Thursday, November 13, 2008

Si Anak Tengah

Saya adalah anak tengah iaitu anak ketiga daripada lima orang adik beradik. Yang untungnya...saya ada seorang abang, seorang kakak, seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki. Sempurna kan?

Best jugak jadi anak tengah macam saya ni tau. Saya merasai kasih sayang dari semua peringkat dan saya boleh ngam dengan semuanya. Saya selalu menjadi tempat adik beradik meluahkan perasaan dan mengadu masalah.

Mungkin kerana saya ni anak tengah, Allah mengurniakan saya sifat penyabar yang tinggi dalam menghadapi karenah orang-orang di sekeliling saya. Saya mampu bertenang dalam keadaan yang kelam kabut dan saya tidak mudah panik atau melenting.

Namun begitu, saya seorang yang sensitif dan mudah tersinggung. Biasanya kalau tersinggung, saya akan berdiam diri dan berfikir semula untuk menerimanya secara positif. Sebab itulah saya mudah memaafkan orang lain walaupun kadang-kadang perbuatan mereka tu meninggalkan kesan yang mendalam pada saya. Semuanya saya ambil sebagai iktibar dan pastinya saya akan lebih berhati-hati dengan mereka.

Sebagai anak tengah, saya mudah simpati dan selalu bertolak ansur. Tetapi sikap inilah menyebabkan orang lain sering mengambil kesempatan ke atas saya. Mana tidaknya, kadang-kadang saya jadi lebih mementingkan orang lain dari diri saya sendiri.

Sejak akhir-akhir ini, saya selalu mendengar ceramah agama atau rancangan motivasi yang sedikit sebanyak menyentuh sifat-sifat peribadi seseorang. Seorang anak tengah seperti saya dikatakan mempunyai aura tersendiri dan akan menjadi orang yang berjaya kerana sifat-sifat baik yang dimilikinya.

So, saya pun terangkat sikitlah.....dan harap-harap macam tulah.....apapun saya bersyukur dan semoga Allah memberi yang terbaik buat saya di dunia dan di akhirat nanti.

1 comment:

syazana shahar said...

jd anak tengah sangat mencabar.
sebab slalu rasa tersisih dan disisihkan.
tapi, chill jelah.
sebab tu la ujian jd anak tgh kankan?
hee~
proud to be anak tgh! tak ramai dalam posisi anak tgh jiwa kental~
wee~
good luck sis!