Saturday, June 11, 2011

Di belakang sebuah rumah terdapat empat ekor kucing yang sering menunggu si tuan rumah yang baik hati untuk memberi mereka rezeki....setiap hari pasti mereka menunggu di belakang rumah tersebut dan apabila terdengar bunyi pintu belakang dibuka, mereka akan meluru kepada si tuan rumah mengharapkan adalah rezeki untuk mereka.

Si tuan rumah yang agak baik hati selalu juga memberi lebihan makanan kepada kucing-kucing tersebut walaupun entah dari mana datangnya mereka itu... kadang-kadang bila tiada lebihan makanan, si tuan rumah sanggup merebus ikan yang murah-murah untuk kucing-kucing itu...kesiannn...katanya. Tetapi kadang-kadang bila mood malas datang, si tuan rumah hanya meminta maaf pada si kucing dan menyuruh mereka mencari makanan di tempat lain.

Adapun begitu, sifat kehaiwanan kucing-kucing tersebut memang terserlah apabila mereka sering berebut-rebut apabila diberi makan. Kadang-kadang tu memilih juga...nak yang fresh-fresh aje...yang menggeramkan bila mereka sanggup curi-curi masuk ke rumah dan mencuri makanan mentah yang tersedia untuk dimasak. Kadang-kadang tu bila dah tiada makanan sangat, roti gardenia si tuan rumah pun dicurinya.

Nasib baiklah si tuan rumah memang agak baik....sebab kadang-kadang dia merelakan sahaja dengan berkata...ambillah kucing, dah rezeki engkau agaknya.... Tetapi bila mood geramnya sampai, si tuan rumah akan kejar kucing tersebut sampai dapat balik apa yang tergonggong di mulutnya...bukan ape, katanya tidak boleh dibiar selalu...lagipun mungkin rezeki tuan rumah pada hari itu pun tidaklah mewah sangat.

Haiwan memang tetap haiwan....mereka takkan berterima kasih kepada si pemberi makan...dihadiahkan najis lagi adalah...kadang-kadang ada sahaja longgokan najis mereka kat belakang rumah tersebut. Tuan rumah yang agak baik itu selalunya geram bila terpaksa berhadapan dengan situasi sebegitu...tetapi tahap sabarnya lebih sedikit...sebab dalam geram-geram pun dia masih mampu mencucinya dan terus memberi makan kepada kucing-kucing tersebut.

Kesimpulannya, manusia kalau malas berusaha dan tidak fikir baik buruk tentu akan bertindak macam kucing-kucing itulah agaknya....tunggu aje orang lain bagi rezeki, kalau tak dapat, curi pun takpe...curi barang orang pernah berjasa padanya pulak tuh...pastu jangan kata nak tolong apa-apa, susahkan orang lagi adalah...contoh yang paling sinonim ialah penagih dadah.

Cerita ini hanyalah sebuah pemikiran berpandukan pengamatan seseorang...tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal.

Wednesday, February 9, 2011

kenapa dengan aku?

aku sedang diperbodohkan
aku sedang dipermainkan
aku sedang dipersendakan
aku sedang diperkotak katikkan
dia ingat aku tak tahu
dia ingat aku ni bodoh
bukannya aku tak sedar
tapi aku tak kisah
aku tak rugi apa
aku tak pernah peduli
yang penting Dia pun tahu

cuma aku hairan
kenapa dia begitu?
yang rugi bukan aku, tapi dia
aku masih tetap aku
masih sebagaimana yang aku kenali
yang biasa dan sederhana
biarlah orang nak buat apa dengan aku
yang penting aku dan anak-anakku masih selamat
biarkan mereka dengan labu-labunya
hanyut...sesat...ntah ke mana mana
jauh dari jalanNya

tapi aku tak boleh biarkan mereka begitu....mmmm
sebab aku disuruhNya supaya menegur mereka
kalau tak tegur, aku dikira subahat
silap2 haribulan aku pun dituduh sama macam mereka
macam mane? ahhhh...tegur jela
biar Dia yang menilai niatku

ya...aku akan tegur...tapi hanya sekadarnya
sekadar yang aku mampu...
maafkanlah kalau aku tersilap
bantulah aku, permudahkanlah segala urusanku
sesungguhnya Engkau maha pengasih dan penyayang

Thursday, January 27, 2011

5 perkara yg kita mahu dan berusaha untuk mendapatkan

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها5 perkara yg kita mahu dan berusaha untuk mendapatkan:

1- وجه جميل1: Wajah yg cantik

2- فلوس بالملاين2: Duit yg banyak

3- صحة قوية3: Kesihatan yg baik

4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا4: Anak2 yg cerdik dan berjaya

5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية5: Tidur yg nyenyak tanpa gangguan

سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟


Untuk mendapatkannya, hanya 50 minit setiap hari.

قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :


sabda nabi saw,

من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه

Siapa yg tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yg tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yg berkat.

بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس فيBarang siapa yg tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yg tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanafaat.

أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة

Barangsiapa yg tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yg nyenyak.

Monday, January 24, 2011

Aku, Dia & Kami

Aku kurus tetapi Dia gemuk
Aku cerah tetapi Dia gelap
Aku peramah tetapi Dia pendiam
Aku goyah tetapi Dia tegas

Kami jenis tak kisah
Kami sederhana
Kami penyayang
Kami suka membantu

Aku suka Dia sebab kami serasi
Aku sayang Dia sebab kami saling memahami
Aku kasihkan Dia sebab kami saling memerlukan
Aku cintakan Dia sebab Allah memang jadikan Dia untuk Aku

Kami masih cuba mengenali
Kami masih perlu belajar

Kami ingin terus bersama
Kami ingin tetap bahagia

***puisi ini khas buat sambutan ulang tahun ke 7 perkahwinanku dengan suamiku***
***semoga terus kekal & bahagia hingga ke akhir hayat***

Sehati Sejiwa ~ Haslinda

Kita memang dijodohkan bersama
Sehati serta sejiwa
Walau esok atau akhir nanti
Kita telah ditakdirkan bersama-sama

Wahai kekasih bersabarlah menempuhi dugaan
Kita sedaya telah berusaha untuk berdua
Tapi selagi ada jurang terpisah
Impian kan musnah kita masih ada cara untuk
Leraikannya

Kita jatuh cinta bukan kerna paras rupa
Atau harta benda yang diidami manusia
Seharusnya kita bersyukur kepada tuhan
Kita mengecapi bahagia selagi hayat ada

Hanya engkau kekasihku hanya aku kekasihmu
Dengan satu rasa dalam dua jiwa
Kita ditakdir bersama...

Wednesday, January 12, 2011

Sunyi di hati ibu....

Sunyi...sepi..., aku cuba mengerti kenapa semakin usiamu meningkat kau semakin sunyi dan sepi walaupun keluargamu semakin besar...punya anak & cucu yang ramai. Ya, kalau dahulu kau dikelilingi anak-anak dan suami tercinta tetapi kini kau sendiri. Seorang demi seorang pergi meninggalkanmu.

Anak-anak semua sudah berumahtangga dan punya tanggungjawab masing-masing. Kau tidak ingin menyusahkan mereka, biarlah mereka melayari bahtera masing-masing tanpa gangguanmu...tanpa memikirkan tentangmu...kerana kau sendiri pernah mengalami bagaimana rasanya hidup sebumbung dengan orang tua.

Suami yang kau cintai pula telah pergi manyahut panggilan Ilahi...memang patut kau terasa amat sunyi setelah pemergiannya...namun aku tahu kau pasrah dengan ketentuanNya...yang hidup pasti akan mati...yang masih hidup perlu meneruskan kehidupan...hanya mereka yang senasib denganmu sahaja yang mampu memahami.

Semakin hari, kesunyian makin terasa. Tiada siapa lagi sudi menemanimu, bersenda gurau, usik mengusik dan bergelak ketawa denganmu terutama sekali di waktu hening. Kalau dulu kaulah yang sibuk bersusah payah untuk persekolahan anak-anak dan makan pakai suami, tapi kini itu semua sudah tiada. Kau sudah malas untuk semua itu...sudah tidak bermakna...segalanya hanya buat kau merindui masa lalu.

Anak-anakmu kini sibuk, tiada masa menjengukmu...sebulan sekali untuk pulang mejenguk pun susah, termasuklah aku...Memang aku terkilan, mana tidaknya, nama sahaja tinggal berdekatan, tetapi jarang sekali aku pulang menjenguk kau di kampung...maklumlah anak perempuan...nak buat apa-apa kena dengan izin suami. Namun kau tetap mengerti...sebab itulah setiap minggu kau yang datang menjengukku dan cucu-cucumu.

Bukan aku tidak mengajak kau tinggal bersama, tetapi terlalu banyak alasan yang kau beri...sayangkan rumahlah, barang-baranglah, kubur ayahlah...tapi aku tahu, itu semua hanya alasan...yang sebenarnya, kau tidak mahu mengganggu rumahtanggaku. Apapun, aku sentiasa menghormati keputusanmu...asalkan kau bahagia.

Aku tahu, bukanlah wang ringgit pengukur kasih sayang antara kau dan anak-anak, namun perhatian yang kau pinta. Teman berbual, bergurau senda dan usik-mengusik. Sebab aku memang tahu bagaimana mesranya kau dan arwah ayah dahulu.

Aku dan adik beradik yang lain memang ada terfikir untuk mencarikan jodoh buatmu kerana kami tahu, kau memang tidak biasa hidup sendirian. Namun kami tidak menyangka yang kau sudah terlebih dahulu memilih jodohmu sendiri. Bukan kami tidak setuju, tetapi kami rasa tindakan dan keputusanmu terlalu melulu sehingga kami tiada ruang untuk memberi pandangan.

Seperti mana jodoh anak-anakmu...kau tidak langsung menegah, marah mahupun memberi pandangan...malah kau serahkan bulat-bulat kepada kami untuk memilih. Oleh itu, kami juga mengharap sangat agar kau bijak dalam membuat pilihan.

Apapun, kau tetap ibu kami...kami tidak mahu kau berduka...malah biarlah kebahagiaan menjadi milikmu selamanya selepas ini kerana dahulu kau sudah melalui perit jerih berumahtangga. Memandangkan kau telah memilih untuk bersuami baru, kami tidak boleh menghalang jika itu yang dapat membahagiakanmu. Cuma harapanku dan adik beradik lain, janganlah kasih kita berkurang kerana tanggungjawab barumu.

Kami, anak-anakmu mendoakan agar jodoh barumu dirahmatiNya dan diberkati dunia akhirat. Semoga kau sentiasa berbahagia dan selamat...InshaAllah, kami anak-anakmu akan sentiasa merinduimu dan berharap agar hubungan kita masih seperti dahulu malah mungkin bertambah akrab dengan keluarga yang lebih besar...kerana walaupun kami sendiri telah menjadi ibu dan ayah, kami masih memerlukanmu...kasih sayangmu, doamu dan perhatianmu.

Maafkanlah anak-anakmu sekiranya kami ada berbuat salah dan silap, halalkanlah segala yang telah kau berikan pada kami...memang tidak akan terbalas jasamu kepada kami...terlalu banyak pengorbanan yang telah kau lakukan...kerana kaulah ibu yang sejati...terima kasih mak dan selamat pengantin baru. Semoga segalanya lancar, selamat dan dipermudahkan.

Saturday, January 1, 2011

Perginya 1431 & 2010 .....

Terima kasih ya Allah atas segala nikmat dan rahmat yang diberikan pada saya sekeluarga sepanjang 1431 & 2010... Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga...Terlalu banyak perkara-perkara besar yang berlaku pada saya dan keluarga yang tidak tercoret di sini buat kenang-kenangan.

Apapun, 1431 & 2010 benar-benar membawa perubahan besar dalam kehidupan saya terutama sekali apabila:
~ pada 1/8/2010, saya melahirkan anak yang ketiga, iaitu seorang puteri yang sangat comel mirip ayahnya...Nur Aqmar Afiqah binti Ahmad,
~ pada 5/12/2010, adik bongsu saya selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya.
~ pada 6/12/2010, ibu mertua yang saya jaga selama ini telah pulang ke rahmatullah setelah dua minggu dimasukkan ke hospital akibat komplikasi penyakit diabetesnya,
~ pada 12/12/2010, majlis resepsi perkahwinan adik bongsu saya di pihak ibu,
~ pada 14/12/2010, perkumpulan keluarga 3 hari 2 malam yang selama ini saya impikan akhirnya berjaya juga dianjurkan di Desaru Damai Beach resort.

Walaupun pelbagai peristiwa manis berlaku pada saya tetapi semuanya dilalui dengan kesabaran kerana ada kepayahan yang terpaksa diharungi terutamanya semasa selepas melahirkan Afiqah dan sebelum pemergian ibu mertua ke rahmatullah.

Selepas melahirkan anak perempuan, saya terpaksa mengharungi saat berpantang sambil menjaga mertua yang sudah semakin lemah dan perlu lebih perhatian. Sebelum pemergian mertua pula, saya terpaksa berulang alik ke hospital sedangkan kanak-kanak tidak dibenarkan masuk manakala abang pula sibuk outstation di Kota Tinggi.

Apapun, di saat mengharungi kepayahan demi kepayahan, Allah tidak putus mempermudahkan segalanya buat saya...misalnya, saya tiada mengalami banyak komplikasi selepas melahirkan berbanding dua anak sebelumnya dan pulang cepat...hanya satu malam sahaja saya di hospital. Terima kasih yang tak terhingga juga buat ibu saya yang sudi membantu.

Semasa ibu mertua di hospital, Allah telah mengirimkan kakak ipar buat saya bagi membantu saya menjaga anak-anak terutama sekali semasa ketiadaan suami yang outstation, malah ada pula saudara yang sudi menjaga mertua di hospital.

Ketika mertua terlantar di hospital, hati saya sering berbelah bahagi sama ada mahu menolong ibu yang sibuk hendak bermenantu atau menjaga mertua yang sakit. Namun segalanya saya cuba seimbangkan agar tiada yang berkecil hati. Saya dan suami terpaksa bergilir semasa pernikahan adik dan persandingannya di sebelah pihak perempuan. Akhirnya, mertua pergi selepas sehari majlis persandingan adik yang mana saya turut pergi menghantarnya. Selepas permergian mertua, dapatlah saya membantu ibu membuat persiapan majlis perkahwinan adik bongsu di pihaknya.

Saya memang amat bersyukur sekali dan percaya dengan janji Allah di mana setiap kesukaran ada kemudahan. Saya menganggap apa yang berlaku adalah rencana Allah, hanya kesabaran sahaja yang memberi ketenangan buat saya. Malah, selepas ujian demi ujian, saya sekeluarga dilimpahi rezeki yang melimpah ruah sehingga kami mampu menaja penginapan untuk perkumpulan keluarga di Desaru selain membeli perabot-perabot baru menggantikan perabot-perabot lama di rumah.

Sebagai tanda syukur yang tidak terhingga, 2011 ini, saya dan suami juga mengambil keputusan menjaga dua anak saudara yang sedang bersekolah di tingkatan 5 dan 2 kerana masalah keluarga. Harap, apa yang kami lalui akan menambah amal kebajikan kami untuk mendapat keredhaanNya dan rahmatNya yang berpanjangan...InsyaAllah.