Sejak sebulan yang lalu, saya bertanggungjawab menjaga mertua saya yang baru dipotong kaki akibat komplikasi penyakit kencing manis. Hampir sebulan juga saya tak keluar rumah walaupun untuk ke kedai atau membeli belah.
Alhamdulillah, semuanya saya lalui dengan redha dan sabar walaupun pada awalnya saya sedikit kecewa apabila melihat mertua yang sudah hilang semangat untuk terus menghadapi ujian Allah yang hebat ini.
Pernah suatu ketika, saya seperti mahu mengalah daripada menjaganya kerana mertua langsung tidak mahu memberi kerjasama bagi menguatkan diri untuk duduk dan bergerak-gerak. Dia lebih selesa baring mengiring di sebelah kiri tanpa beralih-alih.
Melihat keletihan saya yang juga mengurus rumah tangga dan anak-anak, Abang menawarkan untuk mengambil seorang pembantu. Pada mulanya saya setuju tetapi bila fikirkan keadaan rumah dan keikhlasan hati manusia, buat sementara biarlah saya membiasakan diri dahulu. Jika saya benar-benar dah tak larat, barulah saya akan ambil pembantu.
Alhamdulillah, saya semakin expert dan mudah menguruskan segalanya. Sehingga hari ini, kesihatan mertua sudah bertambah baik, luka jahitan juga sudah agak elok. Dia sudah mula duduk dan makan sendiri. Saya hanya menyediakan makanan, memandikan dan menukar diapernya sahaja.
Saya sentiasa berdoa agar mertua saya akan sembuh semula seperti sediakala dan boleh berjalan kembali dengan menggunakan kaki palsu nanti. Namun segalanya saya serahkan pada Ilahi kerana Dialah yang menentukan segalanya. Saya hanya berdoa agar diberi kekuatan dan ketabahan dalam menempuh semua ini. Saya tahu di sebalik kesusahan ini ada kesenangan yang tidak saya ketahui.
Nota: Terima kasih kepada semua yang memahami keadaan saya ketika ini.
apa sudah jadi madani!?
2 days ago
2 comments:
Syabas! Pn Nurie menantu yg baik. Di sini saya memberi satu peluang, peluang utk membina kesihatan, membantu ekonomi keluarga dan membantu orang yang sakit agar menikmati kehidupan yg lebih baik. Ayuhlah tgok peluang ini, makanan tambahan teknologi Jepun.
Tuan punya Bisnes Tevico,
Terima kasih atas keperihatinan anda. InsyaAllah saya akan usulkan pd yg empunya badan & cik Abg. Klu ok, nti sy contact ler...
Post a Comment