Mati...mati adalah jambatan menuju alam akhirat. Selalukah kita mengingati mati? Bukankah mengingati mati itu satu ibadah? Malah ia akan membuatkan kita insaf dan berusaha untuk lebih dekat dengan Allah.
Tiada siapa yang tahu bila dia akan mati malah bagaimana dan di mana dia akan mati. Banyak kes kematian yang berlaku secara tiba-tiba, di dalam tidur dan di dalam sembahyang pun ada. Kenapa ini terjadi? Hanya Allah sahaja yang tahu jawapannya. Bukankah Dia yang mengaturkan segalanya.
Ramai manusia yang sakit dan terlantar menyangka mereka akan mati tidak lama lagi tetapi ramai di antara mereka disembuhkan malah boleh menjalani kehidupan seperti biasa semula. Ada juga yang putus harapan dan membunuh diri untuk mati tetapi mereka ini adalah antara mereka yang sesat.
Bersediakah kita untuk menghadapi mati? Apa yang kita bawa sebagai bekalan sesudah kita mati? Sebagai seorang Islam, mati bukanlah penamat sebuah kehidupan tetapi ia adalah sebuah permulaan kehidupan yang abadi iaitu di alam akhirat.
Sentiasalah kita mengingati mati dan bersedialah untuk menghadapinya. Berusahalah untuk mati dalam husnul qatimah iaitu dalam keimanan kepada Allah kerana kesudahan kehidupan dunia yang baik akan memberi harapan yang baik juga untuk kehidupan seterusnya di alam akhirat iaitu alam yang abadi di sisi Allah s.w.t.
Nota:
Hanya orang yang akan mati yang tahu bagaimana rasanya mahu mati.
apa sudah jadi madani!?
2 days ago
4 comments:
takutnya bila ingat mati.. takut amalan belum cukup untuk menjanjikan kehidupan bahagia disana esok..
ngeri bila mengingati azam yang bakal ditempuhi dialam kubur dan akhirat kiranya amalan belum cukup....
Assalamualaikum,
Petikan dari posting "Berusahalah untuk mati dalam suhul qatimah iaitu dalam keimanan kepada Allah"
Maaf, boleh check semula maksud husnul khatimah dan suhul khatimah
husnul khatimah yang bermaksud akhir hidup yang baik
suhul khatimah akhir yang buruk
nice blog :)
Cik Sakinah
Alamak yelah....sorilah pembaca ye...Maklumlah...ingat2 lupa.
Tima kasih banyak ye cik sakinah kerana membetulkan.
Sama2lah kita saling mengingatkan.
Post a Comment