Ahad lepas handphone abang hilang...tak taulah tercicir kat mane masa dia ke pasar naik motor...kesian gak, so saya bagi dia pakai handphone saya. Nasib baik dia pegi Digi report dapatla pakai nombor lama. Buat sementara waktu saya takde handphonela...
Saya tolong Salwah buat feedback form untuk majlis reunion budak OM. InsyaAllah kalau ramai yang reply, mungkin majlis tu bole jalan.
Tak sangka kawan lama saya, Erra contact saya...walaupun dia cuma bagi phone number dia dan mintak saya telefon balik, saya rasa sangat gembira sebab dah lama saya cari dia...rindu betul kat dia...
Malam Khamis saya buat kek untuk sample bagi kat kawan2 dan jiran2... Kek Marble, Kek Butter, Kek Coklat dan Kek Buah Kukus (gambar). Esoknye siap pergi hantar kat tempat keje lama...tapi segan jugak sebab takut orang ingat saya dah sengkek...walaupun sebenarnya nak cuba2 aje...sebab susah nak cari masa nak buat kek-kek ni...
Hari Jumaat kakak saya bersalin anak yang ke empat. Dapat baby girl! Kesian plak bila saya dengar dia ada masalah uri melekat. Tapi nasib baik akhirnya bersalin normal jugak. So...dah 11 orang cucu mak & ayah saya.
Hari Sabtu pegi kerja kawin sedara mak mertua kat Kg. Bachang, Melaka. Pastu kitorang tinggalkan dia sekejap...yelah bagi peluang dia beramah mesra dengan kawan lama sementara kitorang pegi Mahkota Parade jalan2.
Ntah kenapa terjebak plak dengan budak jual barang letrik kat MP...kononnya dapat voucher discount RM50...rupanye kene beli barang dia. Tapi yang syoknye...voucher kitorang dapat hadiah cooker & vacuum. Saya pun excited tapi memandangkan kitorang tengah sengkek, saya letak RM50 untuk booking water filter. InsyaAllah kalau ade rezeki kami...dapatlah kami beli barang tu dan tebus hadiah kitorang. Nasib baik budak tu bagi tempoh 1 tahun.
Hari ni abang pegi pasar macam biasa...tapi terpaksa berjimat cermat sebab duit semakin susut pasal payment tak masuk2. Petang kitorang pegi hantar kain untuk buat baju raya kat rumah sedara di Parit Raja. Balik pegi window shopping kat Porcelain Inn & singgah minum petang di Air Hitam.
1 comment:
salam kenal.. terkejut sebenarnya tengok my link ada kat sini.. wonder jugak.. :)
apa salahnya buat cake untuk jual.. tak semestinya nak tunggu sengkek baru nak cari duit kan.. kalau akak pandai, akak pun buat jual... boleh tambah pendapatan... :)
Post a Comment