Saturday, January 24, 2009

Happy 5th Anniversary

Alhamdulillah...diam tak diam, dah 5 tahun saya berumahtangga...oppsssss sebenarnya rumah saya takde tangga pun! 24 Januari ni genaplah 5 tahun saya berkahwin dengan cik Abang saya yang comel tu....

Ikatan perkahwinan yang telah terbina selama lima tahun ini, telah mengurniakan saya dua cahaya mata comel, kebahagiaan dan rezeki yang melimpah ruah serta keimanan yang semakin bertambah. Inilah antara nikmat perkahwinan yang amat saya syukuri dan berharap semoga segalanya akan menjadi lebih baik dan diberkati.

Tidak dinafikan, saya juga menghadapi beberapa cabaran dalam melayari bahtera rumahtangga, namun segalanya telah dapat saya lalui dengan tabah dan sabar. Kepadamu Abang... terima kasih yang tak terhingga kerana terlalu memahami diri ini dan banyak bersabar bila waktu-waktu 'ting-tong' datang.

Semoga jodoh ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan kehidupan kita beroleh rahmat dan nikmat dariNya yang berpanjangan di dunia dan akhirat.

Semoga perjalanan kehidupan saya seterusnya sebagai seorang isteri, ibu, anak dan menantu akan lebih bermakna dan diberkati. InsyaAllah.

4 comments:

yannfuad said...

hepi anniversary tuk nurie n asben.. moga tabah menjalani khidupan brumahtangga.. harapan n doa moga famili ini sentiasa dlindungi n drahmati oleh-Nya..amin

nurie said...

tima kasih yann. Semoga yann sekeluarga juga bahagia & diberkati selalu.

Neeza Shahril said...

Itulah yang semua orang harapkan bila berumahtangga walaupun takde tangga nurie hehe..
Akak juga doakan hubungan mesra suami isteri antara nurie dah suami berkekalan hingga ke akhir hayat..
Happy Anniversary once again ya.. :)

nurie said...

thanks kak neeza. Klu bole nak doakan semua pasangan yg bkahwin bahagia bersama hingga ke akhir hayat, kan?