Friday, July 31, 2009

Bulan Ibadah

Rejab berlalu...Syaaban menjelma...tak lama lagi Ramadhanlah kita...puasa...jangan tak puasa ye...ni belum apa-apa dah ingat nak beraya...puasanya belum tentu cukup.

Bila cakap pasal bulan-bulan mulia ni, saya terharu sangat bila dapat melaksanakan ibadah-ibadah sunat yang diajar Nabi...tapi nak beribadat pun nak kena betul-betul ikhlas...bukan ape, banyak sangat bidaah tentang amalan-amalan di bulan-bulan mulia ni.Kebanyakan ibadah yang dibuat tidak bersandarkan kepada Sunnah Nabi s.a.w. malah hanya bersandarkan kepada amalan para ulama-ulama tertentu sahaja.

Yang sebenarnya, hari-hari kita lalui adalah ibadah...hanya niatkanlah dengan penuh ikhlas kerana Allah s.w.t. Seawal membuka mata di pagi hari hinggalah tiba saat memejamkan mata untuk tidur kembali haruslah kita isi dengan ibadah. Kalau nak diceritakan, setiap saat kehidupan kita adalah ibadah.

Di bulan-bulan mulia ini, kita hanya perlu mempertingkatkan lagi ibadah kerohanian yang boleh menambahkan iman dan takwa kita kepada Ilahi. Sejauh mana keistimewaan malam Isra' Mikraj, Nisfu Syaaban dan Lailatul Qadar, hanya Allah yang mengetahuinya. Kita sebagai hambaNya, beribadatlah seperti mana ajaran Nabi s.a.w. dan jangan sampai ibadah kita tersalah ikutan.

3 comments:

Neeza Shahril said...

betul tu nurie.. banyak bidaah tentang amalan beribadah ni.. heran jugak kan. Kenapa lah ada yang suka mereka-reka benda macam ni.. anyways, semoga ibadah kita diterima Allah.. Ameen..

nurie said...

yela kak...takutla klu2 tersalah ikutan...tawakal pd Allah ajela...

Kay said...

salam;
thanks sbb sudi singgah ke blog saya...
sila2 linkkan.

(^_^) have a lovely day!