Sekarang ni musim hujan... so saya jaranglah keluar rumah. Duduk ajelah kat rumah sambil melayan bebudak. Nak blogging pun, line internet tak berapa elok...nak memasak plak takde mood langsung nak cuba-cuba resepi. Buat keje rumah pun, ala kadar aje...
Baru-baru ni adik saya yang duk di Sungai Petani, Kedah ada balik ke rumah mak saya..yelah, musim cuti sekolah. Dia agak lama jugak kat kampung...lebih kurang 2 minggu jugak ler. Adik saya tu suami isteri cikgu sekolah. Bukan dia aje...abang dan kakak saya pun cikgu...kawin pun dengan cikgu jugak. Cuma saya dengan adik saya yang bongsu aje tak jadi cikgu.
Sempena cuti sekolah ni, abang saya yang sulong plak balik ke Kelantan, tempat mertua dia sekali menyambut Aidil Adha di sana. Katanya nak khatankan jugak anak-anak lelakinya si Syafiq dan Syahmi. Habislah bebudak tu...mesti kena berpantang.
Kakak saya yang tinggal di Seberang Perai, Pulau Pinang tak balik kampung. Dia sekeluarga katanya pergi bercuti ke Cameron Highlands beberapa hari. Tapi sebelum tu diorang sibuk jaga peperiksaan.
Minggu lepas, lepas majlis menghantar tanda untuk adik bongsu, kitorang sempat ke Tanjung Leman. Minggu ni plak, saya dan adik bercadang nak mandi manda di Sagil, dekat kaki Gunung Ledang, Tangkak. Tapi tak tau lagi jadi ke tidak. Kalau jadi nanti saya cerita kat sini ye.
Sebut pasal Gunung Ledang, teringat saya pada tahun 90 an, kitorang 5 beradik dan seorang kawan adik pernah pergi mendakinya. Abang sulong yang jadi ketua kitorang selama 2 hari 1 malam mendaki.
Tak sangka pada waktu tu, kitorang sanggup mendaki tanpa henti sampai ke puncak dan hanya nak turun tu yang kitorang bermalam di pertengahan gunung. Memang mencabar tapi seronok sebab waktu tulah kitorang nampak caring sangat.
Abang saya memang terror bab-bab berkhemah. Kakak pulak masa mendaki mengeluh tak habis-habis tapi bila turun, dialah yang seronok sekali. Saya dan adik-adik plak enjoy aje...
Segalanya tinggal kenangan...sekarang nak berkumpul adik-beradik pun susah. Cuti sekolah ke...raya ke...jarang dapat berkumpul kesemuanya. Saya ada jugak cadangkan untuk buat family gathering setahun sekali tapi susah nak dapat 100% support. Tapi saya takkan berputus asa, nanti saya nak siapkan proposal Family Gathering tu dan bagi kat diorang...pastu tu kalau tak berjaya jugak, tak tau ler.
Nota: InsyaAllah, kalau niat kita baik, pasti Allah akan membantu kan?
apa sudah jadi madani!?
2 days ago
1 comment:
betul tu nurie.. kalau niat baik Allah permudahkan..
akak memang rindu nak berkumpul dengan semua adik beradik tapi kan semenjak dua menjak ni payah betul.. masing2 ada tugas sendiri. Ada yang tak dapat ambik cuti.. tambah pulak akak dah jauh ni..
ni semalam, dapat tahu kami mungkin tak dapat beraya di malaysia tahun depan sebab tahun ni husband akak dah balik beraya. kena bagi can orang lain pulak.. sedihnya laaa.. :(
Post a Comment