Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Monday, July 19, 2010

Menghitung Hari

Kalau ikutkan due date yang doktor bagi masa scan, saya hanya ada 20 hari lagi untuk buat persediaan menyambut kelahiran orang baru. Entah kenapa saya rasa risau sangat untuk bersalin kali ini tapi bukannya risau tentang bayi yang dikandung tapi lebih kepada kemampuan diri untuk berhadapan dengan situasi waktu berpantang.

Bukannya apa, terlalu banyak tanggungjawab yang terpikul di bahu ini. Untuk tidak terlalu tertekan, saya cuba berfikiran positif dan berdoa agar Allah mempermudahkan segalanya. Apa yang paling merisaukan saya ialah tanggungjawab menjaga mertua yang terlantar sakit...mana nak uruskan berak kencingnya, makan minum serta pakainya... ditambah pula dengan karenah hero-hero yang cuma pandai buat kecah sana sini dan mintak itu ini...

Selain itu, persediaan berpuasa untuk keluarga dan persiapan hari raya yang bakal menjelma juga agak merisaukan saya. Mujurlah Emak saya sudi membantu untuk menjaga saya masa dalam pantang...tapi urusan menjaga mertua kenalah saya upah orang...itupun kalau ada yang sudi...InsyaAllah.

Apapun, saya tetap bersyukur kerana Allah sentiasa memberi saya kekuatan, ketenangan dan kemudahan dalam menghadapi keadaan yang sukar begini. Walaupun kadang-kadang saya rasa tertekan dan marah-marah, namun masih ada insan yang memahami diri ini...siapa lagi, kalau bukan suami tercinta.

Sebelum saya bertarung dengan maut untuk melahirkan seorang lagi khalifah Allah di muka bumi ini, ingin sekali saya memohon ampun dan maaf dari semua ahli keluarga, sahabat handai dan rakan taulan serta doakanlah agar saya dan bayi selamat dan dipermudahkan segalanya.

Memandangkan saya dikatakan bakal melahirkan seorang bayi perempuan, jadi saya sudah pun mempersiapkan banyak kelengkapan bayi perempuan. Untuk pakaian, saya tidak banyak membeli kerana kakak saya banyak memberi pakaian anaknya yang lalu. Nama untuk bayi juga telah saya fikirkan iaitu...Nur Afiqah Aqmar...yang bermaksud, cahaya yang pemurah, bijaksana, cantik dan putih...Harap orangnya akan menjadi seperti namanya...seperti abang-abangnya juga...insyaAllah.

Ya Allah, permudahkanlah aku untuk melahirkan anak ini seperti mana Kau permudahkan Mariam melahirkan Isa...Ameen.

Thursday, October 15, 2009

Permainan & strategi

Sejak sibuk dengan game Farmville & Cafe World di Facebook, bole dikatakan jadual harian saya terganggu sikit...maklumlah mana nak tengok tanam-tanaman dan ternakan...nak handle cafe lagi...kalau salah time pergi jenguk, bole rugi bisnes dibuatnya.

Yang tambah pening bila si Hakim sibuk nak tolong berkebun dan jaga cafe. Masalahnya dia buat kerja sikit aje...tapi kalau bab perabih duit nombor satu. Habis semua barang nak dibelinya. Siap berangan lagi...'nanti kita beli itu ini ye bu....nak letak sana...nak letak sini..."

Inilah penangan dunia permainan...silap-silap haribulan boleh tak ingat dunia lain...memang melalaikan. Nasib baikla saya masih ingat rumahtangga dan tanggungjawab...kalau tidak, berantakkanlah semuanya...

Walau macam manapun...saya rasa permainan yang berunsur strategi ini ada baiknya jugak...yelah..selain melatih kita mengatur strategi bermain, kita juga kena mengatur masa kita dengan baik supaya semuanya under control...Selain memberi ketenangan fikiran, permainan ini juga mampu menguji minda kita untuk merancang dan membuat keputusan yang mendatangkan keuntungan. Yang bestnya kita digalakkan menolong rakan-rakan seperniagaan yang lain...

Apapun, saya cuba mengingatkan diri saya yang ianya sekadar permainan... sentiasalah berpijaklah di bumi nyata agar tidak terus lalai... terutamanya dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap perintah yang maha kuasa.

Monday, October 5, 2009

Raya...raya...raya!

Walaupun tahun ini adalah tahun pertama beraya tanpa ayah, Alhamdulillah kami sekeluarga tetap menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Selain itu, saya sekeluarga terpaksa menghadkan jadual beraya kerana keadaan mertua yang sudah tidak mengizinkan.

Sudah raya seminggu barulah kami bergerak ke mana-mana itupun sekejap-sekejap dan pergi yang mana dekat-dekat sahaja. Bila ada kawan-kawan jemput ke open house barulah kami pergi, itupun tengok masa dan keadaan jugak.

Baru-baru ni rumah mak di kampung ada buat Marhaban...memang tiap-tiap tahun kat kampung tu ada buat Marhaban. Yang bestnya time Marhaban tu...lain rumah, lainla juadahnya. Jenuh jugak nak makan semuanya...kadang-kadang rasa sikit je dah kenyang. Ada pulak yang tahan perut sebab tahu kat rumah lain ada masak lagi sedap.

Yang sebenarnya masa Marhaban nilah dapat kenal orang-orang kampung. Makcik-makcik dan budak-budak kecik pun ramai yang tak dikenali...so, time nilah nak berkenalan dan tanya-tanya perkembangan keluarga masing-masing.

Bila fikir-fikir, bagus jugak open house dan Marhaban di bulan raya ni. Tapi yang tak bestnya bila orang buat semua tu sekadar nak tunjuk-tunjuk kehebatan masing-masing. Jangan pelik bila ada yang buat open house dan Marhaban sekadar nak tunjuk rumah dialah yang hebat...barang-barang kat rumah dialah yang paling cantik-cantik...makanan kat rumah dialah yang paling sedap...haaa tu belum lagi yang nak tunjuk dialah yang boleh bagi duit raya paling banyak!

Apapun, coretan ini sekadar luahan di hati saya...yelah takut-takut saya sendiri terjebak dengan situasi macam tu. Semoga biarlah apa yang kita lakukan sentiasa menuju ke arah kebaikan dan mendapat keredhaanNya.

Friday, September 11, 2009

Wednesday, July 15, 2009

Rezeki & Peluang...

Alhamdulillah...syukur sangat sebab semakin hari rezeki semakin mencurah. Baru-baru ni, Abang dapat product IT baru yang ada potensi untuk dipasarkan. So, sekarang ni tengah sibuk introduce barang ni dekat banyak tempat...InsyaAllah, kalau ada rezeki, kitorang memang boleh buat duit dengan barang ni.

Satu lagi, saya entah macam mane ternampak satu iklan peluang untuk jadi usahawan produk kecantikan kat dalam surat khaba. Tak tau kenapa...rasa berminat plak nak cuba nasib. So, saya pun bagitau kat Abang yang saya nak cuba hantar. Lepas dapat green light dari Abang, saya pun hantar sms tanya kat mane nak hantar semua dokumen permohonan tu. Syarikat tu namanya SimplySiti Sdn. Bhd...dalam hati dok fikir macam familiar je...

Bila dah dapat address, saya pun pergi amik gambar dan prepare semua dokumen yang berkaitan tapi masa pulak macam dah tak sempat. Lagi sekali saya hantar sms tanya kalau lambat satu hari bole tak? Alhamdulillah...diorang cakap diorang akan terima. Tapi dalam hati ada sikit ragu-ragu...sebab takut kena tipu. Saya pun siasat2, rupanya syarikat tu milik penyanyi Dato' Siti Nurhaliza...teruja jugak nih!


Seminggu lepas tu...diorang inform saya yang email interview dah pun dihantar. So, saya pun check email...nampaknya, hari Ahad ni, 19 Julai saya kenalah pegi KL untuk interview tu. Since Abang pun cakap ok, InsyaAllah, Jumaat ni kitorang akan bertolak ke KL untuk interview tu dan sambil jalan-jalan shopping raya.

Dalam hati saya hanya berdoa kepada Allah seandainya ini rezeki yang membawa kebaikan kepada saya, berikanlah...tapi kalau ianya rezeki yang boleh membawa keburukan kepada saya, sekatlah ia. Saya tawakal saja pada Allah...kerana Dialah yang tahu apa yang terbaik buat saya.

Thursday, July 2, 2009

New Computer & Outstation


This entry is using a Compact notebook, a new computer bought today by Abang for me...thank you Abang!

Actually he bought this notebook because he got some extra money from canceled project... and...he don't want me to disturb his mission in playing his strategy games...hehehe...otherwise he better bought LCD TV or Vcam...

Anyway, I feel so lucky to get this computer, at least I can blogging while watching my TV programs or bring it when I go anywhere.

Before this, I used his PC and always steal his break time to surf internet or blogging...so, after this no more using his PC except when he's not at home.

Today also, Abang went outstation to KL for 3 days 2 nights attending a product briefing. I did assist him to book a hotel room for him and his friend, Hisham at De Palma Hotel, Ampang.

Besides product briefing, he really excited to go there because some of his friends (ex-classmates) are waiting for him to discuss their reunion project.

Hope he will have safe journey and enjoy the moments with friends.

Monday, November 17, 2008

Salah Siapa?

Saya selalu cemburu apabila melihat orang yang membesar dalam keadaan mewah dan sempurna ...tetapi kenapa ramai di antara mereka tidak begitu menjadi? Kalau yang daif tu lainlah cerita...sebab diorang tak punya kemudahan yang cukup untuk belajar dan mencari ilmu malah tiada yang boleh menunjuk jalan dengan sebaiknya. Maklumlah orang tuanya pun tak berilmu...

Apapun, saya tabik kepada mereka yang pandai menghargai kemewahan dan menjadikannya suatu alat untuk mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Mereka inilah antara orang-orang yang berjaya dan pastinya mereka adalah orang-orang yang sentiasa bersyukur dan mengingati Allah.

Amatlah rugi bagi mereka yang tidak tahu menghargai kemewahan yang dikecapi. Lebih malang lagi jika kemewahan itu membawa kehancuran dan ketidakbahagiaan dalam sesebuah keluarga. Apalah ertinya kemewahan harta benda jika jiwa tidak tenang dan bahagia. Tetapi semua ini salah siapa yek?

Lihatlah sekarang ini terdapat ramai anak-anak orang kaya terjebak dalam masalah sosial dan keruntuhan moral. Mengapa boleh jadi begitu? Adakah salah ibu bapa yang tidak tahu mendidik anak-anak mereka atau salah anak-anak itu sendiri yang tidak tahu untuk menghargai kemewahan? atau mungkin kerana persekitaran yang mempengaruhi mereka?

Pening juga memikirkannya....apapun, semua pihak harus mengambil masa untuk berfikir tentang apakah tujuan kita berada di muka bumi ini? Dengan kemewahan yang kita ada, fikirkanlah bagaimana langkah-langkah yang boleh dibuat untuk mencapai tujuan itu. InsyaAllah, segala yang kita usahakan pasti akan diberikan ganjarannya di sana kelak.

Wallahua'lam.

Thursday, November 13, 2008

Si Anak Tengah

Saya adalah anak tengah iaitu anak ketiga daripada lima orang adik beradik. Yang untungnya...saya ada seorang abang, seorang kakak, seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki. Sempurna kan?

Best jugak jadi anak tengah macam saya ni tau. Saya merasai kasih sayang dari semua peringkat dan saya boleh ngam dengan semuanya. Saya selalu menjadi tempat adik beradik meluahkan perasaan dan mengadu masalah.

Mungkin kerana saya ni anak tengah, Allah mengurniakan saya sifat penyabar yang tinggi dalam menghadapi karenah orang-orang di sekeliling saya. Saya mampu bertenang dalam keadaan yang kelam kabut dan saya tidak mudah panik atau melenting.

Namun begitu, saya seorang yang sensitif dan mudah tersinggung. Biasanya kalau tersinggung, saya akan berdiam diri dan berfikir semula untuk menerimanya secara positif. Sebab itulah saya mudah memaafkan orang lain walaupun kadang-kadang perbuatan mereka tu meninggalkan kesan yang mendalam pada saya. Semuanya saya ambil sebagai iktibar dan pastinya saya akan lebih berhati-hati dengan mereka.

Sebagai anak tengah, saya mudah simpati dan selalu bertolak ansur. Tetapi sikap inilah menyebabkan orang lain sering mengambil kesempatan ke atas saya. Mana tidaknya, kadang-kadang saya jadi lebih mementingkan orang lain dari diri saya sendiri.

Sejak akhir-akhir ini, saya selalu mendengar ceramah agama atau rancangan motivasi yang sedikit sebanyak menyentuh sifat-sifat peribadi seseorang. Seorang anak tengah seperti saya dikatakan mempunyai aura tersendiri dan akan menjadi orang yang berjaya kerana sifat-sifat baik yang dimilikinya.

So, saya pun terangkat sikitlah.....dan harap-harap macam tulah.....apapun saya bersyukur dan semoga Allah memberi yang terbaik buat saya di dunia dan di akhirat nanti.

Monday, November 10, 2008

Pendiam vs Banyak Cakap

Pada zaman sekolah, saya adalah seorang yang pendiam dan sering memendam perasaan. Saya jarang menceritakan masalah saya kepada sesiapa dan sikap ini membuatkan saya sering tertekan.

Di tingkatan 4, saya mula menyedari yang sikap pendiam saya tidak akan membantu saya untuk lebih maju ke hadapan. So, perlahan-lahan saya mengubah diri saya menjadi seorang yang lebih banyak cakap. Orang cakap, kalau kita makan tongkeng ayam, kita akan banyak cakap...so saya pun makanlah...sedap plak tu dan ternyata ianya berkesan.

Bila saya melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma barulah saya dapat berubah sepenuhnya kerana berada di tempat yang baru, suasana baru dan bertemu dengan kawan-kawan yang baru. Alhamdulillah...semakin hari saya semakin bijak bercakap malah saya mampu mempengaruhi orang lain melalui kata-kata sehingga saya menjadi AJK Kolej.

Walaubagaimanapun, sikap banyak cakap saya telah membuat saya berasa kurang selesa apabila saya juga suka bergossip dan gemar bercerita tentang orang lain. Mungkin saya dah over peramah atau memang mulut ni dah tak reti nak diam kot? Selain itu, saya juga mula mengangkat diri sendiri dan berlagak bila bercakap, contohnya...."kalau akulah jadi dia, aku akan bla..bla..bla..." dan "alah...senang aje..." dan banyak lagi....

Suatu hari saya bertemu dengan seorang yang banyak bercakap...saya terdiam mendengar dia bercakap dari satu topik ke satu topik tanpa henti...ceritanya berkisar tentang masalah dirinya dan kadang-kadang dia bercerita tentang perihal orang-orang yang dia kenali. Apabila ditanya, jawapannya berjela dan bersangkut paut dengan cerita yang lain pula. Nada suaranya pula sekejap marah, geram, sedih, berlagak dan gembira pun ade (macam orang gila pun ade...tapi dia bukan orang gila). Lama jugak saya melayan orang itu bercerita...kira2 dua jam.

Sejak itu, saya mula terfikir tentang perubahan saya ni....saya jadi takut dan berazam untuk berubah menjadi pendiam semula...tak perlu banyak bercakap melainkan cakap yang baik-baik aje. Saya takut jadi macam orang tu dan saya tahu kalau kita banyak cakap, mesti ada yang tersalah cakap atau tercakap yang tidak berfaedah. Tak pasal-pasal dapat dosa... yelah...mulut kita ni kan salah satu penyebab kita boleh masuk neraka. Na'uzubillah......

Sejak itu saya lebih suka berdiam aje....Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mulut saya yang terdahulu. Amin.

Wednesday, October 29, 2008

Masa Yang Kurindui

Dah lama saya tak merasa suasana sunyi dan sepi.... rindu pulak rasanye untuk bersendiri. Setelah mempunyai cahaya mata, hidup saya sentiasa sibuk...apatah lagi bila dah mengurus rumahtangga sepenuh masa....sampaikan saya tak punya masa untuk diri sendiri.

Bila teringat masa sebelum berumahtangga, saya rasa seronok pulak bila dapat bersendiri pada hujung minggu dan melakukan perkara-perkara yang saya nak buat tanpa gangguan sesiapa. Dulu saya suka pergi shopping sendirian. Kalau berteman pun tak suka beramai-ramai... cukuplah berdua sahaja. Sebab saya tak pandai nak layan ramai-ramai orang dalam satu masa.

Bila waktu sunyi saya suka membaca atau menonton tv...Kalau membaca saya suka bahan yang memberi motivasi atau keagamaan. Kadang-kadang saya teringin membaca novel yang tebal2 tapi saya selalu nak tertidur bila membacanya...tak tau kenapa jadi macam tu. Mungkin sebab saya dah boleh jangka jalan ceritanya kot?

Sekarang saya dah tak banyak masa untuk membaca. Nasib baik ade internet, so dapatlah saya baca info sikit2 kat dalam blog2 kegemaran saya. Selain tu saya cuma membaca majalah Nur atau Mastika. Buku2 agama pun ade jugak tapi dah tak boleh nak tumpu sangat sebab banyak gangguan.

Saya rindu sangat nak tido awal macam pukul 9 malam ke...sebab saya rasa sekarang ni saya selalu tak puas tido. Kadang tu ada kesempatan, tapi mata pulak tak boleh tido. Tu yang on internet dan blogging nih...

Oklah, kalau nak cerita pasal masa yang dirindui sebenarnya banyak lagi tapi yang inilah yang paling dirindui. Mungkin bila anak-anak dah berdikari nanti barulah masa ini akan kembali tapi kekuatan pulak dah tak sama...yelah, dah berumur...sedihnyeeeee. Itupun kalau Allah izinkan!

Wednesday, October 22, 2008

Serabut Yang Membahagiakan

Kalau baca tajuk, mesti ada yang terfikir macam tak masuk akal...tapi bagi saya itulah hakikatnya. Ni bukan nak cerita pasal hal rumah tangga kat sape2 tapi nak luahkan perasaan tak percaya dengan kekuatan penerimaan saya terhadap apa yang saya lalui.

Sejak berkahwin hampir 5 tahun lalu saya tinggal sebumbung di rumah ibu mertua. Itupun sebab suami saya adalah satu-satunya anak lelaki tunggalnya. Tambahan pula bapa mertua sudah tiada.

Tanpa curiga saya pun duduklah serumah dengan mertua dan nak tak nak saya terpaksa menerima keadaan yang serba serbi di kawal oleh ibu mertua. Apa pun saya bersyukur sekurang-kurangnya kami tak perlu membeli atau menyewa rumah lain walaupun rumah yang ada tak berapa selesa.

Rumah ibu mertua saya ni rumah lama dan cuma ada dua bilik tidur dan satu bilik air. Selain itu ruang rehatnya juga hanya seluas 20' x 10' dan ruang makan seluas 10' x 10'. Kalau duduk berdua sebelum kedatangan saya ke rumah ini memanglah amat selesa. Tapi cuba dibayangkan keadaannya bila saya dah masuk ditambah pulak dengan dua anak. Agak sempit pulak rasanya.

Saya selalu cakap pada Abang supaya kita kena buat sesuatu untuk menjadikan rumah kitorang lebih selesa. Tak kiralah samada nak renovate atau beli rumah yang lain. Masalahnya sekarang kalau nak renovate, bimbang ibu mertua jadi kecoh sebab orang tua biasalah....lagipun rumah dia. Nama pun belum tukar lg...silap2 haribulan kalau dia meninggal pun kitorang tak dapat rumah tu.

Kalau nak beli rumah baru pulak kitorang sayangkan rumah tu sebab lokasi rumah tu sangat baik apatah lagi kat tengah bandar betul2. Tambahan pulak kemudahan macam sekolah, hospital, kedai2, klinik semuanya dekat. Kalau nak pergi, cuma 5 -10 minit jalan kaki je. Nak ke bandar Batu Pahat pun macam tu...pendek kata, rugi kalau kitorang pindah.

Yang serabutnya ialah bilik kitoranglah. Saiznya cuma 14' x 10' tapi bilik tidur tu dah merangkap pejabat, cyber cafe, bilik persalinan, perpustakaan, arkib barang antik, taman asuhan kanak-kanak, stor, tempat ibadat dan pusat hiburan. Bayangkanlah betapa serabutnya bilik tu dengan bermacam barang-barang sampai saya dah tak reti mengemasnya. Yang penting bagi saya dan suami asalkan kami berempat masih bole tido kat atas katil walaupun terpaksa berhimpit.

Walaupun keadaan bilik kami serabut tapi di situlah tempat kegemaran kami. Kadang-kadang makan pun kat dalam bilik. Macam duduk kat hotel plak rasanya. Anak-anak pun gemar bermain dalam bilik daripada di ruang depan yang lebih lapang dan kemas. Sampaikan mainan diaorang merata-rata kat dalam bilik.

Kalau kitaorang nak tenangkan fikiran, masuk je ke bilik...tutup pintu, pastu buatlah apa yang patut...tido ke, baca buku ke, surf internet ke, tengok tv ke, dengar radio ke, beribadat ke atau main dengan anak-anak. Memang tenang jiwa dibuatnya.

Macam tak percaya kan? Tapi kalau tak boleh tenang jugak, kitorang angkat kaki keluar ler...pegi minum2 ke atau window shopping tapi naik keretalah. Itupun sebab malas nak jalan kaki.

Memandangkan Abang selalu suruh saya bersabar kalau nak buat sesuatu tentang rumah, so saya pun kenalah bersabar cuma tak tau sampai bila....sebab katanya kalau nak renovate ke atau nak beli rumah lain pun, kena tunggu mak dia dah tak ada nanti. Kalaupun kitorang nakkan rumah yang selesa, semuanya untuk anak-anak.

Saya hanya sekadar mampu berdoa agar Allah memberi kekuatan kepada saya untuk terus bersabar...InsyaAllah kalau ada rezeki kami, pasti kami akan dapat rumah idaman kami nanti.

Thursday, August 28, 2008

Alam kerjaya yang mengajarku....

Segalanya tinggal kenangan......setelah setahun meninggalkan alam kerjaya, saya rasa saya telah membuat keputusan yang sangat tepat.

Mula-mula mohon kerja lepas habis belajar, saya tulis kat dalam resume untuk menjadi pengurus setelah 7 tahun bekerja. Alhamdulillah....ianya menjadi kenyataan...kini saya bergelar pengurus dua buah syarikat walaupun hakikatnya saya hanya mengurus rumahtangga....

Kalau diimbas kembali....susah jugak saya nak dapat keje dulu.....apatah lagi yang sejiwa dengan saya...maklumlah saya ni pemalu, mudah gugup dan kurang yakin. Mula-mula tu kerja sambilan masa praktikal di KL, lepas tu saya dengan kawan saya Along pergi interview banyak tempat kat KL tapi kecewa dan akhirnya saya pulang ke kampung manakala Along dapat keje bank.

Di kampung saya hantar resume dan pegi beberapa walk-in interview. Selepas tiga bulan menganggur saya dipanggil bekerja sebagai Admin Exec di sebuah ajen insuran yang baru aje dibuka. Alhamdulillah...saya terima keje tu dengan niat nak cari pengalaman walaupun gajinya tak seberapa. At least dapat jugak saya bantu mak ayah. Bossnye perempuan...Chinese, 28 tahun, cantik dan baik hati....dia bahasakan dirinya Akak.

Setahun aje saya keje kat ajen tu sebab saya penat buat keje sorang2...semuanye saya kena buat....boss cuma pegi cari client pastu pass kat saya buat paper work dan follow up. Semua urusan admin, account, claim dan akaun kedai paip bapak dia pun, dia suruh saya buat. Yang buat saya lagi penat yelah nota dia belajar Master pun saya yang kena buat....tapi saya sabar dan cuba anggap semua ni ada kebaikannya.......ya.......memang ade... tapi saya tak tahan bila saya dimarah2 sampai seminggu oleh boss saya hanya kerana nota yang saya buat tak menepati kehendak dia....so, apalagi lagi....saya hantar surat resign. Bila dapat surat tu, barulah Boss saya sedar betapa pentingnya saya pada dia....pastu dia offer saya macam2 supaya saya tak jadi berhenti ....tapi saya tetap dengan keputusan saya......bye..bye.

Lepas berenti keje, saya buat keputusan untuk berehat sekejap sambil menggemukkan badan yang dah makin sekeping...saya pegi Sabah, rumah kakak saya...tolong jaga baby dia... Dalam masa 3 bulan berat saya naik 8 kg...saya puas hati. Pastu mak & ayah panggil balik...katanye ade sorang 'kakak' nak tolong dapatkan keje kat petronas Brunei...saya pun balik walaupun dalam hati ade rase was-was.

Bila balik, saya pun jumpa 'kakak' tu dan bagi resume pada dia. Pastu dia suruh saya prepare duit tiket untuk ke Brunei sebanyak RM1400. Saya pun pinjam kat adik saya RM2000 untuk persiapan dah mintak tolong kakak tu uruskan pembelian tiket. Pada hari yang dijanjikan, Along menemankan saya bersama luggage menunggu 'kakak' tu di stesyen LRT Abdullah Hukum pada pukul 7.30 pagi. Malangnya saya tertipu......'kakak' tu tak datang2....saya kecewa tapi hari tu jugak saya cari keje kat KL.

Esoknya saya terus dipanggil interview dan dapatlah saya keje sebagai koordinator sebuah syarikat katering di Bangi. Keje saya sediakan senarai menu mingguan dan uruskan para pekerja sebuah outlet di Pusat Latihan KWSP. Keje memang ok, tapi saya sorang aje perempuan. Lain semuanya lelaki dan pekerja bawahan plak orang Indon. Nasib saya baik sebab dapat stay dengan budak KWSP, Kak Su dan Fahi.

Keje kat situ banyak mengundang fitnah disebabkan saya sorang saja perempuan. Tapi saya sabar sementara mencari keje lain. Hampir setahun bekerja di sana, ayah panggil balik suruh keje kat kampung...mulanya malas, tapi kesian kat mak ayah, saya pun balik untuk interview kat sebuah kelab golf sebagai PR exec. Itupun anak angkat ayah yang rekomen. Bila confirm dapat, barulah saya berhenti keje di Bangi.

Memulakan keje sebagai PR memang satu cabaran besar buat saya sebab saya tak reti bergaul sangat. Tapi saya ambil kerjaya ni sebagai cabaran dan saya nekad untuk mengubah diri saya untuk lebih berani. Alhamdulillah...saya berjaya menjiwai kerjaya ini sebaiknya walaupun ada beberapa halangan. Saya mula berkawan dengan ramai orang termasuk makcik2 housekeeping, pekerja padang, ketua-ketua jabatan, ahli2 kelab, pelanggan2 dan VIP2.

Semua tugas saya laksanakan sebaiknya sampaikan bawak balik keje ke rumah. Mula2 tu memang susah skit sebab takde orang tunjuk ajar...semuanya saya fikir sendiri dan refer fail2 lama. Setahun bekerja, saya mula dapat menguruskan semuanya dengan baik. Saya juga membantu jabatan2 lain sebagai langkah untuk mempelajari sesuatu yang baru.

Bekerja sebagai PR, saya bertanggungjawab merencana acara-acara bulanan bagi kelab, mencari dan mengurus majlis2, menjaga perhubungan baik dengan pelbagai pihak serta menjadi ketua Jabatan Receptionist. Selain itu, setiap bulan saya berpeluang untuk bertemu dengan PR2 dari kelab2 lain di bawah Berjaya Group.

Semuanya amat memuaskan saya sampailah saya mula merasakan saya perlu buat sesuatu pekerjaan yang lebih diberkati Allah kerana bekerja sebagai PR kelab golf mendedahkan saya pada banyak maksiat dan punca rezeki yang belum tentu halal. Sebab itulah saya berhenti kerja setelah punya syarikat sendiri....tapi buat masa ni, biarlah Abang yang menguruskannya. InsyaAllah....suatu hari nanti saya akan bekerjaya semula.

Monday, August 25, 2008

Career as a "Housewife"

Today I'm trying to make a post of the above topic in English. It is open for anybody to give comment about my writing especially on spelling and grammar because I'm not well-versed in English.

It is not an ease to be a housewife especially fully housewife. It is about a year being a fully housewife after resign as PR Exec at BBGCC. Beside a wife, I'm also a mother of two kids and a daughter-in-law because I live with my 70's mother-in-law, who I call "mak". Normally, as early as 6 in the morning I'll wake up for solat and after that prepare the breakfast specially for "mak". But sometime after solat I get back into my blanket and my hubby will buy us the breakfast.

When my kids wake up, we'll taking bath and having breakfast together. After breakfast, my first kid, Aqmar Nur Hakim will read Muqaddam with his "nenek" while I'll take care Aqmar Nur Arif and prepare lunch. Preparing a lunch for my family have to consider my hubby favorite and my "mak" desire. My hubby eat everything I cook but it must be spicy while "mak" cannot eat spices and hardy foods.

After cooking & laundry, I'll entertain my kids watching TV or playing while waiting my hubby back home for lunch. Afternoon is always my leisure time. Normally I will read books or magazines, surf the internet or bake any cake.

My hubby is a very simple person, understanding, responsible, loving and the most I salute him is his patience. He also caring & romantic but he don't know how to show it to us. Luckily I'm not too demanding. If not, I'm sure he will quickly 'botak'.

My kids are so pamper with me. Everything they need me to do for them. Sometime I feel so tired to entertain them...until I want to leave them. However, I realize that I have to sacrifice my interest in order to build a happy family and develop good persons for my religion, race and country. As a "Muslim", this is the best way for a women to gain a better life in this world and eternity....InsyaAllah.