- Merungut atau mengeluh tak habis-habis
- Mengungkit atau mengingatkan semula apa yang dia dah pernah buat
- Mengharapkan sesuatu sebagai balasan
- Melambat-lambatkan untuk membuat apa yang diminta atau disuruh
- Melakukan ala kadar sahaja dan tidak bersungguh-sungguh
- Menunjuk-nunjuk di hadapan orang sahaja tapi di belakang merungut
Biasanya orang yang ikhlas akan melakukan yang berikut:
- Melakukan dengan rela hati (tanpa paksaan)
- Melakukan hanya untuk mendapat redha Allah
- Memberitahu setakat mana yang ia mampu melakukan
- Sentiasa cuba buat yang terbaik
- Sentiasa tawakal kepada Allah atas apa yang dilakukan
- Menyegerakan apa yang diminta atau disuruh
Adakah anda seorang yang sentiasa ikhlas dalam melakukan sesuatu? Sebenarnya tidak susah untuk kita ikhlas dengan manusia jika kita ikhlas dengan Allah terlebih dahulu. Niatkanlah setiap apa yang anda ingin lakukan hanyalah untukNya walaupun sebenarnya untuk manusia lain.
2 comments:
kadang2 kita cuba untuk ikhlas.. tapi ada bisikan syaitan yang menyuruh sebaliknya.. mungkin perlu banyak istighfar kan.. :)
Kak Neeza...
Betul tu kak. Sama2lah kita perbaiki diri.
Post a Comment