Friday, June 5, 2009

Belenggu Kejahilan

Manusia sering lupa
Pada tujuan dia dijadikan
Pada matlamat sebenar kehidupan dunia

Manusia mudah alpa
Pada nikmat yang mencurah
Pada rahmat yang perlu dicari


Manusia sentiasa culas
Pada ilmu yang banyak manfaat
Pada pengalaman yang selalu mengajar

Manusia makin lalai
Pada kewajipan dan tanggungjawab
Pada ketentuan yang menguji

Masih ramai manusia sebenarnya
Dibelenggu kejahilan
Dibaluti kejumudan dan
Diselimuti budaya kurang berfikir

5 comments:

AyKay said...

salam ziarah

satu bingkisan yang menarik. memang manusia mudah lupa

Sakinah said...

Assalamualaikum..

culas apa maksudnya?

nurie said...

Waalaikumussalam Cik Sakinah,

Culas tu lebih kurang sama dgn 'degil'.

Abang Long said...

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan. Puan suka membaca novel ? Jika ya, sila kirimkan emel kosong ke alamat - safmi_80@yahoo.com

nurie said...

Abang Long,

Pandangan yg utk diri sendiri juga. Novel tak berapa minat...tp bolela...nti sy kirim email ye!