Sunday, December 7, 2008

Aidil Adha

Esok, seluruh umat Islam akan menyambut Aidil Adha atau dikenali juga sebagai Hari Raya Haji. Setiap tahun, 10 Dzulhijjah pasti mengingatkan kita kepada peristiwa pengorbanan nabi Ibrahim a.s. yang akur dengan perintah Allah agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail.

Pengorbanan Nabi Ibrahim menjadi lambang pengorbanan yang sejati sebagai hamba Allah yang esa. Adakah kita menjadikan peristiwa itu sebagai satu motivasi untuk kita menuju taqwa? Dan sejauh manakah keikhlasan kita dalam mentaati perintahNya?

Mereka yang mampu takkan melepaskan peluang untuk berkorban wang ringgit, masa dan tenaga bagi melahirkan rasa syukur kepada Ilahi di atas nikmat-nikmat yang telah dikurniakan. Selain menyembelih haiwan, jihad dalam menunaikan ibadah haji juga merupakan suatu pengorbanan yang amat dituntut.

Bagi yang kurang mampu pula, janganlah menjadikan kesempitan hidup sebagai alasan untuk tidak mahu berkorban ke jalan Allah. Kalau hendak seribu daya...tapi kalau dah tak nak tu...macam-macamla alasan...apapun, tepuk dada tanyalah iman.


Pada tahun lepas, hari raya haji jatuh pada 20hb Disember iaitu sama dengan hari lahir yang ke 3 tahun anak sulong saya, si Hakim. Kebetulan pula ada rezeki... kitorang pun buat korban seekor lembu. Semoga ibadah kami ini beroleh ganjaran yang baik dariNya walaupun saya sedikit ragu dengan agihan sebahagian daging korban tersebut.

Bila tiba AidilAdha, terdetik di hati bilalah saya akan menjadi tetamu rumah Allah. Itulah impian saya yang paling tinggi...semoga Allah akan memberi saya rezeki dan kesempatan untuk ke sana suatu hari nanti. InsyaAllah.


Kepada seluruh muslimin dan muslimat, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dan selamat menunaikan ibadah haji kepada para jemaah yang mengerjakan rukun Islam ke 5 pada tahun ini.

2 comments:

Neeza Shahril said...

bila cerita pasal korban ni.. akak pun macam nuri jugak. Akak tak pasti lah orang yang menerima daging korban tu wajar terima atau tak. Ada ramai orang berkorban tapi dagingnya diambil.. banyak pulak tu.. hehee..

Entahlah kan.. pada akak, kalau kita korban, kita niat aje lah korban.. orang yang mengagihkan daging tu diberi tanggungjawab..semoga mereka tunaikan tanggungjawab dengan amanah... Insyaallah..

nurie said...

Kak Neeza,
Betul tu kak. Saya pun tawakal ajela..