Tengok tajuk je...orang perempuan mesti dah menyampah, kan? Yelah mana ada perempuan yang suka berpoligami...hanya mereka yang redha aje yang sanggup menghadapinya, tul tak?
Untuk menyedarkan kaum Adam serta menyejukkan hati kaum Hawa, kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah sebagaimana beberapa di bawah ini:
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) anak-anak yatim maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”(QS An-Nisa, ayat ke-3)
"Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung.." (An-Nisa': 129)
"Jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja..." (An-Nisa': 3)
“Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu ia lebih condong kepada salah satunya dibandingkan dengan yang lain, maka pada hari Kiamat akan datang dalam keadaan salah satu pundaknya lumpuh miring sebelah.” (HR. Lima)
Jika rasa diri dah cukup bersedia, barulah diputuskan untuk berpoligami atau tidak. Selepas itu tawakal sahaja pada Allah kerana semua ini hukum Allah seperti firman berikut:
"Dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin." (Al Maidah: 5O)
Barang siapa yang menolak hukum Allah, maka dia tidak menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka dan minta ampunlah segera kepada Allah kerana Dia maha pengampun lagi maha mengasihani.
Wallahua'lam.
(Tak kena batang hidung sendiri....bolehla cakap......Kalau dah kena, baru tau.....Astaghfirulla hal azim...minta dijauhkan)
apa sudah jadi madani!?
2 days ago
1 comment:
Nurie, sebagai orang Islam, kita tak boleh nafikan hukum berpoligami.. tapi biasalah kan.. kalau diberi pilihan, ramai wanita tak nak berpoligami.. termasuklah akak pun...
cumanya... kita tak boleh cakap lelaki tak boleh berpoligami... kan..
Post a Comment