Thursday, October 16, 2008

Syawal Yang Syahdu

Sebulan tak menulis blog terasa rindu plak...tapi nak buat macam mane...nak menulis pun tak tertulis. Tak tergambar rasa pilu dan sebak di dada. Alangkah bermaknanya Ramadhan dan Syawal tahun ini.

Selain berpuasa penuh sebulan, saya rasa tahun inilah saya dapat beribadat dengan sempurna sekali berbanding tahun-tahun sebelumnya. Cuma terawih aje tak dapat dibuat sebab ade anak kecik. Biasalah......... tapi kalau baca Quran, solat sunat dan sedekah tu, Alhamdulillah...

Apa yang sangat menyedihkan ialah pemergian Ayahanda tercinta di hari pertama Syawal. Mungkin inilah ujian terbesar buat saya setelah sempurnanya ibadah di bulan yang penuh barakah. Apapun saya redha dengan kehendak Ilahi malah saya bersyukur kerana saya berada disampingnya ketika beliau menghembuskan nafasnya yang akhir.

Terasa insaf dan kerdilnya diri ini di sisi Ilahi... Sungguh Allah menyayangi Allahyarham dan mengambilnya dengan penuh kemuliaan. Jutaan terima kasih buat saudara mara dan sahabat handai beliau yang tak jemu-jemu membantu menguruskan jenazah dan berdoa buat Ayahanda Girim bin Hamzah. Semoga Allah saja yang akan membalas jasa kalian.

Tak lupa juga buat suami tercinta yang begitu memahami diri ini dan ahli keluarga yang lain. Sama-samalah kita memanjatkan doa buat kesejahteraannya dan menghadiahkan Al-Fatihah. Semoga Allah sentiasa merahmati pemergiannya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Apa yang penting sekarang saya bertanggungjawab menjaga ibu kerana sayalah anak yang paling dekat dengannya selain adik lelaki bongsu saya yang masih belum lagi berumahtangga. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami sekeluarga untuk meneruskan hidup ini. InsyaAllah.

2 comments:

Neeza Shahril said...

Takziah nurie.. 1 syaw pastinya bakal menjadi hari yang paling diingati oleh nurie dan keluarga kan.. semoga roh ayahanda nurie dicucuri rahmat Allah selalu..

Nurie berbadan dua ye?? puasa penuh tu.. ;)

nurie said...

Kak Neeza
Terima kasih kak.

Puasa penuh tu sbb sejak bersalin si Arif smpi skrg ni blum period lg. Dekat setahun setengah jugak tu.