Thursday, September 4, 2008

Susahnya membuat kebaikan

Bila kita ingin membuat kebaikan, tentulah kita berniat kerana Allah...kalau tak, tentu tak dapat ape2, kan?

Bukan senang untuk kita membuat kebaikan sebab takut disalah ertikan apatah lagi kalau kita duduk dengan orang yang sentiasa berfikiran negatif...contohnya:

a) Kita bersolat tak tinggal, orang cakap kita berlagak alim.
b) Kita berpuasa dan buat amalan sunat di bulan Ramadhan, orang cakap kita menunjuk
c) Kita membantu dengan ikhlas, orang cakap kita nak bodek
d) Kita berzikir terkumat-kamit, orang cakap kita mengeluh
e) Kita mengajak melakukan kebaikan, orang cakap kita macam bagus

Pendek kata, apa sahaja yang kita buat untuk kebaikan pasti dipandang serong...walhal hanya Allah saja yang tahu niat kita sebenarnya...

Apapun, kita niatkan saja apa yang kita buat tu kerana Allah pastu dan kita tawakallah padaNya serta jangan lupa berdoa agar kita dijauhkan daripada sifat riak.

Walluhua'lam.

2 comments:

Neeza Shahril said...

betul tu nurie.. kadang2 bila nak buat sesuatu, mesti akan terfikir apalah orang akan kata.. tak dapat tidak kan..
kadang2 tu, kita berniat ikhlas, ada jugak orang mengata.. abih tu nak buat camne lah kan..

nurie said...

Kak Neeza

buat tak tau je kak...kalau kita terlalu fikir perasaan orang, belum tentu ade orang fikir perasaan kita, tul tak?