aktiviti baru ~ mengait
Saya yang masih berpantang ni excited pulak nak mengait (aktiviti saya 8 tahun dulu). So, dengan baik hatinya, Abang pun bawakla saya pergi beli apa yang patut. Dan sekarang saya tengah rajin dok mengait chair back warna hijau striking. Tapi tak taula bila bole siap sebab skill dah agak kureng sikit. Lagipun badan masih lemah dan selalu nak tido aje.

Ketiga: Dapat blogging balik
Walaupun idea selalu jame untuk tulis entry baru, tapi saya suka sangat bila dapat lawat blog2 kegemaran saya yang dah lama tak dijenguk. Sejak duduk kat kampung, rasa macam banyak benda dah miss.

Keempat: Jadual tahun baru
Memandangkan tahun baru masih baru, azam dan tekad perlu dikuatkan. So, saya pun mulalah buat jadual untuk diri sendiri, Hakim dan si kecik Arif. Ala...sekadar guideline aje. At least, kitorang ada displin setiap hari. Untuk saya, waktu pagilah yang paling sibuk. Hakim plak, waktu makan, mandi, baca buku dan mengaji mesti diutamakan. Si Arif tu pulak mestilah ada masa makan, mandi, tido dan main yang teratur. Semua kena ikut timing, kalau tidak kelam kabut gak saya.

Monday, December 15, 2008

Kisah cuti & adik beradik.

Sekarang ni musim hujan... so saya jaranglah keluar rumah. Duduk ajelah kat rumah sambil melayan bebudak. Nak blogging pun, line internet tak berapa elok...nak memasak plak takde mood langsung nak cuba-cuba resepi. Buat keje rumah pun, ala kadar aje...

Baru-baru ni adik saya yang duk di Sungai Petani, Kedah ada balik ke rumah mak saya..yelah, musim cuti sekolah. Dia agak lama jugak kat kampung...lebih kurang 2 minggu jugak ler. Adik saya tu suami isteri cikgu sekolah. Bukan dia aje...abang dan kakak saya pun cikgu...kawin pun dengan cikgu jugak. Cuma saya dengan adik saya yang bongsu aje tak jadi cikgu.

Sempena cuti sekolah ni, abang saya yang sulong plak balik ke Kelantan, tempat mertua dia sekali menyambut Aidil Adha di sana. Katanya nak khatankan jugak anak-anak lelakinya si Syafiq dan Syahmi. Habislah bebudak tu...mesti kena berpantang.

Kakak saya yang tinggal di Seberang Perai, Pulau Pinang tak balik kampung. Dia sekeluarga katanya pergi bercuti ke Cameron Highlands beberapa hari. Tapi sebelum tu diorang sibuk jaga peperiksaan.

Minggu lepas, lepas majlis menghantar tanda untuk adik bongsu, kitorang sempat ke Tanjung Leman. Minggu ni plak, saya dan adik bercadang nak mandi manda di Sagil, dekat kaki Gunung Ledang, Tangkak. Tapi tak tau lagi jadi ke tidak. Kalau jadi nanti saya cerita kat sini ye.

Sebut pasal Gunung Ledang, teringat saya pada tahun 90 an, kitorang 5 beradik dan seorang kawan adik pernah pergi mendakinya. Abang sulong yang jadi ketua kitorang selama 2 hari 1 malam mendaki.

Tak sangka pada waktu tu, kitorang sanggup mendaki tanpa henti sampai ke puncak dan hanya nak turun tu yang kitorang bermalam di pertengahan gunung. Memang mencabar tapi seronok sebab waktu tulah kitorang nampak caring sangat.

Abang saya memang terror bab-bab berkhemah. Kakak pulak masa mendaki mengeluh tak habis-habis tapi bila turun, dialah yang seronok sekali. Saya dan adik-adik plak enjoy aje...

Segalanya tinggal kenangan...sekarang nak berkumpul adik-beradik pun susah. Cuti sekolah ke...raya ke...jarang dapat berkumpul kesemuanya. Saya ada jugak cadangkan untuk buat family gathering setahun sekali tapi susah nak dapat 100% support. Tapi saya takkan berputus asa, nanti saya nak siapkan proposal Family Gathering tu dan bagi kat diorang...pastu tu kalau tak berjaya jugak, tak tau ler.

Nota: InsyaAllah, kalau niat kita baik, pasti Allah akan membantu kan?

Thursday, September 11, 2008

Seminggu Ramadhan

Ntah nape mood nak blogging dah kureng skit sejak dah seminggu berpuasa ni... nak kata banyak beribadat tak jugak...nak kata memasak pun tak jugak...tapi nape ek?

Badan rasa penat je...ooo...mungkin sebab badan tak berapa sihat...bebudak, bapak budak dan nenek budak semuanya tak sihat. Hidung masing-masing masih lagi berhingus dan batuk2.

Tiap-tiap hari tido lewat... pastu bangun sahur pun dah nak masuk waktu subuh. Lepas solat bantai tido dengan bebudak sampai dekat tengah hari baru bangun. Ahhh...nasib baik tak kena masak untuk lunch... kalau tak, gerenti kelam kabut hidup dibuatnya.

Baru-baru ni Abang beli handphone baru dua biji. Satu untuk saya...dan satu lagi untuk dia punye 2nd no. Yang pastinya dia bagi yang murah aje kat saya sebab kata dia saya ni tak pandai jaga telefon. Yelah sebelum ni dah 3 biji telefon yang dia bagi semuanye tak kekal lama...satu masuk lubang jamban, satu plak masuk mesin basuh... dan yang satu lagi rosak. So, murah pun murah ler....janji bole buat dan terima call jadilah.

Masakan untuk berbuka plak tak ler sehebat mane...asal ade nasi, satu ikan / ayam dan sayur kira oklah. Pastu, balik keje Abang belilah kuih dua tiga jenis...kalau rajin, buatla mi2 ke, bubur ke atau ape2la yang rasa tekak nak makan.

Hari Selasa Mak & Ayah berbuka kat umah...best jugak. Lagipun diorang pun tinggal berdua je...kesian plak nak masak2. Rindu rasanye bila ingat masa zaman-zaman berpuasa dengan keluarga sendiri. Bila waktu berbuka, makan macam orang lapar sangat tapi makan sikit aje dah mengah. Pastu siap ade giliran cuci pinggan plak tu....semuanye tinggal kenangan.

Kalau ikut mak & ayah, kitorang tak pernah berbuka dengan nasi. Nasi hanya dikhaskan untuk sahur aje. Biasanya berbuka mesti dengan mi ke, laksa ke, bubur ke dan kuih muih. Seronok bila waktu berbuka sebab ada bermacam jenis makanan kat atas meja.

Sekarang ni giliran saya plak buat juadah berbuka untuk keluarga. Tapi memandangkan Abang dan mak mertua biasa berbuka dengan nasi, saya pun terpaksalah ikut tapi kadang2 tu buatlah juadah yang lain skit. Kuih muih memang malas nak buat, beli lagi baik sebab makan pun tak banyak.

Sejak tahun lepas saya jarang ke bazar Ramadhan. Bukannye ape, malas nak bersesak2 lagipun takut membazir sebab paham-paham ajelah kalau nampak makanan mesti rambang mata. Nanti takut dah beli takde sapa nak makan plak. Nasib baik Abang volunteer pegi beli kuih lepas balik keje kalau tidak tak berkuih le berbuka jawabnye.

Apapun puasa tahun ni benar2 bermakna buat saya dan InsyaAllah segalanya akan berjalan dengan baik.

Tuesday, September 2, 2008

1st day of Ramadhan

After 2 days I didn't post anything.. today I'm going to share my story about my 1st day of Ramadhan this year....

1st time 'sahur', I didn't cook any special dishes since I was tired back from Melaka. We just ate the Ginger Chicken, Kangkung Belacan and Ikan Caru Goreng which were still had balance after lunch. Unfortunately, we woke up a bit late...about 5.15 a.m. while Imsak last at 5.38 a.m. My 'Mak' kept on wondering why she didn't hear her alarm which was set up by Abang....I also wonder.

Right after sahur, Arif woke up and I had to breastfeed him till he back to sleep so that I can solat. After that I watched TV until 8 a.m. before continue sleep with the kids till 10.00 a.m.

After the kids woke up, I had to entertain my kids' needs as usual ...breakfast, take bath, read Muqaddam & playing.

3 p.m., while Arif slept, I prepared foods for fasting break. I did Curry Noodle, plain rice, 'ikan gelama goreng' & peria fried with egg. Abang went to Bazar Ramadhan bought 'kuih talam suji'(my favorite) & curry puff.

After fasting break at 7.15 p.m., Abang brought Hakim to the Mosque for Tarawih prayer. Hakim was so happy after back from Tarawih prayer but it was not because his solat but he met a new friend and played around.

Saturday, August 30, 2008

Kenangan 31 Ogos...

Setiap tahun saya taklah gila sangat bila menyambut hari kemerdekaan. Biasanya saya sekadar menonton cerita2 patriotik dan perarakan pagi merdeka di kaca TV sahaja.

Masa dulu-dulu bila hari merdeka saya suka tengok Mini Parlimen...bukan ape, suka bila tengok budak2 kecik cerita pasal hal-hal negara...tapi sekarang dah takde kot.

Kalau tak silap saya...Puteri Diana meninggal pun 31 Ogos tul tak?

Oh ya...saya decide nak kawin pun pada malam 31 Ogos...

Haaa....hari jadi Mohammad, adik ipar saya pun 31 Ogos...so, Selamat Hari Jadilah untuk adik ipar saya yang berada di Sungai Petani, Kedah.

Apa lagi ye.......tak ingatlah...yang pasti esok Abang ajak shopping raya kat Melaka. So, tahun ni nyambut merdeka kat Melakalah saya.

Wednesday, August 27, 2008

Blogging...blogging....blogging....

Since I started blogging last Friday, I'm so excited to edit the layout and put some neccessary gadgets until I don't care to tidy up the house and entertain the kids. I just prepared food, did laundry and some important things for the kids....after that I let my "mak" look after my kids till they came to me once they need anything.

Today I feel a bit satisfy with my blog's outlook. To all readers, if there are any comments ...please forward to me so I can consider to improve it. This afternoon, Abang got stomachace and fever. I think it bacause of the "asam pedas" and "milo" he took last night. But he still allow me to continue blogging. He is very understanding.......

Here, I would like to take this opportunity to welcome my first blog-visitor, Kak Neeza...Actually, I am not yet telling anyone about this blog until I saw her comments....To Kak Neeza, I'm so sorry because I didn't tell you that I read and copy some ideas from your blog. AMPUN KAK.... Anyway, I feel very happy to befriend with you and hope you'll be my blog mentor. SALAM PERKENALAN.............

Sunday, August 24, 2008

Minggu yang sengkek...

Sudah dekat seminggu saya sakit gigi...tapi malas betul nak pegi jumpa dentist...cuma makan ubat yang abang beli kat farmasi aje..

Ahad lepas handphone abang hilang...tak taulah tercicir kat mane masa dia ke pasar naik motor...kesian gak, so saya bagi dia pakai handphone saya. Nasib baik dia pegi Digi report dapatla pakai nombor lama. Buat sementara waktu saya takde handphonela...

Saya tolong Salwah buat feedback form untuk majlis reunion budak OM. InsyaAllah kalau ramai yang reply, mungkin majlis tu bole jalan.

Tak sangka kawan lama saya, Erra contact saya...walaupun dia cuma bagi phone number dia dan mintak saya telefon balik, saya rasa sangat gembira sebab dah lama saya cari dia...rindu betul kat dia...

Malam Khamis saya buat kek untuk sample bagi kat kawan2 dan jiran2... Kek Marble, Kek Butter, Kek Coklat dan Kek Buah Kukus (gambar). Esoknye siap pergi hantar kat tempat keje lama...tapi segan jugak sebab takut orang ingat saya dah sengkek...walaupun sebenarnya nak cuba2 aje...sebab susah nak cari masa nak buat kek-kek ni...


Hari Jumaat kakak saya bersalin anak yang ke empat. Dapat baby girl! Kesian plak bila saya dengar dia ada masalah uri melekat. Tapi nasib baik akhirnya bersalin normal jugak. So...dah 11 orang cucu mak & ayah saya.

Hari Sabtu pegi kerja kawin sedara mak mertua kat Kg. Bachang, Melaka. Pastu kitorang tinggalkan dia sekejap...yelah bagi peluang dia beramah mesra dengan kawan lama sementara kitorang pegi Mahkota Parade jalan2.

Ntah kenapa terjebak plak dengan budak jual barang letrik kat MP...kononnya dapat voucher discount RM50...rupanye kene beli barang dia. Tapi yang syoknye...voucher kitorang dapat hadiah cooker & vacuum. Saya pun excited tapi memandangkan kitorang tengah sengkek, saya letak RM50 untuk booking water filter. InsyaAllah kalau ade rezeki kami...dapatlah kami beli barang tu dan tebus hadiah kitorang. Nasib baik budak tu bagi tempoh 1 tahun.

Hari ni abang pegi pasar macam biasa...tapi terpaksa berjimat cermat sebab duit semakin susut pasal payment tak masuk2. Petang kitorang pegi hantar kain untuk buat baju raya kat rumah sedara di Parit Raja. Balik pegi window shopping kat Porcelain Inn & singgah minum petang di Air Hitam.