Thursday, October 30, 2008

Si Bodoh Yang Sombong

Bercakap memang pandai tapi macam tin kosong...bunyinya bising tapi takde isi langsung! Merapu yang bukan-bukan. Langsung tak fikir perasaan orang lain...orang sakit hati ke, orang bingit ke...peduli ape?

"Janji aku nak bercakap. Sape berani nak lawan cakap aku? Korang sape? Taknak dengar sudah ler...aku nak cakap jugak!"

Sombongnye bukan main... perbuatannya langsung tak bole ditegur. Berlagak macam pandai sangat... tapi bila ditanya itu ini semuanya tak tau. Bila suruh buat semuanya takut....nanti salah ler, takut tak betul ler...piiiiiiirah!

Bercakap dengan orang yang sombong bodoh ni buat menyakitkan hati aje...tapi kalau tak dilayan kesian pulak...nanti dia cakap kita pulak yang sombong. Bila dilayan, dia ingat kita ni sukalah dengar cakap-cakap dia tu...padahal buang masa aje...kalau dilawan bercakap, bergaduh pulak akhirnya. Manusia...manusia....kenapalah ade manusia macam ni dalam dunia ni...Astaghfirullah hal 'azim......untuk menyedapkan hati buat-buat tak dengar ajelah....sabar...sabar...

Benarlah kata orang, kalau bodoh aje boleh diajar...tapi kalau dahlah bodoh, sombong pulak tu...hidup cuma menyusahkan orang aje.

Oppppppps!! Apa yang saya patut buat yek kalau saya berhadapan dengan orang macam tu? Kalau ikut kata Abang...dia suruh saya jangan layan atau buat pekak aje... Tapi saya pulak tak boleh buat macam tu...mesti nak menjawab jugak apalagi kalau dah melampau-lampau. Eeeee... tak boleh tahan dibuatnye.

Sabar tu bukan tak boleh sabar, tapi sebagai sesama manusia rasanye tak salah kalau saling menegur...cuma mungkin salah orang kot? So, nak tak nak sabo je la.......

Kadang-kadang tu saya cuba fikir kenapa orang bole jadi macam tu...saya pun membuat kesimpulan yang sebenarnya kerana orang tu tak berilmu dan ego....bodoh sombonglah tu! Satu lagi mungkin salah parents diorang sebab tak didik anak betul-betul kot? Agaknye la....

So, saya nak ingatkan diri saya dan orang lain supaya carilah ilmu tak kiralah ilmu ape pun...kalau dah berilmu, kita kenalah mengamalkannya. Selain tu didiklah anak-anak tu baik-baik...biar jangan ego bila dah besar nanti...tapi kalau dah berilmu, janganla berlagak pulak!

Wallahua'lam.

(Macam pakar motivasi pulak rasanye!!!)

Wednesday, October 29, 2008

Masa Yang Kurindui

Dah lama saya tak merasa suasana sunyi dan sepi.... rindu pulak rasanye untuk bersendiri. Setelah mempunyai cahaya mata, hidup saya sentiasa sibuk...apatah lagi bila dah mengurus rumahtangga sepenuh masa....sampaikan saya tak punya masa untuk diri sendiri.

Bila teringat masa sebelum berumahtangga, saya rasa seronok pulak bila dapat bersendiri pada hujung minggu dan melakukan perkara-perkara yang saya nak buat tanpa gangguan sesiapa. Dulu saya suka pergi shopping sendirian. Kalau berteman pun tak suka beramai-ramai... cukuplah berdua sahaja. Sebab saya tak pandai nak layan ramai-ramai orang dalam satu masa.

Bila waktu sunyi saya suka membaca atau menonton tv...Kalau membaca saya suka bahan yang memberi motivasi atau keagamaan. Kadang-kadang saya teringin membaca novel yang tebal2 tapi saya selalu nak tertidur bila membacanya...tak tau kenapa jadi macam tu. Mungkin sebab saya dah boleh jangka jalan ceritanya kot?

Sekarang saya dah tak banyak masa untuk membaca. Nasib baik ade internet, so dapatlah saya baca info sikit2 kat dalam blog2 kegemaran saya. Selain tu saya cuma membaca majalah Nur atau Mastika. Buku2 agama pun ade jugak tapi dah tak boleh nak tumpu sangat sebab banyak gangguan.

Saya rindu sangat nak tido awal macam pukul 9 malam ke...sebab saya rasa sekarang ni saya selalu tak puas tido. Kadang tu ada kesempatan, tapi mata pulak tak boleh tido. Tu yang on internet dan blogging nih...

Oklah, kalau nak cerita pasal masa yang dirindui sebenarnya banyak lagi tapi yang inilah yang paling dirindui. Mungkin bila anak-anak dah berdikari nanti barulah masa ini akan kembali tapi kekuatan pulak dah tak sama...yelah, dah berumur...sedihnyeeeee. Itupun kalau Allah izinkan!

Wednesday, October 22, 2008

Serabut Yang Membahagiakan

Kalau baca tajuk, mesti ada yang terfikir macam tak masuk akal...tapi bagi saya itulah hakikatnya. Ni bukan nak cerita pasal hal rumah tangga kat sape2 tapi nak luahkan perasaan tak percaya dengan kekuatan penerimaan saya terhadap apa yang saya lalui.

Sejak berkahwin hampir 5 tahun lalu saya tinggal sebumbung di rumah ibu mertua. Itupun sebab suami saya adalah satu-satunya anak lelaki tunggalnya. Tambahan pula bapa mertua sudah tiada.

Tanpa curiga saya pun duduklah serumah dengan mertua dan nak tak nak saya terpaksa menerima keadaan yang serba serbi di kawal oleh ibu mertua. Apa pun saya bersyukur sekurang-kurangnya kami tak perlu membeli atau menyewa rumah lain walaupun rumah yang ada tak berapa selesa.

Rumah ibu mertua saya ni rumah lama dan cuma ada dua bilik tidur dan satu bilik air. Selain itu ruang rehatnya juga hanya seluas 20' x 10' dan ruang makan seluas 10' x 10'. Kalau duduk berdua sebelum kedatangan saya ke rumah ini memanglah amat selesa. Tapi cuba dibayangkan keadaannya bila saya dah masuk ditambah pulak dengan dua anak. Agak sempit pulak rasanya.

Saya selalu cakap pada Abang supaya kita kena buat sesuatu untuk menjadikan rumah kitorang lebih selesa. Tak kiralah samada nak renovate atau beli rumah yang lain. Masalahnya sekarang kalau nak renovate, bimbang ibu mertua jadi kecoh sebab orang tua biasalah....lagipun rumah dia. Nama pun belum tukar lg...silap2 haribulan kalau dia meninggal pun kitorang tak dapat rumah tu.

Kalau nak beli rumah baru pulak kitorang sayangkan rumah tu sebab lokasi rumah tu sangat baik apatah lagi kat tengah bandar betul2. Tambahan pulak kemudahan macam sekolah, hospital, kedai2, klinik semuanya dekat. Kalau nak pergi, cuma 5 -10 minit jalan kaki je. Nak ke bandar Batu Pahat pun macam tu...pendek kata, rugi kalau kitorang pindah.

Yang serabutnya ialah bilik kitoranglah. Saiznya cuma 14' x 10' tapi bilik tidur tu dah merangkap pejabat, cyber cafe, bilik persalinan, perpustakaan, arkib barang antik, taman asuhan kanak-kanak, stor, tempat ibadat dan pusat hiburan. Bayangkanlah betapa serabutnya bilik tu dengan bermacam barang-barang sampai saya dah tak reti mengemasnya. Yang penting bagi saya dan suami asalkan kami berempat masih bole tido kat atas katil walaupun terpaksa berhimpit.

Walaupun keadaan bilik kami serabut tapi di situlah tempat kegemaran kami. Kadang-kadang makan pun kat dalam bilik. Macam duduk kat hotel plak rasanya. Anak-anak pun gemar bermain dalam bilik daripada di ruang depan yang lebih lapang dan kemas. Sampaikan mainan diaorang merata-rata kat dalam bilik.

Kalau kitaorang nak tenangkan fikiran, masuk je ke bilik...tutup pintu, pastu buatlah apa yang patut...tido ke, baca buku ke, surf internet ke, tengok tv ke, dengar radio ke, beribadat ke atau main dengan anak-anak. Memang tenang jiwa dibuatnya.

Macam tak percaya kan? Tapi kalau tak boleh tenang jugak, kitorang angkat kaki keluar ler...pegi minum2 ke atau window shopping tapi naik keretalah. Itupun sebab malas nak jalan kaki.

Memandangkan Abang selalu suruh saya bersabar kalau nak buat sesuatu tentang rumah, so saya pun kenalah bersabar cuma tak tau sampai bila....sebab katanya kalau nak renovate ke atau nak beli rumah lain pun, kena tunggu mak dia dah tak ada nanti. Kalaupun kitorang nakkan rumah yang selesa, semuanya untuk anak-anak.

Saya hanya sekadar mampu berdoa agar Allah memberi kekuatan kepada saya untuk terus bersabar...InsyaAllah kalau ada rezeki kami, pasti kami akan dapat rumah idaman kami nanti.

Thursday, October 16, 2008

Syawal Yang Syahdu

Sebulan tak menulis blog terasa rindu plak...tapi nak buat macam mane...nak menulis pun tak tertulis. Tak tergambar rasa pilu dan sebak di dada. Alangkah bermaknanya Ramadhan dan Syawal tahun ini.

Selain berpuasa penuh sebulan, saya rasa tahun inilah saya dapat beribadat dengan sempurna sekali berbanding tahun-tahun sebelumnya. Cuma terawih aje tak dapat dibuat sebab ade anak kecik. Biasalah......... tapi kalau baca Quran, solat sunat dan sedekah tu, Alhamdulillah...

Apa yang sangat menyedihkan ialah pemergian Ayahanda tercinta di hari pertama Syawal. Mungkin inilah ujian terbesar buat saya setelah sempurnanya ibadah di bulan yang penuh barakah. Apapun saya redha dengan kehendak Ilahi malah saya bersyukur kerana saya berada disampingnya ketika beliau menghembuskan nafasnya yang akhir.

Terasa insaf dan kerdilnya diri ini di sisi Ilahi... Sungguh Allah menyayangi Allahyarham dan mengambilnya dengan penuh kemuliaan. Jutaan terima kasih buat saudara mara dan sahabat handai beliau yang tak jemu-jemu membantu menguruskan jenazah dan berdoa buat Ayahanda Girim bin Hamzah. Semoga Allah saja yang akan membalas jasa kalian.

Tak lupa juga buat suami tercinta yang begitu memahami diri ini dan ahli keluarga yang lain. Sama-samalah kita memanjatkan doa buat kesejahteraannya dan menghadiahkan Al-Fatihah. Semoga Allah sentiasa merahmati pemergiannya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Apa yang penting sekarang saya bertanggungjawab menjaga ibu kerana sayalah anak yang paling dekat dengannya selain adik lelaki bongsu saya yang masih belum lagi berumahtangga. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami sekeluarga untuk meneruskan hidup ini. InsyaAllah.