Thursday, November 12, 2009

19 Hadis Nabi Tentang Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


Sumber: Dari salah satu laman blog yg saya lawati...

Wednesday, November 11, 2009

Kumohon - Sheila Majid

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

Monday, November 2, 2009

Sekadar berkongsi kegembiraan......


Sebagai seorang ibu, barulah kini saya merasakan bagaimana gembiranya hati bila melihat anak berjaya dalam pelajaran. Walaupun masih terlalu awal untuk melihat kejayaan akademik bagi seorang anak yang baru berusia 5 tahun, namun inilah antara permulaan yang menggembirakan bagi saya sebagai seorang ibu.

Setelah melihat keputusan peperiksaan si Aqmar Nurhakim yang hanya baru pandai mengeja, saya amat bersyukur kepada Ilahi kerana dianugerahi anak yang bijak. Kalau melihatkan usahanya di rumah tidaklah begitu rajin membaca tetapi dia seorang yang mudah mengingat sesuatu.

Alhamdulillah...keputusan peperiksaan akhir Hakim nampak maintain macam keputusan pertengahan tahun. Hanya satu subjek sahaja dia mendapat 80 markah...yang lain semuanya 90 ke atas. Malah ada juga yang mendapat markah penuh. Bayangkan budak 5 tahun menjawab 9 kertas periksa pelbagai subjek termasuk BM, English, Bahasa Arab, Al-Quran, Jawi, Sains & Sosial, Peribadi Muslim, Matematik & Lukisan.

Tidak dinafikan Hakim juga punya kelemahan dalam beberapa subjek especially Lukisan. Saya tahu dia memang tidak begitu berminat untuk mewarna, tetapi kalau melukis dia ada sedikit kebolehan. Apapun, saya tidak mahu terlalu mendesak dia untuk melakukan perkara yang dia tidak suka.

Saya berasa amat bersyukur dan gembira kerana dianugerahi anak yang bijak. Semoga dia menjadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat. Ameen.

Thursday, October 29, 2009

Hanya satu yang diharap...

Apalah erti sebuah ketaatan
Andai diri diperhamba
Semakin ditaati semakin terseksa
Hanya satu yang diharap
Agar taat ini tidak melebihi taat kepadaNya

Apalah erti sebuah ihsan
Andai tidak dihargai
Semakin dibantu semakin meminta
Hanya satu yang diharap
Agar Dia saja yang membalasi segalanya

Apalah erti sebuah kasih
Andai tiada yang memahami
Semakin mengasihi semakin tak dimengerti
Hanya satu yang diharap
Agar kasih ini terus menjadi milikNya

Apalah erti sebuah keikhlasan
Andai niat dipandang serong
Semakin ikhlas semakin sangsi
Hanya satu yang diharap
Agar Dia menerima segala amalan

Thursday, October 15, 2009

Permainan & strategi

Sejak sibuk dengan game Farmville & Cafe World di Facebook, bole dikatakan jadual harian saya terganggu sikit...maklumlah mana nak tengok tanam-tanaman dan ternakan...nak handle cafe lagi...kalau salah time pergi jenguk, bole rugi bisnes dibuatnya.

Yang tambah pening bila si Hakim sibuk nak tolong berkebun dan jaga cafe. Masalahnya dia buat kerja sikit aje...tapi kalau bab perabih duit nombor satu. Habis semua barang nak dibelinya. Siap berangan lagi...'nanti kita beli itu ini ye bu....nak letak sana...nak letak sini..."

Inilah penangan dunia permainan...silap-silap haribulan boleh tak ingat dunia lain...memang melalaikan. Nasib baikla saya masih ingat rumahtangga dan tanggungjawab...kalau tidak, berantakkanlah semuanya...

Walau macam manapun...saya rasa permainan yang berunsur strategi ini ada baiknya jugak...yelah..selain melatih kita mengatur strategi bermain, kita juga kena mengatur masa kita dengan baik supaya semuanya under control...Selain memberi ketenangan fikiran, permainan ini juga mampu menguji minda kita untuk merancang dan membuat keputusan yang mendatangkan keuntungan. Yang bestnya kita digalakkan menolong rakan-rakan seperniagaan yang lain...

Apapun, saya cuba mengingatkan diri saya yang ianya sekadar permainan... sentiasalah berpijaklah di bumi nyata agar tidak terus lalai... terutamanya dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap perintah yang maha kuasa.

Monday, October 5, 2009

Raya...raya...raya!

Walaupun tahun ini adalah tahun pertama beraya tanpa ayah, Alhamdulillah kami sekeluarga tetap menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Selain itu, saya sekeluarga terpaksa menghadkan jadual beraya kerana keadaan mertua yang sudah tidak mengizinkan.

Sudah raya seminggu barulah kami bergerak ke mana-mana itupun sekejap-sekejap dan pergi yang mana dekat-dekat sahaja. Bila ada kawan-kawan jemput ke open house barulah kami pergi, itupun tengok masa dan keadaan jugak.

Baru-baru ni rumah mak di kampung ada buat Marhaban...memang tiap-tiap tahun kat kampung tu ada buat Marhaban. Yang bestnya time Marhaban tu...lain rumah, lainla juadahnya. Jenuh jugak nak makan semuanya...kadang-kadang rasa sikit je dah kenyang. Ada pulak yang tahan perut sebab tahu kat rumah lain ada masak lagi sedap.

Yang sebenarnya masa Marhaban nilah dapat kenal orang-orang kampung. Makcik-makcik dan budak-budak kecik pun ramai yang tak dikenali...so, time nilah nak berkenalan dan tanya-tanya perkembangan keluarga masing-masing.

Bila fikir-fikir, bagus jugak open house dan Marhaban di bulan raya ni. Tapi yang tak bestnya bila orang buat semua tu sekadar nak tunjuk-tunjuk kehebatan masing-masing. Jangan pelik bila ada yang buat open house dan Marhaban sekadar nak tunjuk rumah dialah yang hebat...barang-barang kat rumah dialah yang paling cantik-cantik...makanan kat rumah dialah yang paling sedap...haaa tu belum lagi yang nak tunjuk dialah yang boleh bagi duit raya paling banyak!

Apapun, coretan ini sekadar luahan di hati saya...yelah takut-takut saya sendiri terjebak dengan situasi macam tu. Semoga biarlah apa yang kita lakukan sentiasa menuju ke arah kebaikan dan mendapat keredhaanNya.

Wednesday, September 23, 2009

Puisi @!#%*!

Aku takut
Aku bimbang
Apakah aku benar
Apakah aku ikhlas

Pening memikirkan
Pusing dibuatnya
Pernah aku mengalah
Pernah aku kecewa

Namun aku pasrah
Malah aku redha
Harap tak selamanya
Harap ada perubahan

Semuanya menyulitkan
Segalanya rumit
Semoga dipermudahkan
Semoga ditunjukiNya

Sunday, September 20, 2009

1 Syawal 1430H

Alhamdulillah...syukur pada Ilahi setelah sempurna ibadah puasa selama sebulan. Hari ini Syawal diraikan dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.

Syukur di atas segala nikmat yang telah diberi selama ini...walaupun berlapar dahaga di bulan puasa namun masih lagi merasai nikmat yang melimpah ruah. Syawal ini seharusnya menimbulkan keinsafan apabila di saat kita bergembira, masih ada insan yang serba kekurangan yang harus diberi perhatian.

Sehari sebelum Syawal, kami sibuk membuat persiapan akhir seperti mengemas rumah dan menyediakan keperluan untuk juadah hari raya. Tahun ini kami buat ala kadar aje...saya cuma masak ayam merah, kuah kacang dan kuah lodeh. Ketupat kitorang order saja sebab ikut selera mertua manakala rendang pulak mak offer nak tolong masakkan.

Seperti tahun-tahun yang lalu, saya menyambut Syawal di rumah mertua...maklumlah duduk dengan mertua. Nak buat macam mane, tak boleh nak elak. So, seperti biasa, pagi raya selepas sembahyang raya dan makan-makan, kami akan bergerak ke rumah mak. Nasib baik tahun ni abang saya berhari raya di rumah mak. Kalau tidak, tentu mak kesedihan...maklumlah 1 Syawal tahun lalu ayah pulang ke rahmatullah.

Di rumah mak, sempat juga kami ke pusara ayah dan menjenguk saudara mara yang berdekatan. Kalau tahun dulu-dulu mak mertua ikut sama, tapi kali ni dia tinggal di rumah saja sebab dah tak boleh bergerak macam dulu. So, kami pun terpaksa hadkan masa untuk ziarah sana sini sebab bimbang keperluan dia di rumah.

Si Hakim & Arif bukan main seronok dapat jumpa sepupu-sepupunya...pakai baju sedondon pulak tu...Pastu kitorang pun posing-posingla sikit untuk kenang-kenangan.

Tuesday, September 15, 2009

Salam Lebaran



Saya ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI buat semua muslimin dan muslimat terutama sekali ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan di mana jua anda berada.

MAAF ZAHIR & BATIN dari saya dan semoga Syawal ini membawa seribu kebahagiaan serta keinsafan.

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA kepada yang memandu kenderaan untuk pulang ke kampung halaman dan semoga selamat pergi dan pulang.

Friday, September 11, 2009

Monday, August 31, 2009

SELAMAT HARI MERDEKA!



SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 52

SEMOGA BUMI MALAYSIA AKAN SENTIASA DIRAHMATI DAN DIBERKATI ILAHI

Nota:
Sesebuah negara boleh merdeka tetapi seseorang manusia tidak akan pernah merdeka kerana mereka adalah hambaNya.

Wednesday, August 26, 2009

Virus Menyerang....

Peringatan: kepada mereka yang alergi dengan muntah dan najis, lebih baik anda tidak membaca entry ini...

Bermula Khamis lepas, keluarga saya telah diserang virus. Tapi yang pastinya bukanlah H1N1 (minta dijauhkan). Sehari sebelum tu, Hakim buang air besar sebanyak empat kali sehari...tapi kami tak suspect apa2 sebab dia nampak ok aje. Pada malamnya ntah kenapa, Hakim tiba-tiba termuntah ketika sedang nyenyak tidur...banyak pulak tu......

Esoknya, dia ke sekolah seperti biasa tetapi cikgu telah menelefon kami agar mengambil Hakim pulang sebab dia nampak lemah dan melepek saja...Abang terus membawanya ke klinik dan sampai rumah, saya menyuruhnya berehat dan tidur. Sedang tidur, sekali lagi dia termuntah dengan banyaknya...

Setelah dua hari mengambil ubat-ubatan yang diberikan doktor, Hakim sudah nampak ok tetapi giliran si Arif pula...Arif lebih kerap muntah-muntah berbanding Hakim malah dia langsung tidak mahu makan kerana apabila makan sahaja, pasti akan terkeluar semula. Selain muntah-muntah, Arif juga demam dan buang air besar dengan banyak dan najisnya cair.

2 hari dijangkiti, badan Arif nampak susut benar dan nampak lesu sebab dia enggan makan. Nasib baik si Arif masih menyusu badan, jadi dia ada sumber zat jugala...kalau tidak tak tau nak bayangkan macam manelah keadaan dia. Tapi sayalah yang penat sebab dia asyik merengek dan nak berkepit sepanjang masa.

Keadaan Arif lebih teruk berbanding Hakim sebab sampai sekarang pun dia masih lemah...kalau nak ikutkan, hari ni dah masuk 5 hari Arif dijangkiti virus tu.

Malam tadi, Abang pulak rasa tak sedap badan dan rasa macam nak muntah pun ada...Masa bawa Arif ke klinik, Abang pun check-up sekali. Doktor kata, virus ni boleh berjangkit...

Sekarang ni Abang pulak melepek sebab sakit perut dan lemah-lemah badan. saya yang menjaga diorang ni pun dah naik tension...nak hilangkan tension, blogging pun sambil berkepit dengan si Arif. Abang pulak tido je...puasa pun terpaksa cuti.

Saya harap semuanya akan kembali ok dan kalau boleh saya tak mahu dijangkiti...sebab kalau saya sakit, habislah tunggang-langgang rumahtangga kitorang. Apapun, saya berdoa pada Allah agar semuanya selamat dan beransur pulih. Mungkin inilah dugaan di bulan Ramadhan untuk melihat sejauh mana kesabaran saya.

Saturday, August 22, 2009

Hari Pertama Ramadhan 1430/2009

Alhamdulillah...syukur sangat pada Ilahi kerana saya masih berkesempatan untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini dan seperti bait-bait lagu Man Bai......

...kumengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...
...agar dapat kulalui dengan sempurna...

Apapun, saya hanya merancang dan Allah jualah yang menentukan...

Hari pertama puasa kali ini, saya mengajak emak saya untuk bersahur dan berbuka di rumah kami sebab dia pun sudah tiada sesiapa sejak pemergian arwah ayah pada Syawal tahun lalu. Lagipun bimbang dia diselubungi kesedihan kerana terkenangkan arwah ayah.

Memandangkan Abang saya yang sulong pun berhajat untuk berbuka bersama emak, saya pun ajaklah mereka sekeluarga untuk berbuka di rumah kami sekali. Terasa gembira sangat bila dapat berbuka beramai-ramai apalagi dengan keluarga sendiri.

Seawal jam 3 petang saya dah sibuk membuat persiapan untuk juadah berbuka puasa dan sahur sekali. So, for the first time saya post gambar2 menu berbuka kami pada Ramadhan pertama tahun ini iaitu.....kurma, lopes sagu, spaghetti chicken meatball, bubur jagung (jiran bagi) dan aneka kuih talam (Abang beli).



Dan menu sahurnya pulak adalah...ikan tenggiri goreng, telur asin, ikan gelama rendang asam lemak, sayur goreng ala jawa dan sambal belacan serta ulam petai.



Baru saja kami menikmati juadah berbuka, tiba-tiba majlis kami spoilted bila si Angah Syahmi, anak abang saya termuntah...diikuti pula dengan si Arif dan si Along Syafiq...so...untuk tidak menghilangkan selera makan semua orang, saya dan Abang saya cepat-cepat bersihkan tempat dan budak-budak tu...tapi ade juga yang tak kisah semua tu, diorang bedal aje...

Apapun saya rasa gembira sangat sebab dapat berbuka beramai-ramai dengan keluarga dan saya tak kisah pun dengan apa yang berlaku dan berharap diorang taklah serik untuk berbuka dengan kitorang lagi. Lepas buka, siap ambil-ambil gambar lagi....

RAMADHAN 1430H / 2009


Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
dan
SELAMAT BERPUASA

kepada semua ahli keluarga, sahabat, kenalan dan semua muslimin dan muslimat di mana jua berada.

Semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dan sama-samalah kita mempertingkatkan amal dan memohon keampunan dariNya untuk keberkatan dan kerahmatan hidup di dunia dan akhirat.

Friday, July 31, 2009

Bulan Ibadah

Rejab berlalu...Syaaban menjelma...tak lama lagi Ramadhanlah kita...puasa...jangan tak puasa ye...ni belum apa-apa dah ingat nak beraya...puasanya belum tentu cukup.

Bila cakap pasal bulan-bulan mulia ni, saya terharu sangat bila dapat melaksanakan ibadah-ibadah sunat yang diajar Nabi...tapi nak beribadat pun nak kena betul-betul ikhlas...bukan ape, banyak sangat bidaah tentang amalan-amalan di bulan-bulan mulia ni.Kebanyakan ibadah yang dibuat tidak bersandarkan kepada Sunnah Nabi s.a.w. malah hanya bersandarkan kepada amalan para ulama-ulama tertentu sahaja.

Yang sebenarnya, hari-hari kita lalui adalah ibadah...hanya niatkanlah dengan penuh ikhlas kerana Allah s.w.t. Seawal membuka mata di pagi hari hinggalah tiba saat memejamkan mata untuk tidur kembali haruslah kita isi dengan ibadah. Kalau nak diceritakan, setiap saat kehidupan kita adalah ibadah.

Di bulan-bulan mulia ini, kita hanya perlu mempertingkatkan lagi ibadah kerohanian yang boleh menambahkan iman dan takwa kita kepada Ilahi. Sejauh mana keistimewaan malam Isra' Mikraj, Nisfu Syaaban dan Lailatul Qadar, hanya Allah yang mengetahuinya. Kita sebagai hambaNya, beribadatlah seperti mana ajaran Nabi s.a.w. dan jangan sampai ibadah kita tersalah ikutan.

Tuesday, July 21, 2009

Interview @ SimplySiti Sdn. Bhd.

As I wrote in previous entry, I'll go to KL for interview as entrepreneur at SimplySiti Sdn. Bhd., a company under Dato' Siti Nurhaliza. They planned to launch some range of beauty products like skin care and cosmetics in November 2009.

I intentionally went there earlier so that I can survey the location of their office because I didn't want to be 'kelam kabut'. We were stayed at Cititel Hotel, Midvalley. It was took only 10 minutes walked to SimplySiti office.

A day before interview, we went out to The Curve and snap some pictures below:


On the interview day, I went there early and had to wait outside more than half hour before their staff came since it is Sunday whereby they purposely did for outstation's candidates.

SimplySiti planned to come out with a range of beauty products through Watsons. I was a bit disappointed if they still want to come out with the products through Watsons because there will be very competitive with other brands of similar products in the market especially in Watsons itself.

I did suggest them to have their own concept like beauty center with own products and services like facial, hair & body treatment, manicure & pedicure or some sort like spa.

Anyway, it is their business and I just gave my idea for the sake of Dato' Siti image and hope they will think about it. To me, if they still with their plan, I rather not to involve in because no potential to go far & not challenging.

Wednesday, July 15, 2009

Rezeki & Peluang...

Alhamdulillah...syukur sangat sebab semakin hari rezeki semakin mencurah. Baru-baru ni, Abang dapat product IT baru yang ada potensi untuk dipasarkan. So, sekarang ni tengah sibuk introduce barang ni dekat banyak tempat...InsyaAllah, kalau ada rezeki, kitorang memang boleh buat duit dengan barang ni.

Satu lagi, saya entah macam mane ternampak satu iklan peluang untuk jadi usahawan produk kecantikan kat dalam surat khaba. Tak tau kenapa...rasa berminat plak nak cuba nasib. So, saya pun bagitau kat Abang yang saya nak cuba hantar. Lepas dapat green light dari Abang, saya pun hantar sms tanya kat mane nak hantar semua dokumen permohonan tu. Syarikat tu namanya SimplySiti Sdn. Bhd...dalam hati dok fikir macam familiar je...

Bila dah dapat address, saya pun pergi amik gambar dan prepare semua dokumen yang berkaitan tapi masa pulak macam dah tak sempat. Lagi sekali saya hantar sms tanya kalau lambat satu hari bole tak? Alhamdulillah...diorang cakap diorang akan terima. Tapi dalam hati ada sikit ragu-ragu...sebab takut kena tipu. Saya pun siasat2, rupanya syarikat tu milik penyanyi Dato' Siti Nurhaliza...teruja jugak nih!


Seminggu lepas tu...diorang inform saya yang email interview dah pun dihantar. So, saya pun check email...nampaknya, hari Ahad ni, 19 Julai saya kenalah pegi KL untuk interview tu. Since Abang pun cakap ok, InsyaAllah, Jumaat ni kitorang akan bertolak ke KL untuk interview tu dan sambil jalan-jalan shopping raya.

Dalam hati saya hanya berdoa kepada Allah seandainya ini rezeki yang membawa kebaikan kepada saya, berikanlah...tapi kalau ianya rezeki yang boleh membawa keburukan kepada saya, sekatlah ia. Saya tawakal saja pada Allah...kerana Dialah yang tahu apa yang terbaik buat saya.

Tuesday, July 7, 2009

Aku, Pencipta & Mereka

Mata tak mau lelap
Fikiran terus melayang

Siapa aku?
Kau adalah hamba

Hamba kepada siapa?
Kepada Si Pencipta

Untuk apa aku dicipta?
Untuk berbakti kepasa Si Pencipta

Berbakti bagaimana?
Seperti semua yg dicipta manusia...
Semuanya untuk berbakti kepada manusia

Aku tak faham...
Seperti TV...untuk manusia menonton
Kerusi...untuk manusia duduk
Pen...untuk manusia menulis
Buku...untuk manusia membaca
dan banyak lagi ciptaan manusia...

Aku kena berbakti bagaimana?
Menjadi khalifah...
Mentadbir alam...

Ahhh...sukarnya...
Tidak...lakukan yang termampu sahaja...
Selebihnya kau bersama-sama dgn yang lain ler...

Mahukah mereka bersama-sama aku?
Terpulang...kalau kau & mereka seorang yang taat dan patuh...
Pasti segalanya berjalan lancar...

Saturday, July 4, 2009

Anak ...O...Anak!

" Satu..satu..saya sayang Allah...
Dua..dua..sayang Rasulullah...
Tiga..tiga..sayang ibu ayah..."

Seronok betul bila saya dengar si Hakim nyanyi lagu tu...Walaupun masih budak, dia perlu tahu apa yang patut diutamakan dalam hidup ini...

Saya rasa semua sekolah perlu terapkan keutamaan macam ni...selebihnya, peranan ibu bapa di rumah sangat penting untuk menerangkan lebih lanjut tentang kepentingan dalam kehidupan.


Bebudak sekarang terlalu banyak terdedah pada hiburan terutamanya permainan dan cerita2 yang mengkhayalkan. Risau juga dibuatnya bila pengaruh kartun dan watak super hero dah menjadi ikutan...sampai sukar nak dibuang dari fikiran mereka.

Kenapalah terlalu banyak pendedahan macam ni yek? Kesannya bebudak jadi lambat matang pemikirannya apalagi dengan cerita2 tahyul dan khayalan yang tak masuk akal. Pening kepala nak terangkan yang semuanya tipu belaka dan sekadar hiburan semata2.

Kalau terlalu disekat nanti anak2 memberontak, tapi jika dibiarkan...makin lemak. Nak dihalang, kesian...kalau bebas, alamat hancurlah jawabnya.

Apapun peranan ibu bapa jugak yang penting...tapi kerjasama semua pihak juga perlu...kalau tak anak mesti keliru. Kenapa kat rumah ibu cakap macam ni, tapi kat sekolah, cikgu cakap lain...pening...pening!

Nota: Pandai-pandailah didik anak...yang penting berjaya dunia akhirat!

Thursday, July 2, 2009

New Computer & Outstation


This entry is using a Compact notebook, a new computer bought today by Abang for me...thank you Abang!

Actually he bought this notebook because he got some extra money from canceled project... and...he don't want me to disturb his mission in playing his strategy games...hehehe...otherwise he better bought LCD TV or Vcam...

Anyway, I feel so lucky to get this computer, at least I can blogging while watching my TV programs or bring it when I go anywhere.

Before this, I used his PC and always steal his break time to surf internet or blogging...so, after this no more using his PC except when he's not at home.

Today also, Abang went outstation to KL for 3 days 2 nights attending a product briefing. I did assist him to book a hotel room for him and his friend, Hisham at De Palma Hotel, Ampang.

Besides product briefing, he really excited to go there because some of his friends (ex-classmates) are waiting for him to discuss their reunion project.

Hope he will have safe journey and enjoy the moments with friends.

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa

Sedih pulak rasanya bila tahun ini saya dah tak dapat ucapkan Selamat Hari Bapa pada ayah saya. Pemergian beliau pada 1 Syawal tahun lalu masih segar di ingatan. Rindu benar saya pada ayah...pada nasihat-nasihatnya, pada geletek dan gurauannya serta keperihatinannya.

Sebagai anak perempuan, ayah selalu berpesan agar saya taat pada suami dan bersabar menghadapi ujian berumahtangga. Saya sebenarnya banyak belajar tentang hidup melalui pengalaman ayah. Beliau seorang yang teratur, pembersih dan tegas namun sesekali dia boleh menjadi kawan kepada saya asalkan saya bijak mengambil hatinya.

Tidak dinafikan saya juga pernah berkecil hati dengan sikap ayah...namun manusia mana yang tidak melakukan kesilapan. Saya harus akur bahawa tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Sebagai anak, saya tidak perlu menyimpan dendam pada ibu dan ayah malah harus sentiasa memohon maaf kepada mereka serta menghormati mereka.

Berikut adalah antara perkara besar yang saya tidak boleh lupa pada ayah:
  1. Ayah hadiahkan saya jam tangan lepas dapat keputusan UPSR dan dukung saya atas bahu
  2. Ayah urutkan kaki saya bila saya lenguh2 masa demam pada usia 15 tahun
  3. Ayah temankan saya duduk sebab saya dah tak larat nak jalan kat zoo Taiping sedangkan adik beradik lain terus jalan2
  4. Ayah cakap "Takpe..ayah kan ade" masa dapat tahu saya putus cinta pertama
  5. Ayah yang carikan kerja di kampung untuk saya sebab nak pujuk saya balik duduk dengan dia
  6. Ayah melawat saya selepas sekian lama saya tak balik sejak ditipu pasal tawaran kerja (atas usaha ayah juga)

Apapun, segalanya tinggal kenangan. Banyak lagi perkara yg menarik dan sedih tentang ayah yang tak tercerita di sini.

Di sini, saya juga nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa di dunia ini khasnya buat suami saya, Ahmad, abang saya, Syahruljiza, abang ipar saya, Yusri serta adik ipar saya, Mohamad. Semoga kalian akan menjadi bapa yang mithali.

Wednesday, June 10, 2009

Kembali ke Asal

Pakar motivasi terkenal, Dato' Dr Fadzillah Kamsah ada mengatakan:

" Salah satu cara untuk sentiasa bermotivasi ialah setiap hari kita perlu berinteraksi dengan dua golongan iaitu kanak-kanak yg berusia di bawah 7 tahun dan warga emas yang berusia 70 tahun ke atas."

Memandangkan saya yang setiap hari berdepan dengan dua generasi ini, tidak dinafikan mereka adalah golongan yang boleh menjadikan saya seorang yang lebih bijak, penyabar, kuat semangat, redha, rajin, fleksible dan beberapa lagi sikap yang positif.

Bayangkanlah kalau tidak diatur segala kerja rumah sebaik mungkin, boleh kelam kabut dibuatnya. Yelah...budak kecik kalau dia nak apa-apa bukan kira masa. Kadang2 bangun awal, kadang2 bangunnya lambat. Pastu mintak itu ini, kejap2 nangislah, merengeklah, minta temankan mainlah dan macam2 lagi.

Warga emas pulak, kejap2 panggil mintak tolong itu ini, lagi kalau yang dah tak larat buat apa2...nak itu ini semua pakai mintak kat orang aje. Nanti kejap2 tanya itulah...inilah...pastu cakap sekali tak dengar...kena cakap ulang2. Kalau tak faham kena terangkan sampaila faham.

Pendek kata, dua generasi ni sama sahaja...selalu minta perhatian dan dimanjakan. Letih dibuatnya. Sebagai generasi yang tengah, saya kenalah faham dan sabar melayani karenah mereka. Kita tak boleh marah2, sebab kalau kita marah2, itu maknanya kita tak redha dengan ketentuan Allah ke atas diri kita.

Dua generasi ini juga selalu buat saya muhasabah diri betapa kita di dunia ini perlu banyak jadi manfaat kepada yang lain. Dalam erti kata lain, jangan pentingkan diri sendiri...lagipun ada hadis yang mengatakan;
Sebaik-baik manusia itu ialah yang banyak manfaatnya kepada orang lain.

Alamak dah lari tajuk sikit......

Sebenarnya saya nak bagitau yang saya dapat melihat sendiri proses manusia balik ke asal jika umur kita dipanjangkan... seperti firman Allah yg berikut:


" Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? " ~ Surah Yaasin, Ayat 68

Proses penuaan sebelum kematian benar-benar mengingatkan kita kepada proses pembesaran selepas kelahiran yang pada mula & akhirnya lemah, tak mampu bercakap, tak boleh bangun & berjalan malah segalanya harus dibantu. Bezanya cuma selepas roh dihembus, kita berada dalam rahim ibu tetapi selepas roh dicabut, kita berada dalam tanah iaitu asal kejadian nabi Adam a.s.

Nota: Selalulah ingat...Dari Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali.

Friday, June 5, 2009

Belenggu Kejahilan

Manusia sering lupa
Pada tujuan dia dijadikan
Pada matlamat sebenar kehidupan dunia

Manusia mudah alpa
Pada nikmat yang mencurah
Pada rahmat yang perlu dicari


Manusia sentiasa culas
Pada ilmu yang banyak manfaat
Pada pengalaman yang selalu mengajar

Manusia makin lalai
Pada kewajipan dan tanggungjawab
Pada ketentuan yang menguji

Masih ramai manusia sebenarnya
Dibelenggu kejahilan
Dibaluti kejumudan dan
Diselimuti budaya kurang berfikir

Wednesday, June 3, 2009

Novel: Menongkah Senja ~ 4

Nani berasal dari keluarga miskin tetapi dia berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah di sebuah universiti tempatan dalam bidang perniagaan. Dia merupakan anak tunggal perempuan dan si tengah daripada tiga beradik.

Kedua ibu bapanya tinggal tidak jauh dari rumah mertuanya, kalau berkereta hanya makan masa lebih kurang lima belas minit sahaja. Namun sejak mendirikan rumah tangga bersama Razman, jarang benar dia dapat pulang ke rumah apatah lagi untuk bermalam di sana. Semuanya kerana mertuanya yang tidak mahu lama berseorangan di rumah.

Setiap kali hendak pulang ke rumah ibunya, pasti mertuanya berpesan, "Jangan lama-lama ya Nani... Mak susah hatilah kalau Nani tak ada di rumah". Pesanan mertuanya itu selalu buat Nani serba salah untuk bermalam di rumah ibunya. Kalau adapun hanya semalam dua sahaja, itupun kalau ada hal, malah dia perlu menyiapkan kerja rumah terlebih dahulu dan menyediakan apa yang patut untuk Mak Ros dan suaminya, Razman yang biasanya tidak akan ikut tidur bersama di rumah ibunya.

Nasib baik kedua orang tua Nani amat memahami apa yang dihadapinya kerana kepada mereka berdualah Nani selalu mengadu tentang masalahnya dengan mertua. Ibu dan ayah Nani selalu menyuruhnya bersabar dan berusaha menjadi isteri dan menantu yang baik untuk mendapat balasan syurga.

Nani pasrah dengan ketentuan Ilahi malah dia redha dengan hanya menjadi suri rumah walaupun dia mampu untuk menjawat jawatan besar di mana-mana syarikat. Sebelum ini pun dia pernah bekerja sebagai seorang eksekutif yang bergaji empat angka. Nani rela melepaskan semua itu kerana ingin menjadi isteri solehah dan ibu mithali.

Mungkin ramai yang beranggapan Nani bodoh kerana melepaskan kerjaya dan menjadi kuli rumahtangga dan berdepan pula dengan mertuanya yang banyak karenah. Namun jauh di sudut hati, Nani hanya mahukan yang terbaik buat suami dan anak-anaknya. Tugas menjaga mertuanya hanya dianggap sebagai hadiah kepada suami tercinta walaupun dia terpaksa berdepan dengan banyak permainan perasaan.

Hidup sebumbung dengan mertua memang banyak dugaannya, namun Nani cuba bersikap positif dan sentiasa memperbaiki diri selain mengambil hati Mak Ros, mertuanya yang sudah semakin lanjut usia dan uzur. Banyak sikap Mak Ros yang sukar difahami, malah kadang-kadang tindakannya selalu tidak masuk di akal.

Bagi Nani, mertuanya umpama satu hadiah besar dari Ilahi yang membawa hidayah kepada dirinya kerana banyak sikap dan tidak tanduk Mak Ros yang membuat Nani berfikir panjang dan menginsafi erti kehidupan sebelum menjelang senja. Dia sentiasa bersyukur dan redha dengan ketentuan Ilahi kerana jodohnya dengan Razman telah membawa dia mengenali seorang insan yang penuh dengan kemelut dan kejahilan.

Pernah suatu ketika Nani terfikir, "Kenapalah aku dapat mak mertua macam ni?". Untuk memujuk hati, Nani berusaha menerima semua ketentuan Ilahi ini sebagai satu ujian dan cabaran untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau ikut kata jiran-jiran yang sudah mengenali mertuanya, ramai yang suruh dia bekerja atau menyibukkan diri dengan aktiviti sosial dan perniagaan. Namun ada juga yang minta dia bersabar kerana ada hikmah disebalik semua ini.

Setelah bertekad untuk menjadi suri sepenuh masa, Nani redha dengan apa yang ada dan sentiasa bersyukur kerana dapat berbakti kepada keluarga walaupun merasa sedikit terkilan kerana tidak dapat lagi memberi bantuan kewangan kepada ibu dan ayah sendiri.

Sekalipun sering disindir dan disuruh itu ini oleh mertuanya, Mak Ros, Nani tetap bersabar dan redha kerana ingin menjadi isteri yang taat kepada Razman demi sebuah syurga. Di dalam hati, dia hanya berserah kepada Allah sahaja kerana Dialah yang maha mengetahui lagi maha mendengar segala isi hatinya.

Tuesday, June 2, 2009

Susah senang...

Sejak sebulan yang lalu, saya bertanggungjawab menjaga mertua saya yang baru dipotong kaki akibat komplikasi penyakit kencing manis. Hampir sebulan juga saya tak keluar rumah walaupun untuk ke kedai atau membeli belah.

Alhamdulillah, semuanya saya lalui dengan redha dan sabar walaupun pada awalnya saya sedikit kecewa apabila melihat mertua yang sudah hilang semangat untuk terus menghadapi ujian Allah yang hebat ini.

Pernah suatu ketika, saya seperti mahu mengalah daripada menjaganya kerana mertua langsung tidak mahu memberi kerjasama bagi menguatkan diri untuk duduk dan bergerak-gerak. Dia lebih selesa baring mengiring di sebelah kiri tanpa beralih-alih.

Melihat keletihan saya yang juga mengurus rumah tangga dan anak-anak, Abang menawarkan untuk mengambil seorang pembantu. Pada mulanya saya setuju tetapi bila fikirkan keadaan rumah dan keikhlasan hati manusia, buat sementara biarlah saya membiasakan diri dahulu. Jika saya benar-benar dah tak larat, barulah saya akan ambil pembantu.

Alhamdulillah, saya semakin expert dan mudah menguruskan segalanya. Sehingga hari ini, kesihatan mertua sudah bertambah baik, luka jahitan juga sudah agak elok. Dia sudah mula duduk dan makan sendiri. Saya hanya menyediakan makanan, memandikan dan menukar diapernya sahaja.

Saya sentiasa berdoa agar mertua saya akan sembuh semula seperti sediakala dan boleh berjalan kembali dengan menggunakan kaki palsu nanti. Namun segalanya saya serahkan pada Ilahi kerana Dialah yang menentukan segalanya. Saya hanya berdoa agar diberi kekuatan dan ketabahan dalam menempuh semua ini. Saya tahu di sebalik kesusahan ini ada kesenangan yang tidak saya ketahui.

Nota: Terima kasih kepada semua yang memahami keadaan saya ketika ini.

Monday, June 1, 2009

Kids & Dress

Here are some of my kids' latest pictures. Like their parents, my sons also simple. They just dressed up a T and track suit or a pair of cheap sales shirt. They are not choosy about dress but they like super heros' shirt like ultraman, batman, superman, spiderman or transformers.

As a parent, we never pamper them with any branded shirt but we will buy some good one for hari raya only.

I always say to my kids about the importance of dress are just to cover the aurat and to be comfortable with. Let people say whatever they like...to us, don't judge the book by its cover!

At one time, Hakim did say that he wanted to wear a color shirt tied-in with jeans, belt, cap, socks and shoes just like his cousin. But I said, you can wear it but will you comfort on it? It is because he is very active and frequently need go to the toilet to pee.

Whatever it is, cheap or expensive, branded or not are just nothing. Go for whatever make us happy!
Notes:
The best is, wear the dress with Bismillah!

Saturday, May 30, 2009

Pengantin & Bakal Pengantin

Setelah dekat sebulan saya tak ke mana2 kerana menjaga mertua yang sakit, hari ini Abang upah orang jaga emak sebab nak bawa saya pergi makan nasi minyak majlis kawin anak kawan dia di Muar dan majlis bertunang kawan dia di Segamat.





Kami memulakan perjalanan lebih kurang pukul 11.30 pg dan sampai rumah dekat Maghrib. Memang penat dibuatnya tapi Alhamdulillah kami selamat pergi dan pulang.

Semoga pengantin dan bakal pengantin ini dirahmati Allah dan beroleh keberkatan dalam kehidupan mereka.

Thursday, May 28, 2009


HAPPY 31ST BIRTHDAY TO MY YOUNGER SISTER
ASMAHANI BINTI GIRIM
ON 28TH MAY 2009
WISH YOU A VERY HAPPY DAY & KEEP SMILING

Saturday, May 23, 2009

Mengingati Mati

Mati...mati adalah jambatan menuju alam akhirat. Selalukah kita mengingati mati? Bukankah mengingati mati itu satu ibadah? Malah ia akan membuatkan kita insaf dan berusaha untuk lebih dekat dengan Allah.

Tiada siapa yang tahu bila dia akan mati malah bagaimana dan di mana dia akan mati. Banyak kes kematian yang berlaku secara tiba-tiba, di dalam tidur dan di dalam sembahyang pun ada. Kenapa ini terjadi? Hanya Allah sahaja yang tahu jawapannya. Bukankah Dia yang mengaturkan segalanya.

Ramai manusia yang sakit dan terlantar menyangka mereka akan mati tidak lama lagi tetapi ramai di antara mereka disembuhkan malah boleh menjalani kehidupan seperti biasa semula. Ada juga yang putus harapan dan membunuh diri untuk mati tetapi mereka ini adalah antara mereka yang sesat.

Bersediakah kita untuk menghadapi mati? Apa yang kita bawa sebagai bekalan sesudah kita mati? Sebagai seorang Islam, mati bukanlah penamat sebuah kehidupan tetapi ia adalah sebuah permulaan kehidupan yang abadi iaitu di alam akhirat.

Sentiasalah kita mengingati mati dan bersedialah untuk menghadapinya. Berusahalah untuk mati dalam husnul qatimah iaitu dalam keimanan kepada Allah kerana kesudahan kehidupan dunia yang baik akan memberi harapan yang baik juga untuk kehidupan seterusnya di alam akhirat iaitu alam yang abadi di sisi Allah s.w.t.

Nota:
Hanya orang yang akan mati yang tahu bagaimana rasanya mahu mati.

Tuesday, May 19, 2009


SELAMAT ULANG TAHUN KE 54 BUAT IBU TERSAYANG
PUAN SARIPAH GAYAH BINTI ALANG JIDIN
PADA 19HB MEI 2009
SEMOGA DIRAHMATI ALLAH & BAHAGIA SELALU

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Menjadi seorang ibu adalah satu anugerah yang paling istimewa bagi setiap insan bergelar wanita. Ibu adalah sanjungan tertinggi selepas Allah dan Rasul.

Selain mengandung dan melahirkan, seorang ibu yang sejati adalah mereka yang berperanan dalam menjaga, mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anaknya sejak kecil sehinggalah dewasa.

Alangkah bermaknanya pengorbanan seorang ibu apabila setiap anak-anaknya berjaya menjadi seperti apa yang diharapkan. Namun, tidak semua ibu yang merasai kemanisan seperti itu. Ramai juga ibu yang kecewa dengan sikap anak-anak.

Sebagai insan bergelar ibu, buatlah yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga tetapi hiasilah diri dengan kecintaan kepada Allah & Rasul untuk mendapat kejayaan yang abadi.

Selamat Hari Ibu buat semua ibu di seluruh dunia!

Selamat Hari Ibu juga buat ibu dan ibu mertua saya!

Monday, May 4, 2009

Birthday lagi...

Hari ni birthday Abang pula...Selamat Hari Jadi yang ke 35. Dah tua dah...semoga apa yang dicita-citakan menjadi kenyataan suatu hari nanti.


Setiap kali menjelang 4th May, saya mesti bingung macam mane nak celebrate. Nak belikan hadiah, takut dia tak berkenan sebab taste Abang tu tinggi...barang-barang dia semuanya RM ratus2...manalah saya ada duit nak membelinya maklumlah dah tak kerja (beli pun pakai duit Abang jugak).

Kali ni saya buat surprise! Hadiahnya kecil aje tapi saya rasa dia mesti suka sebab saya pernah dengar dia nak beli barang tu...??? Kek pulak, saya beli brownie Secret Resepi sebab dia memang suka makan brownie kat situ (sebenarnya malas nak buat).


Apapun terima kasih pada kawan Abang, si Hisham sebab sudi tolong belikan semua tu...kalau tidak, tak boleh nak surprise langsung ler.

HAPPY BIRTHDAY TO ABANG! LOVE U & HOPE YOU'LL BE A BETTER PERSON.

Sunday, May 3, 2009

Novel: Menongkah Senja ~ 3

"Man, cubalah kau tengok kaki Mak ni Man...merah tak? Tak tahan betullah aku...berdenyut-denyut...tak boleh nak tidur dibuatnya. Nanti kita pergi rumah Cikgu Salleh tu ye Man? Mak nak minta dia ubatkan kaki Mak ni...kita ikhtiarlah..." pujuk Mak Ros pada anaknya.

"Makan ajelah ubat doktor tu dulu...pergi sana pun bukan dia bole buat apa," Razman menjawab.

"Makan...Mak dah makan ubat doktor tu...tapi masih berdenyut jugak. Bawaklah Mak pergi rumah Cikgu Salleh tu Man...nanti dibaca-bacanya, mintak ubat ke biar kurang sikit bisa kaki aku ni. Tolonglah Mak, Man", rayu Mak Ros lagi.

"Yelah...yelah. Nanti malam pergilah" malas si Razman nak bercakap banyak.

"Nani....o...Nani. Isikan Mak air dalam botol. Nanti nak bawak ke rumah Cikgu Salleh tu. Nak mintak dibacakan jampi sikit...biar kurang bisa kaki Mak ni." perintah Mak Ros kepada menantunya yang sedang mengulik si kecil di dalam bilik.

Nani yang mendengar perintah mertuanya rasa meluat nak melakukannya dengan segera sebab masih panjang lagi masanya. Bukan ke nak pergi malam nanti? Lagipun ada banyak lagi air yang dah siap terisi dalam botol. Lebih baik dia terus bermain dengan di kecil Luqman dan menyusukannya.

"Ala sayang ibu....sibuk aje nenek awak tu...tak boleh nampak orang senang sikit yek? Ada aje nak suruh-suruh," Nani menyindir perlahan. Tapi kalau dengar ke telinga Mak Ros, mesti perang besar dibuatnya. Orang tua tu bukan boleh dirungut segala permintaannya. Semuanya mesti dibuat segera dan kalau boleh janganlah nak bertangguh-tangguh.

Nani dan Razman sudah masak benar dengan sikap Mak Ros yang manja dan mengada-ngada. Kalau dilayan sangat, boleh penat kita dibuatnya. Bukan anak menantu sahaja yang tidak tahan dengan karenahnya, jiran-jiran pun dah faham benar sikapnya yang gemar meminta-minta tolong itu dan ini walaupun benda-benda yang remeh.

Mak Ros selalu minta tolong Kak Narimah rumah hujung sana untuk belikan barang-barang dapur atau makanan kegemarannya, tosei atau rasam. Nyonya belakang rumah juga selalu disuruh membelikan barang-barang plastik macam gayung, baldi, kerusi plastik, periuk dan banyak lagi. Apek rumah tepi sekali pulak selalu dipesan belikan sabun, bayarkan bil air dan cukai jalan manakala suami Kak Sal rumah lorong belakang pula selalu kena tolong belikan ubat-ubatnya.

Nani tak faham dengan sikap mertuanya yang suka menyusahkan jiran-jiran walhal dia dan suaminya sering disuruh beli itu dan ini. Boleh dikatakan setiap hari mesti ada yang dipesannya. Mahu tak mahu, mereka terpaksa melayan kehendak Mak Ros tapi yang geramnya bila dia tak sabar menunggu untuk mendapatkan barang yang dipesannya. Kalau boleh, balik aje terus bagi barang yang dipesan itu padanya...kalau tidak, tak henti-hentilah dia bertanya. Masalahnya, benda-benda tu semuanya bukanlah penting sangat malah ada yang tidak digunakan langsung pun. Setakat beli sahaja dan lepas tu disimpan. Kadang-kadang tu, stok lama masih banyak lagi tapi tetap nak suruh beli cepat-cepat juga.

Pernah juga Nani menegur sikap mertuanya tetapi langsung tidak mahu diterima malah dengan kakinya yang sakit pun, dia tetap terus pergi ke rumah jiran untuk minta tolong itu dan ini. Pada Nani, dia dan Razman bukan tidak boleh menolong tetapi Mak Ros mestilah bersabar sedikit dan jangan terlalu nak cepat sangat apalagi kalau benda-benda yang tidak berapa penting. Memalukan betul apabila ada jiran pernah berkata kepada Mak Ros, "Kenapa tak suruh anak sendiri?" malah ada yang merungut dengan sifatnya yang terlalu berkira dan cerewet.

Saturday, May 2, 2009

Happy Birthday to Arif

Hari ni birthday Arif yang ke 2 tahun. Arif seorang anak yang comel walaupun badannya kurus disebabkan tak suka makan. Yang menampakkan dia comel adalah mata dan senyumannya.

Menjelang usia 2 tahun Arif masih belum petah bercakap. Setakat ini dia baru pandai menyebut NAK, DAH, NAH, JOM, BYE, NI & YAH. Arif suka tengok kartun Tom & Jerry dan dia adalah umpama si Jerry manakala Tom adalah alongnya, si Hakim.

Sempena ulang tahun yang ke 2 ini, ayahnya yang beria2 benar membelikannya hadiah mainan robot dan walkie talkie serta sebiji kek.



Ibu hanya mendoakan yang terbaik buat Arif. Nasihat ibu agar Arif jangan sombong dan jangan selalu gaduh-gaduh dengan along. Korang berdua mesti sayang menyayangi dan saling membantu sampai besar nanti.

Tuesday, April 28, 2009

Sakit oh Sakit...

Dalam seminggu dua ini, kami sekeluarga semuanya sakit-sakit. Dimulakan dengan ibu mertua saya yang dah memang berpenyakit kencing manis. Kini dia masih lagi di hospital menjalani rawatan akibat komplikasi penyakit diabetes yang dihidapinya. Pada hari Ahad lalu sebelah kakinya dipotong kerana jangkitan kuman yang serius.

Pada minggu lepas juga, Aqmar Nur Arif tiba-tiba diserang demam panas dan cirit birit hampir seminggu. Dia nyaris dimasukkan ke hospital kerana terdapat pendarahan pada najisnya. Alhamdulillah, sejak dua tiga hari ini dia sudah semakin pulih dan nampak ceria seperti biasa.

Sedang kami sibuk berulang alik ke hospital setiap hari menjenguk ibu mertua saya, Abang pula mendapat selesema dan sakit tekak hingga tidak selera makan sebab tekaknya terasa pahit. Ini juga mungkin disebabkan oleh keadaan cuaca yang amat panas di sini.

Bila Abang dah mula selesema, akhirnya Hakim dan saya juga berjangkit. Kini kami anak-beranak semuanya berhingus dan ting tong aje. Semalam, Hakim tidak ke sekolah sebab sakit kepala dan tekak yang teramat sangat.

Nota:
Semoga saya diberi ketabahan untuk melalui semua ini. InsyaAllah.

Thursday, April 23, 2009

Erti Sebuah Kesabaran

Sabar...
Berapa lama harus aku bersabar? atau
Sampai bila aku dapat bersabar?

Sabar...
Berbaloikah kesabaran ini? atau
Berbalaskah pengorbanan ini?

Sabar...
Sanggupkah aku meneruskannya? atau
Bagaimana jika aku berhenti di sini?

Sabarlah...
Dalam menjalani ibadahNya

Sabarlah...
Dalam menjauhi laranganNya

Sabarlah...
Dalam menempuh hidup di dunia ini

Sabarlah...
Dalam menanti sinar abadi di sana nanti

Tuesday, April 21, 2009

Novel: Menongkah Senja ~ 2

"Man....o Man... Tolongla mak ni Man. Tolonglah belikan Mak tosei...tekak ni nak makan toseilah..." jerit Mak Ros di pintu dapur sedangkan anak tunggalnya masih lagi berselimut.

"Susahlah macam ni...ulu hati aku ni dah sakit tau tak? Nasi goreng mak tak nakla. Keras...lagi sakit ulu hati aku ni nanti", Mak Ros memberitahu tetapi si Man masih tak bangun-bangun. Bila terasa seperti permintaannya takkan dilayan oleh anaknya, Mak Ros terus ke dapur mencari biskut kering untuk dimakan sebagai alas perut.

Nani yang sudah selesai menggoreng nasi terus menuju ke bilik air untuk mandi. Sebagai isteri, Nani sudah faham benar dengan sikap suaminya yang tidak akan melayan permintaan Mak Ros dengan segera apatah lagi untuk bangun pagi pada hujung minggu begini.

Bagi Nani pula, ini bukanlah kali pertama mertuanya merengek untuk dibelikan sarapan bila dia terlambat atau memasak sesuatu yang bukan kegemaran orang tua itu. Tapi yang hairannya, sebelum ini bukannya dia tak pernah nampak mertuanya makan nasi goreng yang dia masak, malah adakalanya dipuji dan bertambah-tambah pula.

Sebenarnya hari itu, Nani berasa sayang untuk membuang nasi semalam sebab masih elok dan banyak lagi. Nak diberikan pada kucing, bimbang mertuanya marah pula sebab pernah satu hari dia dilarang mertuanya dari memberi kucing makan. Mak Ros begitu marah bila Nani cuba memberi makan pada kucing-kucing yang datang entah dari mana. Dia takut bila sudah diberi makan sekali, nanti kucing-kucing itu akan selalu datang ke rumahnya. Tapi kalau dia yang buang makanan di belakang, dipanggilnya kucing datang. Entahlah...Nani tidak faham dengan sikap mertuanya.

Sambil mengunyah biskut kering, Mak Ros tidak henti merungut, "Mulut ni pun pahit aje...mana tidaknya...makan ubat tak berenti-renti. Tunggu mati aje barula berenti agaknye."

Selesai mandi, Nani mengejutkan suaminya untuk ke pasar. Lagipun memang sudah menjadi rutin si Razman untuk ke pasar pada setiap pagi hari minggu. Dialah yang akan membeli barang-barang pasar untuk stok seminggu yang telah disenaraikan oleh Nani.

"Eh, kenapa tak kejutkan Abang awal sikit? Abang dah janji dengan Jabar nak pergi sama hari ni," Razman sedikit menggelabah dan terus mengangkat badan untuk duduk di bibir katil.

"Laa...manalah saya tau...Abang tak cakap pun. Tadi Mak panggil-panggil, Abang tak dengar ke?" tanya Nani kehairanan.

Sambil menggeleng kepala, Razman bingkas bangun dan membetulkan kain pelekatnya. Dia sempat mencium pipi isterinya sebelum melangkah keluar untuk mencuci muka di dapur.

Thursday, April 16, 2009

Selamat Ulang Tahun!


Untuk kenang-kenangan, hari ni saya kuatkan juga semangat untuk menulis entry ini walaupun dah tak punya banyak masa untuk blogging. Lagipun lately, badan selalu letih...tak tau kenapa.

16 April 2009 merupakan ulang tahun kelahiran saya yang ke 32. Memandangkan birthday kebetulan pada hari Khamis, saya pun berpuasa sebagai tanda kesyukuran kepada Ilahi kerana telah memberi saya peluang berada di dunia yang fana ini.

Malam sebelumnya, Abang membeli kek dan menghadiahkan saya sebotol minyak wangi femme HUGO BOSS. Selain daripada tu, kami sekeluarga hanya makan-makan special di rumah.

Minggu lepas, pada 9 April iaitu hari yang sama merupakan hari jadi arwah ayah yang ke 58 tahun. Masih segar di ingatan saya di mana pada tahun lepas saya belanja ayah makan KFC pada hari jadinya. Bila tiba hari jadi saya pada minggu depannya, ayah tiba-tiba datang membawa sebiji kek untuk saya. Terharu saya dibuatnya...

Tahun ini, ayah sudah tiada...hanya doa sahaja yang dapat saya hulurkan buat ayah di sana. Semoga dia ditempatkan bersama para solihin.

Kepada semua yang memberi ucapan, saya ucap terima kasih banyak-banyak. Saya cuma mengharapkan doa daripada anda semua agar saya terus dilimpahi rahmat dan kebahagiaan hidup di dunia & akhirat. Terima kasih.

Tuesday, March 24, 2009

HAPPY 33RD BIRTHDAY TO MY OLDER SISTER
HERDAWATI BINTI GIRIM
ON 24TH MARCH 2009
MAY ALL YOUR DREAMS COME TRUE & HAPPY ALWAYS

Alam Cyber

Pada awal pembabitan saya sebgai blogger, saya amat kagum dengan para bloggers yang punya ramai teman cyber malah punya followers dan visitors yang tetap. Saya percaya yang mereka ini di luar juga adalah jenis orang yang suka berkenalan dan beramah mesra.

Selain sentiasa aktif untuk mengemaskini blog, mereka juga rajin melayan pertanyaan dan komen-komen yang diberi dalam entry mereka. Mungkin minat, kesungguhan dan addictnya diorang pada blog adalah amat tinggi. Tahniahlah kepada mereka yang berjaya menjadikan alam cyber sebagai ruang silaturrahim yang sangat bermanfaat.

Bagi saya, untuk menjadi blogger tegar seperti mereka ini perlukan masa. Namun saya percaya bagi mereka ini, masa bukan menjadi masalah malah semangat dan minat untuk berada di alam cyber sentiasa di dalam fikiran dan sudah terjadual.

Yang amat menyedihkan ialah apabila ada di antara bloggers yang mengambil ruang cyber ini sebagai tempat untuk meluahkan perasaan dengan cara yang negatif. Mereka menulis entry yang memburuk-burukkan orang lain dan ada pelawat yang mengkritik dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan perasaan pemilik blog.

Baru-baru ini ada artikel dalam sebuah majalah yang membincangkan tentang "Internet....muslimah buka pintu fitnah?". Bagi saya semuanya bergantung kepada keikhlasan dan kejujuran hati setiap penulis. Bagi mereka yang salah tafsir dan cuba berfikiran negatif, baiklah jangan menyebarkan sesuatu yang bakal mengundang masalah.

Nota: Fikirlah sebelum menulis.

Saturday, March 21, 2009

Inilah Aku

Inilah Aku...
Yang sederhana
Yang redha
Yang biasa

Inilah Aku...
Sentiasa mendengari
Sentiasa memerhati
Sentiasa meneliti

Inilah Aku...
Cuba memahami
Cuba berinteraksi
Cuba berdikari

Inilah Aku...
Suka mencari
Suka menasihati
Suka menyendiri

Namun hanya Aku yang memahami diriku...

Novel: Menongkah Senja ~ 1

"Heeeeeiiii banyak betullah semut ni. Entah mana datang pun tak tau la. Air kosong pun dia masuk, kalau air manis tu lain ceritala," Mak Ros membebel. Mana tidaknya, kole air kosongnya yang diletak bersebelahan peti televisyen dipenuhi dengan semut halus...orang kata semut mayat tapi tak taula betul ke tidak.

"Badan ni pun dah tak pakai...sakit sana, sakit sini. Belum hilang sakit tangan, mulut pulak sakit. Ni kaki pulak dah berlubang. Potong lagi baikla kaki ni. Berdenyut aje...nak tido pun tak senang. Allah tak nak ambik pulak nyawa ni...diberinya seksa. Azab....azab", Mak Ros masih menceceh. Entah kenapa agaknya pagi itu dia begitu marah sekali.

Di dapur, si Nani, menantu Mak Ros yang satu sedang sibuk menggoreng nasi. Dia berasa agak kurang selesa dengan leteran pagi mertuanya dan cuba meneka apa yang tidak kena pada pagi itu. Mungkin sebab hidangan sarapan yang belum tersedia atau mungkin juga kerana kesakitan kakinya yang memang tidak tertahan.

Apapun, Nani memang sudah biasa dengan suasana pagi yang sebegitu, dia hanya perlu tersenyum sambil pekakkan telinga dan kunci mulut. Dia faham benar dengan sikap mertuanya yang suka membebel dan mengeluh terutama sekali tentang penyakitnya.

"Nani....o...Nani. Ni tolong mak kejap ni", jerit Mak Ros sambil berjalan menuju kepada Nani dengan membawa telefon bimbitnya beserta sekeping kertas. Si Nani yang sedang mencuci pinggan menghentikan cuciannya dan menuju kepada ibu mertuanya di pintu menuju ke dapur.

"Ni ha...tolong telefonkan klinik Ariffin ni... Mak nak tanya dengan doktor tu boleh ke tidak nak dicuci kudis ni. Tak tahan betullah...bedenyut-denyut macam mengangkut nanah rasanya. Selagi tak dikorek dicuci, rasanya takkan baik-baiklah...dah macam-macam krim, macam-macam minyak dibubuh, tak jugak kurang" terang Mak Ros berjela yang begitu geram dengan sakit pada kudis di buku lali kaki kirinya.

Kudis pada buku lali Mak Ros pada mulanya hanya melecet, kemudian merebak menjadi kudis yang bernanah. Memandangkan dia menghidap kencing manis, luka kudisnya memang sukar untuk dipulihkan malah sudah membesar sebesar duit satu sen. Sebelum ini, ada juga dia luka di kaki, tetapi selepas dicuci di hospital, lukanya sembuh. Itupun hampir berbulan juga dia merawatnya. Sampai sekarang pun masih ada kesan parut kehitaman di bawah lututnya.

Nani yang malas nak melayan rungutan mertuanya pun mengambil telefon bimbit Mak Ros dan mendail nombor yang tertera pada kertas yang diberi. Bila sudah terdengar ada nada, dia terus menyerahkan telefon itu pada mertuanya. "Dapat tak?" tanya Mak Ros. "Kejap lagi ada la tu...dengar je.." balas Nani. Mak Ros pun berlalu dengan telefonnya ke ruang depan sambil bercakap di telefon.

Tidak sampai sepuluh minit kemudian Mak Ros datang semula ke dapur sambil membebel, "Doktor ni pun asyik sibuk aje...nak cakap sekejap pun tak boleh. Susah betullah hidup ni. Buat menghabiskan duit aje telefon dia...kalau tak sakit, aku takde nak membazir-bazir telefonlah..."

"Susahla hidup ni... mati lagi baikla..." Mak Ros terus merungut.

Thursday, March 12, 2009

Berubah?

Mari kita bercerita tentang "Berubah".......berubah dalam erti kata menjadi lebih baik dari sebelumnya...

Siapa yang perlu berubah?
Sesiapa sahaja boleh berubah asalkan ada kemahuan. Tapi biasanya mestilah orang yang berakal dan yang dah dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Kalau ada yang nak berubah ke arah yang tidak baik, itu maknanya dia dah tak sayang diri ataupun memang dia tu dah gila.

Apa yang perlu diubah?

Ubah biasanya mestilah merujuk kepada apa-apa sahaja yang boleh diubah. Misalnya, sikap, suasana, tempat atau rupa bentuk sesuatu. Biasanya, untuk membuat perubahan, kita kena ambil kira faktor kepentingannya. Apakah sesuatu itu sangat penting hingga kita perlu mengubahnya?

Kenapa nak berubah?
Sebenarnya perubahan mestilah untuk ke arah kebaikan. Takde maknanya kalau nak berubah ke arah yang lebih buruk. Misalnya, yang malas kepada rajin, hodoh kepada cantik, jauh kepada dekat dan sebagainya. Senang cerita, berubah mestilah untuk sesuatu yang lebih baik sama ada untuk dirasai, dipandang atau dinilai.

Bila nak berubah?
Ini adalah persoalan yang selalu menjadi teka-teki sebab ada orang bila dah terhantuk barulah terngadah. Tak kurang juga yang menunggu sampai seru dan ada juga yang meletakkan masa-masa tertentu untuk berubah. Tetapi sebaik-baiknya biarlah perubahan itu dibuat apabila kita sedar yang ianya perlu diubah. Janganlah bertangguh-tangguh sebab mungkin keadaan akan menjadi lebih buruk jika kita masih tidak berubah.

Bagaimana nak berubah?
Bagaimana nak berubah biasanya bergantung kepada cara, pendekatan, kaedah atau apa yang perlu dibuat yang mengambil kira waktu sebelum, semasa dan selepas berubah. Persediaan sebelum membuat perubahan seperti memasang niat dan membuat perancangan adalah amat penting untuk memastikan perubahan yang akan dibuat lebih teratur dan tidak memberi impak yang negatif kepada diri, orang sekeliling dan mereka yang terbabit. Perubahan hendaklah berasaskan ilmu dan pengalaman agar perubahan yang dibuat memberi kesan yang positif. Kalau boleh pilihlah idola atau pemangkin yang boleh memberi pandangan atau tunjuk ajar ke arah perubahan yang lebih baik. Dapatkan tips-tips dari buku-buku atau majalah-majalah ilmiah yang boleh membantu anda mengubah kebiasaan yang tidak berfaedah kepada sesuatu yang lebih bermanfaat.

Berapa lama nak berubah?
Jawapan untuk persoalan ini sepatutnya hanya satu iaitu selagi ianya membawa manfaat. Malah jika sesuatu perubahan itu perlu diubah lagi, maka ianya perlulah kepada yang lebih baik dan lebih baik. Sekiranya sesuatu perubahan itu sudah menjadi yang terbaik, maka ianya haruslah dikekalkan hingga ke akhir hayat.

Wallahua'lam.

Nota:
Berubahlah demi kebaikan. InsyaAllah, Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang membuat kebaikan.

Thursday, February 26, 2009

Ilmu & TV

Kalau cakap pasal ilmu, mesti orang akan kaitkan dengan sekolah, IPT, buku atau perpustakaan. Kalau cakap pasal TV pulak, orang akan lebih ingat pada hiburan dan isu semasa. Bagi saya pulak sekarang ni, TV adalah sumber ilmu no. 1 selain buku, majalah dan internet.

Sejak jadi pengurus rumahtangga sepenuh masa, saya tak ada banyak peluang untuk keluar menuntut ilmu sebab rumahtangga, suami & anak-anak jadi keutamaan. Tetapi bila teringat betapa pentingnya tuntutan menimba ilmu, saya mula menjadikan TV sebagai sumber ilmu utama semasa di rumah.

Antara ilmu yang saya boleh dapat dari menonton TV adalah yang berkaitan dengan keagamaan, kekeluargaan, motivasi dan minat. Sebenarnya, bukan saja program-program ilmiah yang dapat memberi kita ilmu tetapi apapun yang kita lihat, dengar dan alami boleh dijadikan ilmu jika kita memikirkannya secara positif.

Sekarang ni setiap hari ada program ilmiah di kaca TV. Cuma saya kena pandai atur masa supaya tak ketinggalan. Kalau yang ada ulangan takpe la bole tengok ulangan tapi kalau yang live dan takde ulangan, rasa miss something pulak kalau terlepas siarannya.

Arwah ayah saya pernah cakap yang dia banyak belajar melalui filem. Katanya, filem membuat kita berfikir perkara yang kita jarang terfikir apalagi yang tidak pernah kita alami. Sebagai contoh, cerita kelakar Tan Sri P. Ramlee pun banyak mengandungi mesej yang baik kalau kita selami dialog dan jalan ceritanya.

Sebenarnya, semuanya terpulang kepada setiap individu untuk menilai sesuatu sebagai yang bermanfaat atau tidak. Yang penting, yang baik dijadikan iktibar dan yang buruk dijadikan sempadan. Pokoknya, ilmu ada di mana-mana, hanya kita kena pandai menilai dan beramal dengan ilmu yang baik.

Antara program TV kegemaran saya:

Astro Oasis ~
Ar-Rayyan, Ibu Mithali, Bersama Dato', Bicara Kifayah, Iktibar Dari Tanah Suci

TV9 ~
Muqaddimah, Usrah, Tanyalah Ustaz, Nasi Lemak Kopi O, Semanis Kurma

TV3 ~
Motivasi Pagi, Al-Hidayah, Al-Kulliyah, MHI, WHI, Laman Nurani

TV1 ~
Selamat Pagi Malaysia, Bicara Mufti, Forum Perdana Ehwal Islam

Sunday, February 22, 2009

Hakim & kerja sekolah

Lamanya tak menulis entry baru untuk blog ni. Bukan ape..buzy sikit sejak kebelakangan ni. Masa tight betul sejak Hakim start kelas KUMON. Mana tidaknye, hari-hari dia kena buat kerja menulis. Kesian gak tengok dia, tapi bagus jugak daripada dia asyik main aje.

Yang penatnya bila saya terpaksa dok mengadap dia buat worksheet yang intructor bagi. Kerja yang boleh siap 10 minit boleh jadi 1-2 jam kalau tak duduk kat sebelah dia. Apa tidaknya, baru buat kejap dah penatlah, laparlah, hauslah dan macam-macam lagi karenah.

Kadang-kadang tu tak sabar saya dibuatnya...tapi Alhamdulillah nampaknya saya dapat control perasaan dan guna cara yang lebih berhemah. Kalau tidak, mau angin jugak satu badan dibuatnya. Apalagi kalau ada orang lain masuk campur.

Bila tengokkan karenah si Hakim buat kerja sekolah, saya cuba fikir macam mana agaknya masa saya sebaya dia dulu yek? Saya pun tak berapa ingat...yang saya tahu, masuk darjah satu je, saya dah pandai baca. Itupun mak yang ajar...takde masuk tadika2 pun.

Sebagai panduan, saya pun tanyalah beberapa orang tentang macam mana nak didik anak supaya minat untuk belajar. Rata-rata semuanya memang hadapi masalah yang sama. Apa yang penting adalah kesabaran.

Alhamdulillah, setelah saya sediakan schedule untuk Hakim, segalanya semakin baik dan dia makin mudah dibentuk. Saya harap Hakim akan jadi contoh yang baik kepada adiknya nanti dan berjaya dalam hidup. InsyaAllah.

Wednesday, February 4, 2009

Derita oh derita

Pernahkah anda terfikir ada orang yang sepanjang hidupnya penuh dengan penderitaan tetapi dia masih mampu untuk meneruskan kehidupan?

Sejak kecil dia dibuang keluarga.
Dibela pula oleh wanita mandul yang dimadukan suami.
Ibu angkatnya seorang yang banyak cakap, jahil dan ego.
Hakikat dimadukan tidak dapat diterima dan sering merungut.
Suami pun melekat di rumah si muda sahaja.
Anak yang diangkat hanya untuk menjaga hari tuanya.

Waktu remaja, dirinya mula terpengaruh dengan keseronokan.
Kelulusan akademik setakat paras hidung sahaja.
Rokok dan ganja penawar masalah.
Walau begitu, ibu angkatnya tak pernah ditinggalkan.
Untuk keluar sambung belajar ibu tidak membenarkan.
Takut nanti ditinggal keseorangan.

Alam kerjaya banyak mengajar.
Dari penjaga pam minyak dia berdikari.
Orang berkereta dia pun mahu juga.
Tak perasan yang diri kurang mampu.
Sampai masa kereta ditarik.
Sampai sekarang masih muflis.

Nasib baik si ayah angkat masih peduli.
Dihantar bekerja dengan saudara.
Berbekal semangat dan sedikit pengalaman.
Dia mula ingin cuba berniaga.
Kepada si ayah modal diraih untuk perniagaan.
Alhamdulillah mata mula terbuka luas.

Bila hati terasa sunyi mulalah ingin berteman.
Sayangnya ada yang mengambil kesempatan.
Putus cinta memang menyakitkan.
Patah hati, patahlah semangat.
Perniagaan merosot, hati tak keruan.
Ditambah pula si ayah telah dijemput Ilahi.

Sampai masa, jodohnya pun tiba.
Sayangnya si ibu angkat rasa terpinggir.
Walhal masih tinggal sebumbung.
Bila sudah punya cahaya mata, hati rasa sedikit ria.
Rezeki pun mula bertambah.
Keperluan keluarga semakin dititikberatkan.

Keluarga yang semakin membesar amat membahagiakan.
Namun, lebih seronok jika punya kediaman sendiri.
Usaha harus dipertingkat demi keluarga yang tersayang.
Untuk kebahagiaan bersama dan masa depan.
Ibu angkat semakin uzur malah langsung tidak mahu memahami.
Semakin manja dan meletihkan untuk dilayan.

Apalagi yang harus dia lakukan?
Berbekal kesabaran, sokongan isteri diperlukan.
Melihat anak-anak yang dimanjakan.
Terasa diri puas walaupun dahulu tidak merasa.
Apapun, kehidupan harus diteruskan.
Agar Allah memakbulkan apa yang dicitakan.

Tuesday, February 3, 2009

Keluar...keluar...keluar...

Sejak akhir-akhir ini, saya, suami dan anak-anak selalu keluar rumah. Boleh dikatakan hampir setiap hari kitorang keluar. Ada aje yang nak dibuat kalau tidak pun nak 'ngeteh' (minum-minum) kat warung.

Anak-anak memanglah suka sesangat sebab jarang dapat keluar rumah tapi yang kesiannya kat mak mentua saya tu. Dia siap mengeluh sebab tiap-tiap hari kena tinggal tapi taklah lama sangat...cuma paling lama pun 3 jam. Bukan ape, nak bawak takut tak larat nak berjalan...lagipun dia bukan boleh naik-naik tangga. Makan pun tak bole sembarangan.

Saya ni pulak, kalau Abang dah ajak, takkanlah nak tolak. Lagipun kebanyakannya memang ada yang nak diuruskan dan sambil-sambil tu kitorang pegilah mengeteh.

Minggu lepas aje tengokla.......

Ahad ~ Pergi klinik bawak si Hakim yang demam tetiba aje
Isnin ~ Pegi jalan2 ikut Abang tengok barang komputer dan ngeteh
Selasa ~ Pegi makan McD
Khamis ~ Pergi survey kelas mengaji untuk Hakim
Jumaat ~ Balik umah Mak dan tido sana satu malam
Sabtu ~ Pergi pasar malam
Ahad ~ Pergi shopping barang dapur
Isnin ~ Pergi cabut gigi
(Cuma hari Rabu aje tak ke mana-mana)

Kadang-kadang tu terfikir juga takut kitorang ni asyik nak perabih duit Abang aje. Tapi memandangkan Abang yang atur semuanya dan tak pernah kisah pun dengan duit dia...so, saya pun enjoy ajelah!

Semoga rezeki yang Abang belanjakan untuk kitorang ni mendapat balasan yang berganda-ganda lagi. InsyaAllah asalkan semuanya ikhlas kerana Allah

Monday, February 2, 2009

CERPEN: Siapa Aku Di hatinya?

Di usiaku enam belas tahun, jejaka itu muncul dalam hidupku. Dia yang kukenali semasa satu perhimpunan Pengakap sekolah telah mencuri hatiku walaupun pada ketika itu kami hanya berkawan biasa.

Kami berkawan seperti remaja sekolah yang lain, hanya surat dan telefon menjadi penghubung kerana kami berlainan sekolah. Sekali-sekala kami bertemu di terminal bas sebaik pulang dari sekolah ataupun menghirup ABC di warung berdekatan terminal.

Sikap dan raut wajahnya tampak dewasa walaupun sebenarnya dia setahun lebih muda dariku. Entah kenapa bila bersamanya hati ini berbunga riang dan sentiasa ketawa ria. Dia suka bergurau dan selalu membuat aku gembira. Kami bukan sahaja mengenali diri masing-masing, malah juga seluruh ahli keluarga keduanya.

Di hujung minggu, sesekali kami keluar berjalan-jalan dan berbual mesra. Memandangkan kami masih lagi bersekolah, topik perbualan kami sering berkisar tentang sekolah dan kawan-kawan sebaya, tiada langsung soal hati dan perasaan yang diperbincangkan. Namun jauh di sudut hati, dia cukup istimewa.

Tamat persekolahan, aku melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di sebuah IPT tempatan manakala dia masih meneruskan persekolahannya. Setelah sekian lama menyepi, tiba-tiba sahaja dia menghubungiku & pernah membawaku pulang dari tempat belajarku. Sejak mengenalinya, kami memang jarang berhubung namun dia tetap dihati. Dia selalu hadir di waktu-waktu yang tidak diduga. Sesekali berhubung pasti akan membawa kepada pertemuan. Dan pertemuan kami pasti akan diakhiri dengan perpisahan yang panjang.

Ketika aku menyambung pelajaran peringkat ijazah, dia sekali lagi muncul dengan tiba-tiba di kampusku yang jauh dari bandar tempat kami tinggal. Kami bertemu dan melepas rindu walaupun ketika itu aku sudah punya teman istimewa. Namun itu tidak menghalang kami untuk berbual mesra kerana kami akan tetap bergurau senda tanpa ada soal hati dan perasaan. Anehnya, bila mata kami bertemu, dadaku berdebar.

Aku tidak dapat menafikan yang dia sering terlintas di fikiranku bila mengenang masa laluku. Itu membuatkan aku sering terfikir tentang siapakah aku di hatinya? Sebagai wanita, aku cuba menyembunyikan persoalan itu kerana aku malu untuk bertanya kepadanya.

Pernah aku cuba untuk berselindung tentang perasaanku padanya pada pertemuan kami semasa aku bekerja di Selangor. Dia yang tiba-tiba menghubungiku mengajak aku keluar berjalan-jalan tetapi aku telah membawa seorang kawan lelaki untuk menemaniku. Ternyata pada waktu itu dia tetap mesra melayani aku dan kawanku itu. Tiada langsung riak cemburu atau meluat pada kemesraan kami.

Seperti selalu, pertemuan kami akan terpisah bertahun lama sehinggalah pada suatu hari ibuku menyampaikan berita tentang niat ibunya untuk merisikku. Niat ibunya membuatkan aku keliru. Mengapa keluarganya mahu merisik aku? Mengapa selama ini dia tidak pernah bertanya soal hati dan perasaanku? Mengapa tiba-tiba sahaja dia ingin menyuntingku? Dia atau ibunya? Semuanya buat aku tertanya-tanya walaupun hatiku berasa sedikit ria.

Perlukah aku menemuinya untuk mendapatkan penjelasan sedangkan ketika itu aku baru saja berjanji untuk bertunang dengan jejaka yang diperkenalkan oleh ex-classmate yang berkunjung di tempat kerjaku. Aku juga sebenarnya terkilan kerana dia tidak pernah langsung meluahkan isi hatinya padaku selama ini. Adakah dia takut atau malu? Tapi kenapa? Pernah juga seseorang memberitahuku yang dia sebenarnya ada ramai teman wanita...so, aku malas nak mengaharap apa-apa dari perhubungan ini.


Sebelum pertunanganku, dia tiba-tiba menghubungiku. Tanpa selindung, aku memberitahu yang aku akan bertunang esok hari yang kebetulan adalah hari ulang tahun kelahirannya. Dia terdiam mendengarnya dan dengan suara yang tenang, dia juga mahu tahu siapakah gerangan insan yang berjaya menambat hatiku. Aku melayan baik pertanyaannya namun aku dapat merasakan ada sedikit kekesalan pada nada suaranya yang mungkin sudah terlambat dalam meluahkan sesuatu.

Maafkan aku, aku sudah berjanji...aku tidak mungkin memungkiri janjiku...Untuk si dia, ketahuilah bahawa aku sebenarnya serba salah...tersalah menilai erti sebuah perhubungan...namun, jika benar kau menganggap aku lebih dari kawan, ketahuilah bahawa kau tidak bertepuk sebelah tangan. Cuma mungkin takdir tidak memungkinkan kita untuk bersama.

Aku redha, walaupun aku tahu selama ini kami terpisah dengan jarak dan masa, tetapi kami sebenarnya saling mengingati satu sama lain. Teramat dekat kurasakan hubungan kami kerana walaupun sekian lama menyepi, sesekali terdengar suara di corong telefon, kami akan tetap saling mengenali dan mesra.

Hingga kini, dia tetap di hatiku walaupun sudah sekian lama kami tidak berhubungan. Malah jauh di sudut hati, aku mengharapkan ada satu keajaiban yang akan mempertemukan kami sekali lagi walaupun masing-masing sudah berkeluarga.

Moral:
~ Cinta hanya layak untuk dirasai dan tak semestinya untuk dimiliki. Begitu juga cinta pada yang Esa.



HAPPY 27TH BIRTHDAY TO MY YOUNGEST BROTHER
SAIFUL SAFRI BIN GIRIM
ON 2ND FEBRUARY 2009
WISH YOU A HAPPY LIFE & BE A BETTER PERSON

Saturday, January 24, 2009

Happy 5th Anniversary

Alhamdulillah...diam tak diam, dah 5 tahun saya berumahtangga...oppsssss sebenarnya rumah saya takde tangga pun! 24 Januari ni genaplah 5 tahun saya berkahwin dengan cik Abang saya yang comel tu....

Ikatan perkahwinan yang telah terbina selama lima tahun ini, telah mengurniakan saya dua cahaya mata comel, kebahagiaan dan rezeki yang melimpah ruah serta keimanan yang semakin bertambah. Inilah antara nikmat perkahwinan yang amat saya syukuri dan berharap semoga segalanya akan menjadi lebih baik dan diberkati.

Tidak dinafikan, saya juga menghadapi beberapa cabaran dalam melayari bahtera rumahtangga, namun segalanya telah dapat saya lalui dengan tabah dan sabar. Kepadamu Abang... terima kasih yang tak terhingga kerana terlalu memahami diri ini dan banyak bersabar bila waktu-waktu 'ting-tong' datang.

Semoga jodoh ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan kehidupan kita beroleh rahmat dan nikmat dariNya yang berpanjangan di dunia dan akhirat.

Semoga perjalanan kehidupan saya seterusnya sebagai seorang isteri, ibu, anak dan menantu akan lebih bermakna dan diberkati. InsyaAllah.

Monday, January 19, 2009

Apa jenis manusia la...

Berikut adalah beberapa jenis orang yang saya kenal yang selalu buat saya terfikir tentang sikap mereka dan kenapalah ada orang yang macam ni? Dan kalau ada antara yang membaca entry ni pernah bertemu dengan yang lebih kurang diorang ni, saya harap bolelah bagi tips kat saya macam mane nak face orang-orang macam ni.

Orang 1:
Orangnya suka sangat mengeluh dan mengadu domba tentang masalah diri. Masalahnya, setiap kali jumpa mesti megadu cerita yang sama. Kita yang dengar ni pun menasihatkanlah sikit-sikit atau paling tidak pun suruh bersabar. Tapi orang ni pulak jenis yang tak nak terima nasihat, pastu kalau kita suruh sabar, dia boleh naik angin pulak.

Orang 2:
Orang ni pulak, jenis yang tak boleh dibawak bergurau langsung. Kalau bercakap, nak perkara serius aje. Kalau dimain-mainkan cakap dia, bole gaduh dibuatnya. Tapi kalau dia dengar lawak kita dengan orang lain, dia sibuk nak tumpang gelak.

Orang 3:
Orang ni (serumah) punyalah kedekut. Kalau beli benda makan siap sorok2 lagi. Tapi kalau kita punya makanan letak aje kat luar, silap haribulan tinggal habuk ajela. Kadang-kadang tu dia ambik sikit-sikit tiap hari sebab dia ingat kita takkan perasan agaknya.

Orang 4:
Orang ni kalau marah jenis senyap aje. Muka pulak siap mencuka memanjang dan buat kerja pun hentak sana hempas sini. Bila kita tanya, cakap takde ape-ape. Paling geram sekali kalau dia tak nak bercakap langsung dengan kita dan berterusan sampai beberapa hari.

Buat masa ni cukuplah 4 kategori orang-orang ni dulu. Sebenarnya banyak lagi perangai manusia yang pelik-pelik. Apapun, sebagai manusia yang punya fikiran dan ilmu, bersabarlah dan gunakanlah akal serta kebijaksaan untuk menghadapi orang-orang macam ni. Selebihnya, berserah sahajalah kepada yang Esa. Doakan saja agar Allah memberi rahmat dalam hidup mereka.