"Dengan nama Allah aku berlindung daripada syaitan yang direjam
Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang
Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam
Yang maha pengasih dan penyayang
Yang menguasai hari pembalasan
Kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus
Jalan seperti mereka yang telah Engkau berikan nikmat
Bukan mereka yang Engkau murkai
Dan bukan mereka yang sesat
Maha suci Allah yang tinggi kekuasaanNya
Sesungguhnya Allah mendengar orang memujiNya
Hanya kepada Allah sahaja segala puji-pujian
Maha suci Allah yang maha agung kekuasaanNya
Ampunilah aku, rahmatilah aku, angkatlah aku, cukupkanlah aku., rezekikanlah aku, tunjukilah aku, afiatkanlah aku, maafkanlah aku"
Tahukah anda berapa kalikah anda mengungkapkan ayat-ayat di atas dalam sehari?
Hanya seorang hamba sahaja yang benar-benar menghayatinya.
Hanya seorang yang jujur sahaja yang rela melafazkannya.
Hanya seorang yang taqwa sahaja sanggup mengiakannya.
Hanya seorang Muslim yang benar-benar Muslim tahu jawapannya.
Tepuk dada, tanya minda dan selamat beramal.
apa sudah jadi madani!?
2 days ago
2 comments:
solat nampak ringan tapi sangat berat untuk dikerjakan.. kalau tak ikhlas, memang tak akan terlaksana... terutamanya sekarang, macam-macam dugaan... busy shopping la.. busy kerja la.. busy tidur pun ada jugak...
semoga kita tak termasuk dalam golongan tu nurie...
Kak Neeza
Yelah kak...ade orang solat tp tak tau maksud apa yg dibaca dlm solat...sedihkan...dulu sy pun mcm tu gak...cuma skrg ni sy smakin sedar ttg semua tu dan berusaha memperbaiki diri.
Post a Comment