Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Sunday, October 2, 2011
Dialog Anak & Ibu Tentang Allah
Suatu waktu selepas solat Asar, si anak yang berusia empat tahun mula bertanya sesuatu....
ANAK : Ibu...kenapa ibu solat?
IBU : Ibu solat sebab ibu nak terima kasih pada Allah
ANAK : Siapa Allah tu?
IBU : Allah adalah pencipta kita...yang cipta awak, ibu, manusia lain, haiwan, pokok-pokok, bumi, langit dan lain-lain...
ANAK : Kenapa Allah cipta manusia?
IBU : Allah cipta manusia sebab nak suruh ikut perintah Allah...jadi hamba Dia...
ANAK : Allah ke yang cipta TV...
IBU : Takk...TV bukan Allah yang cipta...
ANAK : Habis tu siapa yang cipta TV?
IBU : Manusia...
ANAK : Kenapa manusia cipta TV?
IBU : Manusia cipta TV sebab nak suruh TV jadi hamba manusia...bagi manusia tengok berita, cerita, kartun dan macam-macam lagi...
ANAK : Hamba tu apa ibu?
IBU : Hamba tu siapa yang ikut perintah
ANAK : Kalau tak nak ikut perintah?
IBU : Kalau tak ikut perintah, maknanya ingkar...biasanya siapa yang ingkar takkan disukai oleh penciptanya dan mungkin akan kena marah...contohnya kalau awak nak tengok kartun, tapi bila awak tukar channel tu tetap dapat tukar...tentu awak marah, kan?
ANAK : Allah marah tak kalau kita tak ikut perintah Dia?
IBU : Tentulah Allah marah...tapi Allah tu Maha Penyayang...walaupun hambaNya tak ikut perintah Dia, Dia tidak terus marah dan hukum...dia suruh hambaNya minta maaf...sebab Allah suka memaafkan kesalahan hamba2Nya...
ANAK : Allah ada kat mana ibu?
IBU : Allah ada di Arash...tapi Allah boleh lihat semuanya di mana mana saja
ANAK : Boleh tak kita nak tengok Allah?
IBU : Boleh... tapi bila kita sudah meninggal dan masuk ke syurga nanti...
ANAK : Kalau nak tengok Allah sekarang boleh tak ibu?
IBU : Tak boleh...sebab Allah itu Maha Besar...nanti Dia baru nak tunjuk sikit aje...habis pecah gunung-gunung...nanti awak pun tak sempat nak tengok sebab dah mati kena hempap dengan gunung...macam mane?
ANAK : Eeee...besarnya Allah tu kan ibu?
IBU : Mestilah....jadi awak takut ke dengan Allah?
ANAK : Takut...tapi Allah tu baik kan ibu?
IBU : Allah memang sangat baik...awak kena sayang Allah...sebab Allah yang jadikan awak dan berikan awak macam-macam untuk hidup atas dunia ni...
ANAK : OK......adik saaaayanggg Allah

Thursday, January 27, 2011
5 perkara yg kita mahu dan berusaha untuk mendapatkan
خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها5 perkara yg kita mahu dan berusaha untuk mendapatkan:
1- وجه جميل1: Wajah yg cantik
2- فلوس بالملاين2: Duit yg banyak
3- صحة قوية3: Kesihatan yg baik
4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا4: Anak2 yg cerdik dan berjaya
5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية5: Tidur yg nyenyak tanpa gangguan
سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
Untuk mendapatkannya, hanya 50 minit setiap hari.
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
sabda nabi saw,
من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
Siapa yg tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yg tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yg berkat.
بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس فيBarang siapa yg tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yg tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanafaat.
أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
Barangsiapa yg tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yg nyenyak.

Friday, March 26, 2010
Taubat
Kenapa kita perlu bertaubat:
1. Setiap anak Adam mesti ada membuat kesilapan kerana setiap manusia dianugerahkan nafsu. Orang yang baik adalah apabila dia berbuat salah dia akan terus bertaubat kepada Allah sekurang-kurangnya dengan beristighfar.
2. Setelah orang tersebut berbuat keji, maka dia sedar dengan kesilapannya, dia berzikir dan beristighfar kepada Allah dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka megetahui.
Cara-cara bertaubat:
1. Melalui perbuatan
- menyesal dengan apa yang telah kita lakukan
- Berniat tidak mahu lagi melakukan perkara yang sama
- Meninggalkan perbuatan keji itu untuk selama-lamanya
- Menggantikan segala suruhan fardhu yang ditinggalkan sebelum ini
- Kalau ada kesalahan dengan orang lain, kita perlu meminta maaf daripada orang itu
- Kita melatih diri kita untuk taat kepada Allah untuk memperbaiki segala kelemahan
2. Melalui lisan ~ beristighfar
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya setiap penyakit itu ada ubatnya dan ubat kepada dosa ini adalah istighfar”. Syaitan akan terbakar apabila kita mengucap kalimah Lailaha illallah…..dan istighfar.
Syaitan sering memerangkap manusia itu dengan sikap riak dan takbur dengan menganggap kita adalah yang terbaik.
Taubat tidak sempurna kalau:
1. Kalau tidak menambah ilmu
2. Kalau tidak bertambah amalannya
3. Kalau akhlaknya tidak bertambah baik
4. Masih menyimpan perasaan marah dan benci kepada orang lain

Saturday, May 23, 2009
Mengingati Mati
Mati...mati adalah jambatan menuju alam akhirat. Selalukah kita mengingati mati? Bukankah mengingati mati itu satu ibadah? Malah ia akan membuatkan kita insaf dan berusaha untuk lebih dekat dengan Allah.
Tiada siapa yang tahu bila dia akan mati malah bagaimana dan di mana dia akan mati. Banyak kes kematian yang berlaku secara tiba-tiba, di dalam tidur dan di dalam sembahyang pun ada. Kenapa ini terjadi? Hanya Allah sahaja yang tahu jawapannya. Bukankah Dia yang mengaturkan segalanya.
Ramai manusia yang sakit dan terlantar menyangka mereka akan mati tidak lama lagi tetapi ramai di antara mereka disembuhkan malah boleh menjalani kehidupan seperti biasa semula. Ada juga yang putus harapan dan membunuh diri untuk mati tetapi mereka ini adalah antara mereka yang sesat.
Bersediakah kita untuk menghadapi mati? Apa yang kita bawa sebagai bekalan sesudah kita mati? Sebagai seorang Islam, mati bukanlah penamat sebuah kehidupan tetapi ia adalah sebuah permulaan kehidupan yang abadi iaitu di alam akhirat.
Sentiasalah kita mengingati mati dan bersedialah untuk menghadapinya. Berusahalah untuk mati dalam husnul qatimah iaitu dalam keimanan kepada Allah kerana kesudahan kehidupan dunia yang baik akan memberi harapan yang baik juga untuk kehidupan seterusnya di alam akhirat iaitu alam yang abadi di sisi Allah s.w.t.
Nota:
Hanya orang yang akan mati yang tahu bagaimana rasanya mahu mati.

Monday, December 8, 2008
Mukmin, Fasiq & Munafiq
Di Aidil Adha ini, sejenak saya terfikir di manakah kedudukan saya sebagai muslim. Adakah saya tergolong di antara orang-orang muslim yang mukmin? Hanya Allah saja yang dapat menilainya. Sebagai manusia yang mempunyai pegangan, kita harus berusaha, berdoa dan tawakal.
Bagi saya, orang mukmin adalah mereka yang mentaati perintah Allah iaitu dengan mengerjakan perkara-perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang olehNya. Seorang yang mukmin melaksanakan rukun-rukun Islam dan mengimani rukun Iman dengan sebenar-benarnya. Selain itu, mereka adalah orang-orang yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup. Mereka juga mempunyai akhlak yang mulia malah sering menyeru orang lain ke arah kebaikan dan menegur mereka yang membuat salah.
Namun untuk menjadi mukmin yang sejati, ianya bergantung kepada tahap keimanan seseorang. Iman seseorang boleh meningkat dan boleh menurun. Untuk kekal sebagai seorang mukmin sejati, kita harus sentiasa istiqamah iaitu sentiasa konsisten dalam melakukan kebaikan. Selain itu, kita tidak boleh bersifat riak dalam beramal kerana dikhuatiri menjadi syirik. Oleh kerana itu, bersederhanalah kerana sebaik-baik amal itu adalah yang sederhana tetapi berterusan.
Tidak dinafikan ada di kalangan muslim yang melaksanakan rukun Islam dan mengimani rukun iman tetapi turut mengingkari suruhan Allah dalam meninggalkan apa yang dilarangNya. Mereka ini dikenali sebagai orang-orang yang fasiq. Di antara sifat-sifat orang yang fasiq ialah sering melewatkan waktu solat, buruk sangka, suka mengumpat, bercakap kotor dan berlagak sombong.
Orang yang fasiq boleh juga diumpamakan seperti orang yang tahu bahawa apa yang dilakukan itu salah di sisi Allah tetapi tetap melakukannya. Di dalam Al-Quran, Allah sering mengatakan bahawa mereka ini adalah antara orang-orang yang celaka.
Biasanya orang-orang yang fasiq ini menyedari yang mereka melakukan kesalahan tetapi mereka enggan atau menangguhkan untuk bertaubat dan kembali ke jalan Allah. Mereka menganggap yang mereka tidak bersalah atau akan diberi kesempatan oleh Allah untuk bertaubat walhal mereka inilah orang yang lalai dan amat rugi sekiranya mereka tidak sempat bertaubat.
Sebenarnya ramai di antara orang-orang fasiq telah diberi hidayah dan peringatan oleh Allah tetapi mereka keberatan untuk menyegerakan taubat dan berhenti dari mengingkari suruhan Allah. Mungkin kerana kesibukan mencari kesenangan dunia, kemalasan yang bermaharajalela atau bersifat takbur.
Golongan muslim yang paling dilaknat Allah adalah golongan yang mengaku muslim tetapi tidak jujur kepada Allah. Mereka ini adalah golongan munafiq. Sebagai contoh, mereka berbohong dengan mengatakan mereka bersolat dan berpuasa walhal mereka tidak melakukannya langsung. Mereka ini hanya ingin menutup kekurangan diri dengan berkata bohong dengan tujuan orang lain menghormatinya walhal Allah maha mengetahui yang sebenarnya.
Orang-orang yang munafiq boleh dikenali melalui tiga perkara iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji, dia mungkir dan apabila diberi amanah, dia khianat. Orang-orang munafiq ini susah untuk dikenali kerana perwatakan mereka tidak mencerminkan diri mereka sebenarnya. Ramai di antara kita yang terpedaya dengan orang-orang seperti ini kerana sifat mereka yang seperti "talam dua muka".
Sebagai seorang muslim, kita harus memilih untuk menjadi muslim yang bagaimana kerana usaha ke arah itu akan menentukan amalan seharian kita yang bakal dihitung di akhirat nanti. Sudah tentulah setiap muslim mengimpikan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat serta mendapat balasan syurga. Namun sebagai hambaNya yang tidak sempurna kita tidak sunyi dari silap dan lalai tidak kiralah samaada kita mukmin, fasiq atau munafiq tetapi kembalilah ke jalan yang lurus seperti firman Allah yang berikut:
Apa yang penting, sentiasalah bertaubat, berdoa dan mengingati Allah. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan penerima taubat walaupun anda mukmin, fasiq atau munafiq. Semoga kita diberikan kesudahan hidup yang baik, diampunkan segala dosa dan diterima segala amalan. Ini kerana ramai juga orang yang menyangka diri mereka itu mukmin tetapi sebenarnya mereka itu munafiq di sisi Allah kerana segala yang dilakukan tidak kerana Allah sepenuhnya.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
(Az-Zumar:53)
Apa yang penting, sentiasalah bertaubat, berdoa dan mengingati Allah. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan penerima taubat walaupun anda mukmin, fasiq atau munafiq. Semoga kita diberikan kesudahan hidup yang baik, diampunkan segala dosa dan diterima segala amalan. Ini kerana ramai juga orang yang menyangka diri mereka itu mukmin tetapi sebenarnya mereka itu munafiq di sisi Allah kerana segala yang dilakukan tidak kerana Allah sepenuhnya.
“Maka barangsiapa yang percaya dan mengharapkan
pertemuan dengan Tuhannya,
hendaklah dia melakukan amalan soleh dan janganlah mempersekutukan sesiapa pun
di dalam ibadah kepada Tuhannya”
(Al-Kahfi: 110)
Wallahua'lam.
Saturday, November 22, 2008
Ikhlaskah Anda?
Perkataan ikhlas memang senang diucap tetapi hanya hati sahaja yang tahu erti sebuah keikhlasan. Macam mana kita nak tahu kalau seseorang itu ikhlas dengan kita atau tidak? Berikut adalah beberapa petanda kalau seseorang itu memang tak ikhlas dalam melakukan sesuatu.....
- Merungut atau mengeluh tak habis-habis
- Mengungkit atau mengingatkan semula apa yang dia dah pernah buat
- Mengharapkan sesuatu sebagai balasan
- Melambat-lambatkan untuk membuat apa yang diminta atau disuruh
- Melakukan ala kadar sahaja dan tidak bersungguh-sungguh
- Menunjuk-nunjuk di hadapan orang sahaja tapi di belakang merungut
Biasanya orang yang ikhlas akan melakukan yang berikut:
- Melakukan dengan rela hati (tanpa paksaan)
- Melakukan hanya untuk mendapat redha Allah
- Memberitahu setakat mana yang ia mampu melakukan
- Sentiasa cuba buat yang terbaik
- Sentiasa tawakal kepada Allah atas apa yang dilakukan
- Menyegerakan apa yang diminta atau disuruh
Adakah anda seorang yang sentiasa ikhlas dalam melakukan sesuatu? Sebenarnya tidak susah untuk kita ikhlas dengan manusia jika kita ikhlas dengan Allah terlebih dahulu. Niatkanlah setiap apa yang anda ingin lakukan hanyalah untukNya walaupun sebenarnya untuk manusia lain.
Friday, November 7, 2008
Poligami
Tengok tajuk je...orang perempuan mesti dah menyampah, kan? Yelah mana ada perempuan yang suka berpoligami...hanya mereka yang redha aje yang sanggup menghadapinya, tul tak?
Untuk menyedarkan kaum Adam serta menyejukkan hati kaum Hawa, kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah sebagaimana beberapa di bawah ini:
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) anak-anak yatim maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”(QS An-Nisa, ayat ke-3)
"Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung.." (An-Nisa': 129)
"Jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja..." (An-Nisa': 3)
“Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu ia lebih condong kepada salah satunya dibandingkan dengan yang lain, maka pada hari Kiamat akan datang dalam keadaan salah satu pundaknya lumpuh miring sebelah.” (HR. Lima)
Jika rasa diri dah cukup bersedia, barulah diputuskan untuk berpoligami atau tidak. Selepas itu tawakal sahaja pada Allah kerana semua ini hukum Allah seperti firman berikut:
"Dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin." (Al Maidah: 5O)
Barang siapa yang menolak hukum Allah, maka dia tidak menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka dan minta ampunlah segera kepada Allah kerana Dia maha pengampun lagi maha mengasihani.
Wallahua'lam.
(Tak kena batang hidung sendiri....bolehla cakap......Kalau dah kena, baru tau.....Astaghfirulla hal azim...minta dijauhkan)

Tuesday, November 4, 2008
Peringatan untuk yang lalai...
"Dengan nama Allah aku berlindung daripada syaitan yang direjam
Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang
Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam
Yang maha pengasih dan penyayang
Yang menguasai hari pembalasan
Kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus
Jalan seperti mereka yang telah Engkau berikan nikmat
Bukan mereka yang Engkau murkai
Dan bukan mereka yang sesat
Maha suci Allah yang tinggi kekuasaanNya
Sesungguhnya Allah mendengar orang memujiNya
Hanya kepada Allah sahaja segala puji-pujian
Maha suci Allah yang maha agung kekuasaanNya
Ampunilah aku, rahmatilah aku, angkatlah aku, cukupkanlah aku., rezekikanlah aku, tunjukilah aku, afiatkanlah aku, maafkanlah aku"
Tahukah anda berapa kalikah anda mengungkapkan ayat-ayat di atas dalam sehari?
Hanya seorang hamba sahaja yang benar-benar menghayatinya.
Hanya seorang yang jujur sahaja yang rela melafazkannya.
Hanya seorang yang taqwa sahaja sanggup mengiakannya.
Hanya seorang Muslim yang benar-benar Muslim tahu jawapannya.
Tepuk dada, tanya minda dan selamat beramal.

Subscribe to:
Posts (Atom)