"Musim cuti sekolah memang ditunggu-tunggu oleh ramai orang terutama sekali ibu bapa para pelajar dan guru-guru. Bagi yang berhasrat untuk mengakhiri zaman bujang, inilah masanya untuk membina masjid. Sebenarnya, kesempatan cuti sekolah ini perlu digunakan dengan baik dan secara terancang oleh ibu bapa atau para pelajar mahupun guru-guru agar ianya tidak berlalu dengan sia-sia.
Bagi saya inilah masanya untuk kita mengeratkan silaturrahim sesama insan. Peluang ini harus kita gunakan untuk menziarah, berkumpul bersama kaum keluarga, sanak saudara atau sahabat handai yang telah lama tak bersua muka. Dengan pulang ke kampung halaman, bermalam di rumah adik beradik serta menghadiri majlis perkahwinan pasti akan memberi peluang kepada kita untuk merapatkan tali persaudaraan apatah lagi kepada generasi baru.
Pada masa ini lazimnya cuti sekolah akan dipenuhi dengan aktiviti melancong yang kononnya untuk menenangkan fikiran. Tidak hairanlah apabila cuti sekolah, hotel dan resort semuanya "fully-book". Tetapi jika kita bandingkan dengan bertemu sanak saudara, yang manakah lebih mulia dan jimat? Bagi yang mementingkan keseronokan, pastilah melancong lebih baik tetapi sesungguhnya demi masa, kita akan kerugian kerana tidak memanfaatkannya ke jalan Allah untuk bersilaturrahim....."
Sebenarnya saya sendiri tak dapat nak ke mana-mana walaupun anak-anak masih belum bersekolah....kalau dah sekolah nanti tak taulah macam mane plak.......isk..isk..isk
apa sudah jadi madani!?
2 days ago
No comments:
Post a Comment